Hakikat Dunia hari ini

Diceritakan ada seorg lelaki telah menanam bangkai seekor anjing di satu kawasan tanah perkuburan Islam. Tindakan lelaki itu menyebabkan org ramai marah, lalu mereka segera mengangkat kes kpd qadhi atau hakim mahkamah. Hakim yang Arif Lagi Bijaksana bertanya kpd lelaki yg dituduh: "apa yg mendorong kamu melakukan perbuatan tersebut?"

Jawab silelaki: "Anjing itu telah meninggalkan wasiat kpdku, utk aku menanam bangkainya. Maka aku laksanakan wasiat anjing itu sahaja."

Jawab qadhi yg arif dgn nada marah: "kamu mempermainkan Yg Arif? Kamu mahu dihukum cuba mempersendakan mahkamah yg mulia ini?"

Kata lelaki itu: "Tunggu dulu wahai Yg Arif. Selain wasiat tadi, Anjing itu juga ada meninggalkan wang sejumlah RM10,000 dan dia wasiatkan supaya wang ini diserahkan kpd qadhi atau hakim."

Jawab Qadhi: "Semoga Allah merahmati sianjing yg telah meninggal dunia ini."

Org ramai yg mengikuti perbicaraan berasa hairan dgn si hakim, bagaimana pendirian hakim boleh berubah dlm sekelip mata? Melihat keadaan org ramai yg kehairanan. Yg Arif Hakim berkata:

"Kamu semua jgn berasa hairan. Saya sbg Yg Arif, telah memerhatikan keadaan anjing yg baru meninggal dunia dan di tanam di tanah perkuburan Islam itu. Sebenarnya anjing itu adalah seekor anjing yg mulia, ia datang dr keturunan anjing Ashab alKahfi."

Terdiam semua yg menyaksikan perbicaraan. Semua mereka pulang dan berkata: "Inilah Hakikat Dunia Hari ini."

Wallahu a'lam

Baiki Masyarakat Dengan Kebaikan & Keadilan

Pemerintah di Khurasan pernah meminta izin dari Khalifah Omar bin Abdul Aziz untuk menggunakan cemeti dan pedang terhadap org ramai. Jawab Omar bin Abdul Aziz di dalam surat balasnya:

"Telah sampai kpdku suratmu yang menceritakan org ramai di Khurasan berbuat buruk terhadap kamu, dn kononnya tiada cara lain untuk memperbaiki keadaan mereka melainkan melalui pedang dan cemeti. Aku katakan bahawa engkau sesungguhnya berbohong. bahkan mereka boleh dibaiki dengan keadilan dan kebenaran, oleh itu bentangkan kpd mereka keadilan dan kebenaran.

Wallahu a'lam

alRabi' bin Sulaiman الربيع بن سليمان, Air Tangan Seorg Guru Yang Cekal

alRabi' bin Sulaiman adalah salah seorg anak murid kepada alImam alSyafi'ie RH. Disayangi oleh alImam alSyafi'ie disebabkan beliau seorg yg warak dan kuat beribadat.

Dikatakan beliau seorg yg kuat hafalannya namun lemah kefahamanya. Kekuatan hafalannya sehingga dikatakan dia menghafal perkataan alImam alSyafi'ie dan meriwayatkannya spt hafalannya itu diukir di batu.

alImam alBaihaqi di dlm Manaqib alSyafi'ie, demikian juga alAjuri di dlm Akhlaq alUlama meriwayatkan:

"Adalah alRabi' bin Sulaiman seorg yg lambat faham sehingga mendorong alImam alSyafi'ie mengulang 40 kali satu masalah yg sama kpdnya, namun beliau masih belum memahaminya, sehingga menyebabkan alRabi' bangun dan meninggalkan majlis kerana merasa malu. Namun alSyafi'ie memanggilnya dan mengulangi permasalahan tersebut berasingan sehinggalah dia memahaminya, seraya berkata: "

يا ربيع، لو استطعت أن أطعمك العلم لأطعمتك إياه

Maksudnya: "Wahai Rabi', jika aku mampu menyuapkan kpd kamu ilmu seumpama menyuap makanan, sudah tentu aku akan melakukannya."

Kisah ini sepatutnya dijadikan pengajaran oleh setiap pengajar, guru dan para ustaz. Betapa mereka perlu memiliki cita2 besar dlm mendidik anak bangsanya dan memastikan kejayaan mereka. Sabar dan tidak jemu melayan kelemahan anak murid kerana...

Jika kita mampu menyuapkan ilmu kpd anak murid seumpama makanan, sudah pasti kita akan melakukannya.

Wallahu a'lam