Larangan Meminta Balasan Di Dunia

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَادَ رَجُلًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ قَدْ خَفَتَ فَصَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ كُنْتَ تَدْعُو بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ قَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَقُولُ اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبْحَانَ اللَّهِ لَا تُطِيقُهُ أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ أَفَلَا قُلْتَ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ قَالَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ

Maksudnya: “Anas bin Malik R.A. berkata: “Rasulullah S.A.W. suatu ketika pergi menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang ditimpa penyakit yang teruk, sehingga dia menjadi seperti seekor anak burung yang baru menetas (lemah dan tidak berdaya). Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: “Adakah kamu telah berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?” Jawab orang itu: “Ya, aku pernah memohon: “Ya Allah, apa-apa dosaku yang akan dibalas diakhirat, segerakanlah balasannya ke atasku di dunia.” Rasulullah terkejut sambil berkata: “Maha suci Allah, kamu tidak akan ada upaya atau kamu tidak akan mampu (menanggungnya), mengapa kamu tidak memohon dengan berkata: “Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepada kami di didunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Kata Anas: “Lalu Baginda berdoa kepada Allah, maka Allah menyembuhkan orang tersebut.” (H.R. Muslim)

Pengajaran hadith:

1. Allah s.w.t. maha pemaaf dan pengampun dosa-dosa hambanya, selagi mereka bersungguh bertaubat kepadaNya.

2. Jangan meminta disegerakan balasan keburukan didunia untuk terlepas di akhirat. Sebaliknya pohonlah dengan doa yg Nabi s.a.w. ajarkan di dalam hadith di atas.

3. Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik contoh untuk diikuti. Tidak ada satu kebaikan melainkan baginda telah ajarkan kepada umatnya, demikian juga tidak ada satu keburukan melainkan baginda telah peringatkan kepada ummat baginda.

Wallahu a'lam

Kelebihan Panjang Umur dan Banyak Ibadah

Friday, September 23, 2011

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّيَ قَالَ طَلْحَةُ: فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ: ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ: "مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ؟فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً؟قَالُوا: بَلَى، قَالَ: "وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ؟قَالُوا: بَلَى، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Mafhumnya: "Daripada Tolhah bin ‘Ubaidillah RA, bahawa ada dua orang lelaki dari Baliy (nama sebuah tempat) datang kepada Rasulullah SAW. Kedua-dua mereka memeluk Islam bersama. Salah seorang dari keduanya amat bersungguh untuk menyertai jihad berbanding seorang lagi, lalu dia menyertai jihad dan dia gugur sebagai syahid. Adapun yang seorang lagi terus dipanjangkan umur, dan dia meninggal dunia setelah setahun pemergian kawannya yang mati syahid tadi. Tolhah berkata: Suatu hari aku bermimpi, ketika aku berada berhampiran pintu Syurga, bersama dengan kedua-dua lelaki tadi, keluar seseorang dari Syurga, lalu mengizinkan lelaki yang meninggal dunia kemudian (yang bukan mati Syahid) untuk memasuki Syurga. Setelah itu (setelah beberapa ketika) keluar lagi orang itu dan mengizinkan lelaki yang mati syahid pula untuk memasuki Syurga, kemudian orang itu datang kepadaku dan berkata: Pulanglah, kerana sesungguhnya belum tiba giliran kamu lagi (untuk memasuki Syurga). Apabila pagi hari, Tolhah menceritakan apa yang dilihatnya di dalam mimpi kepada orang ramai menyebabkan orang ramai merasa hairan. Perkara tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, lalu orang ramai menceritakan kepada baginda tentang mimpi Tolhah tersebut. Setelah itu baginda bersabda: Apakah yang menyebabkan kamu semua merasa hairan? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah, lelaki yang mati Syahid itu lebih bersungguh untuk berjihad berbanding kawannya dan ternyata dia memperolehi syahid. Sebaliknya kawan dia yang memasuki syurga terlebih dahulu darinya. Sabda Nabi SAW: Bukankah kawannya itu terus hidup selepas kematiannya setahun? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Bukankah dia juga sempat bertemu dengan Ramadhan, lalu dia berpuasa Ramadhan dan banyak menunaikan solat dalam tahun tersebut? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Rasulullah SAW berikutnya bersabda: Kedudukan mereka berdua amat berbeza, lebih jauh dari perbezaan langit dan bumi.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Majah 3925, Ibn Hibban 2466, al-Baihaqi dalam al-Zuhd 2/73, Ahmad 1/161-163, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya 310, al-Hakim 1/200 dan hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 6/176. Al-‘Allamah al-Sindiy dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata: "hadis ini menunjukkan adanya kelebihan dipanjangkan umur beserta banyak amalan baik.”

Wallahu a'lam

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Wednesday, November 9, 2011

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

قَالَ إِبْلِيسُ: أَيْ رَبِّ لَا أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ". قَالَ: "فَقَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

Mafhumnya: “Iblis berkata: Wahai tuhan, aku akan berterusan memesongkan anak Adam selagi roh mereka berada di dalam jasad mereka.” Baginda bersabda lagi: Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Senantiasalah daku akan mengampunkan mereka selagi mereka memohon keampunan kepada daku.” |HR Ahmad (3/29, bil: 11255), Abu Ya’la (2/530, bil: 1399), al-Hakim (4/290, bil: 7672, dan berkata: “Sahih al-Isnad”). Al-Tabrani di dalam al-Awsath (8/333, bil: 8788). Hadis ini dinilai sebagai Sahih juga oleh al-Albani di dalam al-SIlsilah al-Sahihah (1/163)|

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla akan sentiasa membuka tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada siang harinya, dan Dia akan sentiasa membukan tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada malam harinya, sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat (berlaku kiamat).” |Ahmad (4/395, bil: 19547), Muslim (4/2113, bil: 2759). Al-Daraqutni di dalam al-Sifaat (1/20, bil: 18) dan al-Baihaqi (8/136, bil: 16281)|

Daripada Abu Zarr RA, katanya saya pernah bertanya:

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَوْصِنِي, قَالَ: "إِذَا عَمِلْتَ سَيِّئَةً فَأَتْبِعْهَا حَسَنةً تَمْحُهَاقِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَمِنَ الْحَسَنَاتِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟ قَالَ: "هِيَ أَفْضَلُ الْحَسَنَاتِ

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepada saya.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melakukan kesalahan (dosa), turutilah ia dengan melakukan kebaikan, kerana kebaikan akan menghapuskan kesalahan tadi.” Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah apakah kalimah لا إله إلا الله termasuk di dalam al-Hasanat (perkara-perkara kebaikan).” Baginda bersabda: “Ia merupakan perkara-perkara kebaikan yang paling afdhal.” |Ahmad (5/169, bil: 21525), dinilai Hasan oleh al-Albani dalam al-SIlsilah al-Sahihah (3/361)|

Daripada Abu Umamah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ صَاحِبَ الشِّمَالِ لِيَرْفَعُ الْقَلَمَ سِتَّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ الْمُسْلِمِ الْمُخْطِئِ أَوِ الْمُسِيءِ، فَإِنْ نَدِمَ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا، وَإِلا كُتِبَتْ وَاحِدَةً

Mafhumnya: “Sesungguhnya malaikat pencatit dosa tidak akan mencatit kesalahan yang dilakukan selama enam tempoh masa dari seorang muslim yang melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, jika seseorang itu menyesal dari perbuatannya tersebut, kemudian beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah dari kesalahan tadi, malaikat tadi tidak akan mencatitnya terus, jika tidak (tidak menyesal dan beristighfar) dia akan mencatit sebagai satu kesalahan.” |al-Tabrani (8/185, bil: 7765), Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (6/124). Al-Baihaqi di dalam Sa’ab al-Iman (5/391, bil: 7051). Hadis ini dinilai sebagai Hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah (3/210)|

Wallahu a'lam