Tipudaya Syaitan Supaya Manusia Melakukan Syirik

 

Wednesday, December 7, 2011

عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَتْ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ قَالَتْ وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنْ الْحُمْرَةِ فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ فَدَخَلَ فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ: خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللَّهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنْ الشِّرْكِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌقَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ، قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا"

Mafhumnya: Daripada Zainab isteri ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya ‘Abdullah apabila pulang dari menunaikan hajatnya, apabila sampai di pintu rumah dia akan berdehem dan meludah (sebagai isyarat) kerana tidak mahu dia mendapati kami dalam keadaan yang tidak disukainya. Kata Zainab: Suatu hari beliau pulang ke rumah, lalu berdehem, sedangkan bersamaku ada seorang wanita tua sedang menjampi kerana bengkak yang ada di badanku. Lalu aku menyembunyikan wanita tersebut di bawah katil, lalu beliau masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelahku. Beliau terlihat di leherku simpulan benang, lalu bertanya: Benang apakah ini? Zainab menjawab: Benang yang dijampi untukku. Zainab bercerita: Lalu beliau mengambil dan memutuskannya dan berkata: Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah semestinya bebas dari kesyirikan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tangkal dan pengasih adalah syirik. Kata Zainab lagi: lalu aku berkata kepadanya: mengapa kamu kata demikian? Sesungguhnya sebelum ini mata aku pernah mengalami kesakitan, lalu aku pergi berjumpa dengan seorang Yahudi, lalu dia menjampiku, setelah itu ia sembuh. Kata Ibn Mas’ud: Sesungguhnya demikian itu adalah perbuatan syaitan, dia yang menikam matamu dengan tangannya, apabila kamu menjampinya dia berhenti dari menikam. Sebaliknya hanya memadai, dengan engkau membaca seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW:

أَذْهِبْ الْبَأسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Mafhumnya: “Wahai Tuhan yang mencipta, yang memiliki dan mengatur urusan sekelian manusia, hilangkan kesakitan dan sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan lain.” (Abu Daud 3883, Ibn Majah 3530, Ibn Hibban 1412, Ahmad 1/381. Dinilah Sahih oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 1/584)

Wallahu a'lam

Seluruh Badan Akan Dimakan Api Neraka Melainkan…

Wednesday, December 14, 2011

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنِ النّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: "حَتَّى إِذَا أَرَادَ اللَّهُ رَحْمَةَ مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ اللَّهُ الْمَلَائِكَةَ أَنْ يُخْرِجُوا مَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَيُخْرِجُونَهُمْ وَيَعْرِفُونَهُمْ بِآثَارِ السُّجُودِ وَحَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ فَيَخْرُجُونَ مِنْ النَّارِ فَكُلُّ ابْنِ آدَمَ تَأْكُلُهُ النَّارُ إِلَّا أَثَرَ السُّجُودِ".

Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW yang bersabda: “Apabila Allah hendak merahmati sesiapa dari kalangan ahli neraka, Allah akan mengarahkan para malaikat untuk mengeluarkan sesiapa yang menyembah Allah, lalu dikeluarkan orang-orang yang menyembah Allah dari neraka, para malaikat mengenali mereka dengan kesan sujud, Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud, maka mereka akan keluar dari neraka. Oleh yang demikian setiap anak Adam yang masuk ke dalam neraka akan dibakar tubuh badannya melainkan kesan sujud.” (Ahmad 2/533, bil: 10919. Al-Bukhari 1/277, bil: 773. Muslim 4/2279, bil: 2968)

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ".

Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba paling dekat dengan Allah adalah ketika dia sedang sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah doa (di dalamnya).” (Muslim 1/350, bil: 482. Abu Daud 1/231, bil: 875. Al-Nasa’ie 2/226, bil: 1137. Ahmad 2/421, bil: 9442. Ibn Hibban 5/254, bil: 1928. Al-Baihaqi 2/110, bil: 2517)

Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadis ini merupakan dalil bagi yang berpandangan sujud lebih utama dari berdiri dan lebih utama dari kesemua rukun solat yang lain.”

وَعَنْ معدان بنِ أَبي طلحةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: لَقِيتُ ثَوْبَانَ مَوْلى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْخِلُنِي اللهُ بِهِ الْجَنَّةَ، أَوْ قَالَ قُلْتُ: بِأَحَبِّ الأَعْمَالِ إِلى اللهِ فَسَكَتَ، ثُمَّ سَأَلْتُهُ فَسَكَتَ، ثُمَّ سَأَلْتُهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ: سَأَلْتُ عَنْ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : "عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ، فَإِنَّكَ لا تَسْجُدُ للهِ سَجْدَةً إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً ، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً"

Mafhumnya: Daripada Ma’dan bin ABi Talhah RA katanya: “Saya bertemu dengan Thauban maula Rasulullah SAW, lalu saya berkata: Khabarkan kepada saya satu amalan yang bila saya lakukannya, Allah akan memasukkan saya ke dalam syurga.” Atau dia berkata: “Amalan yang lebih disukai oleh Allah, lalu beliau(Thauban) diam. Kemudian saya bertanya lagi kepadanya, beliau berdiam diri, kemudian saya bertanya lagi kali ketiga. Lalu beliau menjawab: Saya pernah bertanya perkara ini kepada Nabi SAW, dan baginda bersabda: Hendaklah kamu membanyakkan sujud (membanyakkan solat), kerana sesungguhnya kamu tidak melakukan satu sujud kepada Allah melainkan Allah akan menaikkan satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan.” (Ahmad 5/276, bil: 22431. Muslim 1/353, bil: 488. Al-Tirmizi 2/231, bil: 389, beliau berkata: "Hasan Sahih". Al-Nasa’ie dalam al-Kubra 1/242, bil: 725. Ibn Majah 1/457, bil: 1423. Ibn Khuzaimah 1/163, bil: 316. Ibn Hibban 5/27, bil: 1735)

Wallahu a'lam

Berusahalah Untuk Khusuk Dalam Solat

Wednesday, January 4, 2012

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الأَشْعَرِيِّ، قَالَ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلمَ بِأَصْحَابِهِ، ثُمَّ جَلَسَ فِي طَائِفَةٍ مِنْهُمْ، فَدَخَلَ رَجُلٌ، فَقَامَ يُصَلِّي، فَجَعَلَ يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِي سُجُودِهِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم:

Mafhumnya: Daripada Abu ‘Abdullah al-Asy’ari RA katanya: Satu hari Rasulullah SAW menunaikan solat dengan para sahabat baginda, setelah itu baginda duduk bersama dengan sekumpulan mereka. Tiba-tiba masuk seorang lelaki, lelaki itu bangun dan menunaikan solat, lalu dia rukuk dan sujud dengan cepat (seperti patukan burung). Sabda Nabi SAW:

"أَتَرَوْنَ هَذَا، مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا، مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلاتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ، إِنَّمَا مَثَلُ الَّذِي يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِي سُجُودِهِ، كَالْجَائِعِ لا يَأْكُلُ إِلا التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ، فَمَاذَا تُغْنِيَانِ عَنْهُ، فَأَسْبِغُوا الْوُضُوءَ، وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ، أَتِمُّوا الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ"

Mafhumnya: “Apakah kamu melihat orang itu? Sesiapa yang mati dalam melakukan sepertinya, dia mati bukan di atas agama Muhammad, dia mematuk di dalam solatnya (pergerakan yang terlampau cepat) seperti burung merpati mematuk darah, hanyasanya perumpamaan bagi orang yang rukuk dan tergesa-gesa di dalam sujudnya seperti orang yang lapar, dan tidak makan melainkan sebiji atau dua biji tamar, apakah dua tamar itu memadai untuknya? Oleh kerana itu sempurnakanlah wudhu, dan kecelakaan bagi orang yang tidak menyempurnakan basuhan kaki di dalam wudhu, setelah itu sempurnakanlah rukuk dan sujud (lakukan dengan tenang dan tomakninah)

قَالَ أَبُو صَالِحٍ : فَقُلْتُ لأَبِي عَبْدِ اللَّهِ الأَشْعَرِيِّ: مَنْ حَدَّثَكَ بِهَذَا الْحَدِيثِ؟ فَقَالَ: أُمَرَاءُ الأَجْنَادِ: عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ، وَخَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ، وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ، وَشُرَحْبِيلُ بْنُ حَسَنَةَ، كُلُّ هَؤُلاءِ سَمِعُوهُ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.

Abu Soleh berkata: Aku bertanya kepada Abu ‘Abdullah al-Asy’ari: Siapakah yang menceritakan hadis ini kepadamua? Beliau menjawab: Para pemimpin orang-orang yang baik ‘Amr bin al-‘Ash, Khalid bin al-Walid, Yazib bin Abi Sufiyan dan Syurahbil bin Hasanah, kesemua mereka mendengarnya dari Nabi SAW. (Ibn Khuzaiman 1/332, bil: 665. Al-Baihaqi 2/89, bil: 2406. Ibn ‘Asakir 65/239. Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir 4/247. Ibn Abi ‘Asim dalam al-Aahad wa al-Mathaniy 1/372, bil: 494. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Khuzaimah, bil:665(

Wallahu a'lam