SDI 1871: Di Mana Kubur Nabi Adam?

Soalan:

Di mana terletaknya kubur Nabi Adam عليه السلام?

Jawapan:

Pertama:

Tidak diketahui secara pasti dan yakin kedudukan jasad seorang nabi melainkan di al-Madinah al-Nabawiyyah iaitu tempat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dimakamkan. Sebahagian ulama menyatakan bahawa kubur Nabi Ibrahim الخليل عليه السلام terletak di al-Khalil (Hebron) di Palestin. Ada yang mengatakan bahawa tempat yang ada sekarang itulah kuburnya, sementara yang lain berpendapat tempat wafatnya memang diketahui tetapi lokasi tepat kuburnya tidak pasti. Selain daripada itu, semuanya hanyalah rekaan dan tidak ada yang sahih.

Ibn Taimiyyah رحمه الله berkata:                              

وأما قبور الأنبياء : فالذي اتفق عليه العلماء هو " قبر النبي صلى الله عليه وسلم " فإن قبره منقول بالتواتر وكذلك في صاحبيه ، وأما " قبر الخليل " : فأكثر الناس على أن هذا المكان المعروف هو قبره ، وأنكر ذلك طائفة ، وحكي الإنكار عن مالك وأنه قال : ليس في الدنيا قبر نبي يعرف إلا قبر نبينا صلى الله عليه وسلم ، لكن جمهور الناس على أن هذا قبره ، ودلائل ذلك كثيرة ، وكذلك هو عند أهل الكتاب ، ولكن ليس في معرفة قبور الأنبياء بأعيانها فائدة شرعية ، وليس حفظ ذلك من الدِّين ، ولو كان من الدِّين لحفظه الله كما حفظ سائر الدين ، وذلك أن عامة من يسأل عن ذلك إنما قصده الصلاة عندها والدعاء بها ونحو ذلك من البدع المنهي عنها

“Adapun kubur para nabi, maka yang telah disepakati ulama ialah kubur Nabi صلى الله عليه وسلم kerana ia diketahui secara mutawatir, begitu juga kubur dua sahabatnya. Adapun kubur al-Khalil (Ibrahim عليه السلام), kebanyakan orang mengatakan bahawa tempat yang terkenal di Palestin itu memang kubur baginda, tetapi ada juga yang menafikan, bahkan ada riwayat dari Imam Malik bahawa tiada di dunia ini kubur nabi yang diketahui kecuali kubur Nabi kita صلى الله عليه وسلم. Namun majoriti orang tetap berpegang bahawa itulah kubur baginda Nabi Ibrahim, dan dalilnya banyak, malah ahli kitab juga sependapat. Tetapi sebenarnya tidak ada faedah syar‘ie dalam mengetahui kubur para nabi dengan tepat, dan ia bukan sebahagian daripada agama. Sekiranya ia sebahagian daripada agama, pasti Allah akan memeliharanya sebagaimana Allah memelihara seluruh ajaran agama. Hakikatnya, kebanyakan orang yang bertanya tentang hal ini hanyalah kerana ingin solat atau berdoa di sisi kubur itu, sedangkan ia termasuk amalan bid‘ah yang dilarang.” (Majmu‘ al-Fatawa 27/444)

Ibn Taimiyyah RH juga berkata:

قال طائفة من العلماء منهم عبد العزيز الكناني : كل هذه القبور المضافة إلى الأنبياء لا يصح شيء منها إلا قبر النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد أثبت غيره أيضا قبر الخليل عليه السلام

“Sekelompok ulama termasuk ‘Abd al-‘Aziz al-Kinani mengatakan: Semua kubur yang dinisbahkan kepada para nabi tidak sahih melainkan kubur Nabi صلى الله عليه وسلم, dan ada juga yang menetapkan kubur Nabi Ibrahim عليه السلام (yang berada di Palestin).” (Majmu‘ al-Fatawa 27/446)

Tidak dinafikan, riwayat-riwayat yang berbagai tentang kedudukan kubur Nabi Adam AS dan para Nabi yang lain ada disebut dalam kitab-kitab seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir, namun riwayat seumpama ini semua diriwayatkan dalam bentuk tidak pasti dengan sighah tamridh (التمريض). Riwayat-riwayat dalam bentuk tidak pasti ini, dinukilkan pula oleh sebahagian ulama lain seperti al-Haitami RH yang berkata dalam Tuhfah al-Muhtaj, ketika membicarakan tentang tempat solat Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Masjid al-Khayf daripada Ibn al-Jammal yang berkata:

ومحراب هذه القبة هو محل الأحجار التي كانت أمام المنارة، وبقربه قبر آدم عليه الصلاة والسلام

“Dan mihrab kubah ini ialah tempat batu-batu yang dahulu berada di hadapan menara, dan berhampirannya terdapat kubur Adam عليه الصلاة والسلام.”

Kata al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Baz رحمه الله:

لا يُعرف قبر نبيٍّ من الأنبياء سوى نبينا عليه الصلاة والسلام ، أما من ادعى أن هناك قبوراً في " عُمَان " أو في غير عمان معروفة للأنبياء : فهو كاذب ، وليس بصحيح ، إلا قبر نبينا عليه الصلاة والسلام في " المدينة " ، وهكذا قبر الخليل في " الخليل " في فلسطين ، معروف هناك محل القبر ، وأما بقية الأنبياء : فلا تُعرف قبورهم ، لا نوح ولا هود ولا صالح ولا إبراهيم ولا غيرهم ، ما عدا إبراهيم في " الخليل " .المقصود : أن جميع الأنبياء ما عدا النبييْن الكريميْن عليهما الصلاة والسلام محمد وإبراهيم لا تعرف قبورهم ، محمد في " المدينة " وهذا بإجماع المسلمين معروف موجود ، وهكذا الخليل إبراهيم عليه الصلاة والسلام معروف أيضاً في المغارة في " الخليل " ، أما من سواهما من الأنبياء : فقد نص أهل العلم على أنه لا تُعرف قبورهم

“Tidak diketahui kubur seorang nabi pun melainkan kubur Nabi kita عليه الصلاة والسلام. Adapun dakwaan kononnya terdapat kubur para nabi di ‘Uman atau di tempat lain, itu tidak benar. Hanya kubur Nabi kita di Madinah yang sahih, begitu juga kubur al-Khalil (Ibrahim عليه السلام) di al-Khalil, Palestin. Selain daripada keduanya, tidak diketahui di mana kubur para nabi lain – tidak diketahui kubur Nabi Nuh, Nabi Hud, Salih, Ibrahim (selain di al-Khalil) dan tidak yang lain.”

Kesimpulannya: Semua kubur para nabi selain Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Nabi Ibrahim عليه السلام tidak diketahui. Kubur Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di Madinah – disepakati oleh seluruh umat Islam. Kubur Ibrahim الخليل عليه السلام juga dikenali di gua di al-Khalil. Adapun selain keduanya, para ulama menegaskan bahawa kubur mereka tidak diketahui. (Nur ‘ala al-Darb, rakaman no. 642)

Beliau juga ditanya:

“Adakah benar bahawa Nabi Adam عليه السلام turun di Sri Lanka, khususnya di kawasan bernama Sanden?”

Beliau menjawab:

لا أصل لهذا ، ولا أساس لهذا ، لا تعرف صحته ، ولا أصل له ، ولا يُعرف قبره ، ولا أين نزل في أي بقعة ، أين دفن في أي بقعة ، آدم عليه الصلاة والسلام .المقصود : أن آدم لا يُعرف في أي بقعة من الأرض ، لا في كذا ولا في كذا

“Tidak ada asal usulnya, tidak diketahui kebenarannya, tidak ada sandarannya. Tidak diketahui di mana kuburnya, tidak di mana dia turun, dan tidak di mana dia dimakamkan. Nabi Adam عليه السلام tidak diketahui berada di mana pun di muka bumi ini.” (Nur ‘ala al-Darb, rakaman no. 642)

Kedua:
Ada riwayat yang menyebutkan lokasi kubur Nabi Adam
عليه السلام, tetapi semuanya tidak sahih.

Abu Nasr Muhammad bin ‘Abdillah al-Imam berkata:

Terdapat beberapa riwayat yang menyebut lokasi kubur Nabi Adam عليه السلام, antaranya:

  1. Al-Daraqutni meriwayatkan dalam Sunan-nya daripada Ibn ‘Abbas bahawa صلى جبريل بالملائكة على آدم ودفن في مسجد الخيف ...  maksudnya: “Jibril solat bersama para malaikat ke atas jenazah Adam dan mengebumikannya di Masjid al-Khayf.” Athar ini dalam rantaian sanadnya terdapat seorang yang bernama ‘Abd al-Rahman bin Malik bin Mighwal (عبد الرحمن بن مالك بن مغول), seorang matruk, sebagaimana dinyatakan oleh al-Daraqutni.

Athar ini juga di sisi Ibn ‘Asakir dan Ibn Sa‘ad sebagaimana disebut dalam al-Durr al-Manthur (3/334), tetapi sanadnya terdapat al-Kalbi seorang yang dihukum pendusta (كذاب) dan  Abu Salih seorang yang dhaif.

Terdapat juag dalam riwayat Abu Shaykh daripada Mujahid, namun ia juga  tidak sahih sampai kepada Mujahid kerana sanadnya dipenuhi pendusta.

  1. Abu Shaykh meriwayatkan dalam al-‘Azamah (العظمة) daripada Khalid bin Ma’dan (خالد بن معدان):

أن آدم لما توفي حمله مائة وخمسون رجلا من الهند إلى بيت المقدس ودفنوه بها وجعلوا رأسه عند الصخرة ...

“Bahawa ketika Adam wafat, seramai 150 orang lelaki membawanya dari India ke Baitulmaqdis lalu mengebumikan baginda di sana. Mereka menjadikan kedudukan kepala baginda di sisi batu.”

Tetapi sanad terdapat ramai para perawi majhul. Sekurang-kurangnya riwayat ini termasuk dalam riwayat Isra’iliyyat.

Pengarang kitab al-Manar (3/220) menyebut bahawa beliau melihat di India ada beberapa maqam yang disembah selain Allah, antaranya “maqam Adam, isteri baginda, dan ibu baginda”! Padahal Adam عليه السلام tidak mempunyai ibu. Beginilah akibat kejahilan. (Tahdhir al-Muslimin min al-Ghuluw fi Qubur al-Salihin, hlm. 78)

Al-Albani رحمه الله pula berkata:

لم يثبت في حديث مرفوع أن " إسماعيل " عليه السلام أو غيره من الأنبياء الكرام دفنوا في المسجد الحرام ، ولم يرد شيء من ذلك في كتاب من كتب السنة المعتمدة كالكتب الستة ومسند أحمد ومعاجم الطبراني الثلاثة وغيرها من الدواوين المعروفة ، وذلك من أعظم علامات كون الحديث ضعيفاً بل موضوعا عند بعض المحققين ، وغاية ما روي في ذلك آثار معضلات بأسانيد واهيات موقوفات أخرجها الأزرقي في " أخبار مكة " ( ص 39 و 219 و 220 ) فلا يلتفت إليها وإن ساقها بعض المبتدعة مساق المسلَّمات

“Tidak ada hadis sahih yang menunjukkan bahawa Isma‘il عليه السلام atau para nabi lain dikebumikan di Masjid al-Haram. Tidak ada dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar seperti Kutub al-Sittah, Musnad Ahmad, atau tiga kitab Mu‘jam al-Tabarani sedikitpun tentang perkara ini. Ini berupa tanda besar bahawa riwayat itu dhaif atau bahkan palsu menurut sebahagian para peneliti. Yang ada hanyalah athar dhaif dan mursal dengan sanad yang lemah, diriwayatkan oleh al-Azraqi dalam Akhbar Makkah (hlm. 39, 219, 220). Maka ia tidak boleh dijadikan hujah, meskipun ada golongan ahli bid‘ah yang membawanya seolah-olah ia pasti benar.” (Tahdhir al-Sajid min Ittikhadh al-Qubur Masajid, hlm. 69)

 


Cetak  
Wallahu a'lam