Soalan:
Adakah ahli syurga akan mengingati apa yang mereka alami di dunia? Dan adakah mereka juga akan memiliki keinginan sepertimana di dunia?
Jawapan:
Penghuni syurga akan mengingati kehidupan mereka semasa di dunia. Dalam surah al-Tur ayat 25-28 Allah SWT berfirman:
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ، قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ، فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ، إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
“Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya. Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) berada dalam kalangan keluarga kami dalam keadaan takut (menderhakai Allah), maka Allah telah mengurniakan nikmat kepada kami, dan menyelamatkan kami daripada azab yang membakar. Sesungguhnya kami dahulu sentiasa berdoa kepada-Nya; “sesungguhnya Dia-lah al-Barr (Maha Baik) lagi al-Rahim (Maha Penyayang).” (al-Tur: 25–28)
Penghuni syurga juga akan mengingati golongan jahat yang selalu berusaha meniupkan keraguan kepada orang-orang beriman dan mengajak supaya kufur kepada Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah al-Saffat:
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ، قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ، يَقُولُ أَإِنَّكَ لَمِنَ الْمُصَدِّقِينَ، أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَدِينُونَ
"Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya. Seorang di antara mereka berkata: Sesungguhnya aku dahulu mempunyai seorang teman. Dia berkata: Adakah kamu termasuk orang yang membenarkan (hari kebangkitan)? Adakah apabila kita telah mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibalas (dihidupkan kembali)?" (al-Saffat: 50–53)
Penghuni syurga juga akan mengingati hari-hari kehidupan mereka di dunia serta ujian dan dugaan yang mereka hadapi, sama ada pada diri mereka sendiri, anak-anak, ahli keluarga dan harta benda. Semua ingatan semula ini berlaku dalam penuh kegembiraan, lalu mereka berkata, seperti yang dirakamkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ
"Dan mereka (penghuni syurga) berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, Maha Mensyukuri." (Fatir: 34)
Apabila ahli syurga dihidangkan dengan hidangan di syurga, kenangan terhadap dunia akan kembali semula. Mereka melihat buah-buahan di syurga yang menyerupai buah-buahan dunia dari segi rupa, tetapi berbeza dari segi saiz dan rasa. Allah SWT berfirman:
كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا
"Setiap kali mereka diberi rezeki daripada buah-buahan syurga, mereka berkata: Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu (di dunia). Mereka diberi (buah itu) yang serupa pada rupa sahaja." (al-Baqarah: 25)
Penghuni syurga juga akan mengingati doa-doa yang mereka panjatkan kepada Allah SWT ketika ditimpa kesulitan di dunia, tangan yang diangkat ke langit memohon agar amalan mereka diterima, agar dikurniakan taufik untuk beramal soleh, dan agar menjadi ahli syurga, sebagaimana dalam firman Allah:
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ، قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ، فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ، إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
“Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya. Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) berada dalam kalangan keluarga kami dalam keadaan takut (menderhakai Allah), maka Allah telah mengurniakan nikmat kepada kami, dan menyelamatkan kami daripada azab yang membakar. Sesungguhnya kami dahulu sentiasa berdoa kepada-Nya; “sesungguhnya Dia-lah al-Barr (Maha Baik) lagi al-Rahim (Maha Penyayang).” (al-Tur: 25–28)
Adakah Ahli Syurga Memiliki Keinginan Seperti Di Dunia?
Penghuni syurga akan memiliki keinginan terhadap kenikmatan yang lebih berbanding keinginan mereka terhadap kenikmatan ketika di dunia. Nikmat syurga yang paling rendah adalah sepuluh kali ganda dari kenikmatan dunia. Dalam hadis yang sahih daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولًا الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ: اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ، فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلاَى فَيَرْجِعُ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى، فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ: اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ، قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى، فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ: اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا، قَالَ فَيَقُولُ: أَتَسْخَرُ بِي أَوْ أَتَضْحَكُ بِي وَأَنْتَ الْمَلِكُ، قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ، قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً
"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui orang terakhir yang akan keluar dari neraka dan terakhir yang akan masuk ke dalam syurga. Iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak, lalu Allah berfirman kepadanya: “Pergilah masuk ke dalam syurga.” Maka dia bergerak menuju ke syurga dengan didatangkan sangkaan kepadanya yang syurga telahpun penuh. Lalu dia kembali (kepada Allah) dan berkata: “Wahai Tuhanku, aku percaya syurga telahpun penuh.” Maka Allah berfirman kepadanya: “Pergilah dan masuk ke dalam syurga.” Dia bergerak lagi, kemudian didatangkan sangkaan kepadanya yang syurga telahpun penuh. Dia kembali kepada Allah dan berkata: “Wahai Tuhanku, aku percaya syurga telahpun penuh.” Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya untuk kamu (Aku telah sediakan) seperti dunia dan sepuluh kali ganda daripadanya.” Atau (periwayat ragu): “Sesungguhnya untuk kamu (Aku telah sediakan) sepuluh kali ganda dunia.” Maka lelaki itu berkata: “(Wahai tuhan) Adakah Engkau bergurau denganku sedangkan Engkau adalah Raja (sekelian raja)?” Lalu Rasulullah ﷺ ketawa sehingga nampak gigi geraham baginda." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Lafaz ini berdasarkan riwayat Muslim no. 272)
Demikian juga al-Quran memberitahu kepada kita, setiap apa yang diingini oleh ahli syurga akan diperolehi. Firman Allah SWT:
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الأَنفُسُ وَتَلَذُّ الأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Dan di dalamnya (syurga) terdapat segala apa yang diingini oleh jiwa dan yang sedap dipandang oleh mata. Dan kamu semua (penghuni syurga) akan kekal di dalamnya." (az-Zukhruf: 71)
Hadis Tentang Keinginan Kepada Anak Dan Pertanian Di Syurga
Hadis-hadis Nabi SAW juga menyatakan penghuni syurga akan berkeinginan untuk mendapatkan anak dan bercucuk tanam. Lebih hebat lagi, apabila semua yang mereka inginkan itu terhasil dengan segera tanpa perlu menunggu. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi ﷺ pada suatu hari sedang bercerita, dan berhampiran baginda terdapat seorang lelaki badwi. Baginda bersabda:
أَنَّ رَجُلا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ اسْتَأْذَنَ رَبَّهُ فِي الزَّرْعِ، فَقَالَ لَهُ: أَوَلَسْتَ فِيمَا شِئْتَ؟ قَالَ: بَلَى، وَلَكِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَزْرَعَ فَأَسْرَعَ وَبَذَرَ فَتَبَادَرَ الطَّرْفَ (أي: سبق لمح البصر) نَبَاتُهُ وَاسْتِوَاؤُهُ وَاسْتِحْصَادُهُ وَتَكْوِيرُهُ أَمْثَالَ الْجِبَالِ، فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: دُونَكَ يَا ابْنَ آدَمَ، فَإِنَّهُ لا يُشْبِعُكَ شَيْءٌ فَقَالَ الاَعْرَابِيُّ: يَا رَسُولَ اللَّهِ لا تَجِدُ هَذَا إِلا قُرَشِيًّا أَوْ أَنْصَارِيًّا فَإِنَّهُمْ أَصْحَابُ زَرْعٍ، فَأَمَّا نَحْنُ فَلَسْنَا بِأَصْحَابِ زَرْعٍ، فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
"Ada seorang lelaki dari kalangan ahli syurga meminta izin kepada Tuhannya untuk menanam (di syurga). Maka Allah berfirman kepadanya: “Bukankah kamu sudah mendapat apa yang kamu mahu?” Lelaki itu berkata: “Bahkan, tetapi daku suka untuk bercucuk-tanam.” (lalu diizinkan kepadanya) Maka dia pun menyemai biji benih dan dengan serta-merta tanamannya tumbuh, masak, dituai dan menghimpunkan hasil seperti gunung-gunung (besarnya). Allah berfirman kepadanya: “Ambillah semuanya untukmu, wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau tidak pernah puas.” Lalu lelaki Badwi yang berada di sisi Nabi SAW berkata: “Ya Rasulullah, orang itu pasti seorang Quraisy atau Ansar kerana mereka memang ahli pertanian. Adapun kami bukan dari kalangan ahli pertanian.” Lalu Rasulullah ﷺ tertawa." (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 6965)
Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:
وَفِي هَذَا الْحَدِيثِ مِنَ الْفَوَائِدِ أَنَّ كُلَّ مَا اشْتُهِيَ فِي الْجَنَّةِ مِنْ أُمُورِ الدُّنْيَا مُمْكِنٌ
"Antara faedah dari hadis ini, bahawa setiap perkara dunia yang diinginkan di dalam syurga (oleh penghuninya) boleh berlaku di dalamnya." (Rujuk Fath al-Bari 5/27)
Hadis Tentang Keinginan Kepada Anak Di Syurga
Dari Abu Sa‘id al-Khudri r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
الْمُؤْمِنُ إِذَا اشْتَهَى الْوَلَدَ فِي الْجَنَّةِ كَانَ حَمْلُهُ وَوَضْعُهُ وَسِنُّهُ فِي سَاعَةٍ كَمَا يَشْتَهِي
“Seorang mukmin apabila menginginkan anak di syurga, maka kehamilan, kelahiran, dan tumbesaran anak itu berlaku dalam satu saat sebagaimana yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi no. 2487 – beliau berkata: hadis ini hasan gharib. Ia juga terdapat dalam Sahih al-Jami’, no. 6649)
Penutup
Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita semua dalam kalangan ahli syurga dengan kemurahan dan rahmat-Nya. Sesungguhnya Dialah tuhan yang al-Barr (Maha Baik) lagi al-Rahim (Maha Penyayang).