Soalan:
Adakah Ibn Hajar al-Haytami termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jama‘ah, ataukah beliau termasuk dalam kalangan imam Asya‘irah dan golongan sufi, ataukah beliau seorang imam Ahlus Sunnah yang sedikit terpengaruh dengan golongan Asya‘irah dan sufi?
Jawapan:
Al-Imam Ibn Hajar al-Haytami RH dari kalangan ulama Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Beliau sememangnya dikenali sebagai seorang sufi dan al-Asy‘ari, bahkan tergolongan dalam tokoh sufi dan Asy‘ari. Kerana itu terdapat celaan beliau kepada Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah RH.
Ibn al-Alusi ada menulis buku bertajuk: Jalā’ al-‘Aynayn fī Muhākamah al-Ahmadayn (جلاء العينين في محاكمة الأحمدين). Dalamnya beliau membincangkan kritikan Ahmad Ibn Hajar al-Haytami terhadap Ahmad Ibn ‘Abd al-Halim Ibn Taymiyyah. Beliau menyebut isu-isu yang dikritik oleh al-Haytami terhadap Ibn Taymiyyah, kemudian menjawabnya dengan jawapan-jawapan ilmiah yang jelas.
Kedua-dua mereka adalah tokoh, perbezaan yang ada di antara mereka tidak mengurangkan kehebatan mereka dan t idak menghilangkan rasa cinta kita kepada mereka. Kita mengambil manfaat dari kedua-duanya.