Asah ketajaman doamu di penghujung malam

Doa adalah senjata orang yang beriman, diasah di penghujung malam, untuk dilihat kesan ketajamannya di siang hari.

Wallahu a'lam

Melakukan maksiat itu, satu hukuman dari Allah SWT

Melakukan maksiat selepas maksiat adalah satu bentuk hukuman dan balasan dari Allah kepada ahli maksiat. Oleh itu jangan merasakan ahli maksiat dibiar begitu sahaja dengan badan yang sihat dan harta yang selamat.

Inilah dia hukuman dan balasan maknawi dari Allah SWT. Mungkin sahaja seorang ahli maksiat berkata dengan angkuh: "berapa banyak maksiat yang dah aku lakukan. Tak adapun balasan buruk yang aku terima."

Dijawab kepadanya: "Kamu sedang dan terus dihukum, tetapi kamu tidak menyedarinya. Bukankah Allah telah haramkan kepadamu dari merasai kelazatan bermunajat kepadanya? Itulah hukuman dan balasan segera untukmu."

 
 
 
Wallahu a'lam

Kalaulah kamu cintakan Allah seperti aku cintakan Laila

Renungkan....

Seorang lelaki "Yang gilakan Laila" mengekori anjing milik Laila. Anjing itu lalu di hadapan sekumpulan orang yang sedang solat. Lelaki yang gilakan Laila turut lalu di hadapan mereka, sehinggalah dia sampai dan bertemu dengan Laila.

Ketika pulang...

Kumpulan yang solat tadi berkata kepada lelaki yang gilakan Laila: "Mengapa kamu lalu di hadapan kami yang sedang solat sebentar tadi?"

Tanya lelaki itu: "Aku lalu di hadapan kamu semua yang sedang solat tadi? Benarkah? Jika benar kamu semua sedang menunaikan solat sebentar tadi, bagaimana kamu boleh perasan aku lalu di hadapan kamu? Kalaulah kamu semua benar-benar cintakan Allah sepertimana aku cintakan Laila. Sudah pasti kamu semua tidak perasankan aku."

 
 
 
Wallahu a'lam