Kata Sufyan alThauri RH:
"Jika kamu kembali bertemu Allah Taala dengan membawa 70 dosa kesalahan antara kamu dengan Allah Taala adalah lebih ringan, berbanding kamu kembali bertemu Allah dengan membawa satu dosa kesalahan antara kamu dengan manusia lain."
Ustaz Abdul Kadir
Tazkirah
Abdul Malik bin Marwan bertanya kepada pembesar-pembensarnya: "siapakah manusia yang paling bahagia?"
Mereka menjawab: "Raja dan pembesar-pembesarnya."
Jawab Abdul Malik bin Marwan: "Kamu semua kurang pemerhatian. Sebenarnya manusia yang paling bahagia adalah orang yang memiliki rumah, tak perlu dibayar sewanya. Memiliki isteri yang redha dengannya dan dia juga redha dengan isterinya. Dialah orang yang lebih bahagia dari raja dan pembesar-pembesarnya."
- Wallahu a'lam