Ingatkan Allah

Kemuliaan yang paling agung dan kelebihan yang paling besar, apabila Allah Jalla Jalaluh mengingati kita.

Allah berfirman: "Maka ingatilah kamu semua akan DAKU, nescaya DAKU akan mengingati kamu semua..." (alBaqarah: 152)

Apakah selepas ganjaran yang amat besar ini, masih ada lagi mana-mana orang yang beriman tetap bermalas-malasan dari mengingati Allah?

(Syeikh Nabil al-'Audhi)

 
Wallahu a'lam

Semua Perbuatan Allah Itu Adalah Baik

Allah SWT tidak pernah men'taqdir'kan walau satu keburukan kepada seorg yang beriman.

Apabila Allah menghalang sesuatu yang kita suka atau mendatangkan sesuatu yang kita benci. Ia boleh diurus sehingga menjadi pahala.

Akan tetapi, insan itu amat banyak berburuk sangka dengan Tuhannya sendiri... lalu dia terhalang dari memperolehi kesudahan yang baik.

 
 
 
Wallahu a'lam

Banyakkan Mengetuk Pintu Tuhanmu

Seorang yang sedang menunaikan solat, dia seperti sedang mengetuk pintu Tuhannya. Lagi banyak dia mengetuk pintu tuhannya, lebih hampir pintu itu dibuka untuknya. -al'Arifi-

 
 
 
 
Wallahu a'lam