Takbir Muqayyad Selepas Solat Sunat

Zikir dan Doa Jumlah paparan: 51

Oleh: al-Syeikh Muhammad bin Sa‘id Basalih

Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

 

Takbir Muqayyad (untuk takbir hari Raya) selepas solat fardu tidak terdapat nas yang jelas mengenainya, tetapi terdapat athar (riwayat) daripada para salaf dari kalangan sahabat, tabi‘in dan tabi‘ tabi‘in, dan amalan itu berterusan sejak zaman itu hingga hari ini di seluruh negeri umat Islam.

Ibn Rajab rahimahullah berkata:

اتفق العلماء على أنه يُشرع التكبير عقيب الصلوات في هذه الأيام في الجملة، وليس فيه حديث مرفوع صحيح، بل إنَّما فيه آثار عن الصحابة ومن بعدهم، وعمل المسلمين عليه. وهذا مما يدل على أن بعض ما أجمعت الأمة عليه لم يُنقل إلينا فيه نص صريح عن النبي [ صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم]، بل يُكتفى بالعمل به

“Para ulama telah sepakat bahawa disyariatkan takbir selepas solat-solat (fardhu) dalam beberapa hari ini (hari Tasyriq) secara umum, dan tidak terdapat hadis marfū’ yang sahih tentangnya, bahkan hanya terdapat athar daripada para sahabat dan selepas mereka, dan menjadi amalan umat Islam. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian perkara yang disepakati oleh umat tidak sampai kepada kita melalui nas yang jelas daripada Nabi , bahkan memadai dengan amalan padanya.” (Fath al-Bārī oleh Ibn Rajab, 9/22)

Kemudian para ulama berbeza pandangan: adakah takbir itu khusus untuk solat fardu yang ditunaikan sahaja atau merangkumi juga yang qadha, dan adakah takbir dilakukan selepas solat sunat atau tidak, dan adakah dilakukan selepas semua solat sunat atau sebahagiannya, dan adakah dilakukan selepas solat jenazah atau tidak?

Al-‘Allāmah al-Damīrī telah merumuskan khilaf ini dalam al-Najm al-Wahhāj النجم الوهاج (2/553), beliau berkata:

والأظهر أنه يكبر في هذه الأيام للفائتة والراتبة والنافلة، لأن التكبير شعار للوقت، والنافلة تشبه الفريضة، والقول الثاني – وبه قال الأئمة الثلاثة – يختص التكبير بالفرائض المفعولة في هذه الأيام، سواء كانت مؤداة أو فائتة، كالأذان والإقامة. والثالث: بفرائضها فقط. والرابع: بفرائضها وسننها الراتبة؛ لتأكدها... والمنذورة كالنافلة وكذلك العيد والكسوف والاستسقاء، والأصح أنه يكبر خلف الجنازة، وقيل: لا؛ لأن مبناها على التخفيف. ولا فرق في ذلك بين الرجل والمرأة، والحاضر والمسافر، والمنفرد والمصلي جماعة، فلو نسي التكبيرات أتى بها إن قرب الفصل، وكذا إن طال في الأصح

“Dan yang lebih zahir ialah dilakukan takbir pada hari-hari ini (hari raya Adha dan Tasyriq) bagi solat qadha, solat ratibah dan solat sunat, kerana takbir itu adalah syi‘ar waktu, dan solat sunat menyerupai solat fardu. Pendapat kedua – dan inilah yang dipegang oleh tiga imam – bahawa takbir itu khusus bagi solat fardu yang dilakukan dalam hari-hari ini, sama ada yang ditunaikan atau yang qadha, ia seperti azan dan iqamah. Pendapat ketiga: hanya untuk solat fardu sahaja. Pendapat keempat: untuk solat fardu dan sunat rawatib kerana kedudukannya yang ditekankan... Bagi solat nazar, ia seperti solat sunat, begitu juga solat hari raya, gerhana dan istisqa’. Dan pendapat yang lebih sahih ialah takbir dilakukan juga selepas solat jenazah, dan ada yang berkata: tidak, kerana solat jenazah dibina atas dasar ringkas. Tiada beza dalam hal ini antara lelaki dan perempuan, yang bermuqim dan yang bermusafir, yang solat bersendirian atau berjemaah. Jika seseorang terlupa takbir, dia melakukannya sekiranya jarak (antara solat dan takbir) masih dekat, dan begitu juga jika jaraknya panjang menurut pendapat yang lebih sahih. Dan Allah lebih mengetahui.”

 

Cetak
Wallahu a'lam