Setiap kali berkurangnya pengamalan agama, akan bertambahlah kepayahan dalam memberi hukum fatwa

"Setiap kali berkurangnya pengamalan agama, akan bertambahlah kepayahan (dalam memberi hukum fatwa) . Setiap kali bertambahnya kepayahan (memberi hukum dalam fatwa) berkuranglah pengamalan agama.

Kadang-kala org ramai menyangka bahawa, para ulama kemudian lebih banyak memberi mudah dalam berfatwa berbanding ulama terdahulu.

(Di atas sangkaan) kerana ulama terdahulu dari kalangan Salaf lebih bertaqwa dan lebih bersangatan wara' berbanding ulama kemudian.

Akan tetapi realitinya adalah berlawanan sama-sekali dengan sangkaan tersebut.

Maka ulama terkemudian adalah lebih banyak memberi kesempitan/kepayahan berbanding ulama terdahulu. Sepertimana yang telah aku jelaskan hal ini dalam statusku yang lalu ttg dosa2 besar dan bagaimana saling bertambahnya bilangan dosa besar di sisi ulama kemudian berbanding bilangan dosa besar di sisi ulama terdahulu.

Ini bermaksud:

1- Berat dalam berhukum tidak menunjukkan pertambahan wara'.

2- berat dalam berhukum adalah trrmasuk dari tanda2 kekurangan fiqh (faham) dan ilmu. Jika tidak sudah tentu ulama kemudian akan bebas dari memberi hukum yang berat. Alangkah bagusnya perkataan Sufyan alThauri yang berkata:

"Hanyalah yang dikira sbagi ilmu itu di sisi kami (iaitulah) keringanan yang diberikan oleh seorg thiqah. Adapun memberi hukum berat/susah, mampu diberikan oleh setiap org."

3- memberi fatwa yang berat tidak menghalang berkurangnya pengamalan agama. Bahkan ia adalah salah satu sebab kurangnya pengamalan agama. Ini kerana dia melarikan org ramai dan menjadikan mereka berputus asa dari keredhaan tuhan.

Dari. alSayarif Hatim alAuniy -
Terjemahan oleh Bin Sahak -

Wallahu a'lam

Hubungan Yang Berjaya

Jika kamu melihat hubungan yg berjaya antara sepasang suami isteri atau dua org yg bersahabat... Bukanlah syaratnya yg mereka berdua sentiasa bersatu hati dlm setiap perkara. Sebaliknya, mereka saling bersatu hati dan tolong-menolong, mereka juga ada perselisihan, namun mereka saling memaafkan. - Dr Muhammad al-'Arifi -

Wallahu a'lam

Kepada yang bertelagah...

Kepada yang bertelagah, renunglah hadis Nabi SAW tentang sifat Munafik Tulen, salah-satunya:

إذا خاصم فجر

Maksudnya: "... Apabila bertelagah, dia berbuat dosa..."

Dia berbuat dosa sehingga sanggup berbohong, mereka-reka cerita, menuduh, menghasut, membuat provok, membuka aib, menzalimi orang lain... asalkan dia puas dalam bertelagah.

Sedangkan alQuran menyebut:

والصلح خير

Maksudnya: "...dan perdamaian itu adalah lebih baik..."

Kepada yang inginkan perdamaian. Ingatlah pula firman Allah:

وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ

Maksudnya: "...dan disertakan bagi jiwa itu sifat kikir..." (kedua-dua ayat alQuran di atas dari surah alNisaa': 128)

Kikir iailah hendakkan setiap haknya dipenuhi, tanpa mengendahkan hak orang lain ke atasnya. Kikir ini PENGHALANG perdamaian. Kerana hak amat sukar dipenuhi. Jika setiap orang menuntut, haknya mesti dipenuhi, maka akan musnah binasalah kedamaian dan ketenteraman. Jika anda hendakkan perdamaian... beralahlah dlm banyak perkara, fikirkan kewajipan kita kpd org lain.

Wallahu a'lam