حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ يَعْنِي ابْنَ جَعْفَرٍ، أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حَرْمَلَةَ، أَخْبَرَنِي كُرَيْبٌ، أَنَّ أُمَّ الْفَضْلِ ابْنَةَ الْحَارِثِ، بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ، بِالشَّامِ، قَالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا فَاسْتَهَلَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بِالشَّامِ، فَرَأَيْنَا الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرَ، فَسَأَلَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ، ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ؟ قُلْتُ: رَأَيْتُهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، قَالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، وَرَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا، وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، قَالَ: لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فَلَا نَزَالُ نَصُومُهُ حَتَّى نُكْمِلَ الثَّلَاثِينَ، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلْتُ: أَفَلَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ، قَالَ: لَا، «هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ
Telah menceritakan kepada kami Mūsā bin Ismāʿīl, telah menceritakan kepada kami Ismāʿīl – yakni Ibn Jaʿfar – telah mengkhabarkan kepadaku Muḥammad bin Abī Ḥarmalah, telah mengkhabarkan kepadaku Kuraib, bahawa Ummu al-Faḍl binti al-Ḥārith telah mengutusnya kepada Muʿāwiyah di Syam. Dia (Kuraib) berkata: Maka aku pun sampai ke Syam dan menyelesaikan urusan Ummu al-Fadhl binti al-Ḥārith. Kemudian masuk bulan Ramadan sedangkan aku berada di Syam, maka kami melihat anak bulan pada malam Jumaat. Kemudian aku kembali ke Madinah pada akhir bulan. Maka Ibn ʿAbbās bertanya kepadaku, kemudian beliau menyebut tentang anak bulan, lalu berkata: “Bilakah kamu melihat anak bulan?” Aku menjawab: “Aku melihatnya pada malam Jumaat.” Dia bertanya: “Kamu sendiri melihatnya?” Aku menjawab: “Ya, dan orang ramai pun melihatnya, lalu mereka berpuasa, dan Muʿāwiyah pun berpuasa.” Ibn ‘Abbas berkata: “Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka kami akan terus berpuasa sehingga kami menyempurnakan tiga puluh (hari) atau kami melihatnya (anak bulan Syawal).” Aku bertanya: “Tidakkah cukup dengan rukyah Muʿāwiyah dan puasanya?” Ibn ‘Abbas menjawab: “Tidak, beginilah yang diperintahkan kepada kami oleh Rasulullah ﷺ.” (Riwayat Abū Dāwud dalam Sunan Abī Dāwūd, no. 2332)
أنَّ أُمَّ الفَضْلِ بنْتَ الحَارِثِ بَعَثَتْهُ [أي كُرَيْبَ بنَ أبي مُسلمٍ] إلى مُعَاوِيَةَ بالشَّامِ، قالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ، فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا، وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بالشَّامِ، فَرَأَيْتُ الهِلَالَ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ المَدِينَةَ في آخِرِ الشَّهْرِ، فَسَأَلَنِي عبدُ اللهِ بنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عنْهمَا، ثُمَّ ذَكَرَ الهِلَالَ، فَقالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الهِلَالَ؟ فَقُلتُ: رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ، فَقالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ فَقُلتُ: نَعَمْ، وَرَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، فَقالَ: لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فلا نَزَالُ نَصُومُ حتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلتُ: أَوَلَا تَكْتَفِي برُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ؟ فَقالَ: لَا، هَكَذَا أَمَرَنَا رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ. وَشَكَّ يَحْيَى بنُ يَحْيَى في نَكْتَفِي، أَوْ تَكْتَفِي.
Bahawa Ummu al-Faḍl binti al-Ḥārith telah mengutusnya – yakni Kuraib bin Abī Muslim – kepada Muʿāwiyah di Syam. Kuraib berkata: Maka aku pun sampai di Syam dan menyelesaikan urusannya, lalu datang bulan Ramadan sedangkan aku berada di Syam. Maka aku melihat anak bulan pada malam Jumaat. Kemudian aku kembali ke Madinah pada akhir bulan. Lalu ʿAbdullāh bin ʿAbbās رضي الله عنهما bertanya kepadaku, kemudian beliau menyebut tentang anak bulan, lalu berkata: “Bilakah kamu semua melihat anak bulan?” Aku menjawab: “Kami melihatnya pada malam Jumaat.” Dia bertanya: “Kamu sendiri melihatnya?” Aku menjawab: “Ya, dan orang ramai juga melihatnya, lalu mereka berpuasa dan Muʿāwiyah juga berpuasa.” Ibn Abbas berkata: “Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu. Maka kami akan terus berpuasa sehingga kami menyempurnakan tiga puluh (hari) atau kami melihatnya (anak bulan Syawal).” Aku berkata: “Tidakkah mencukupi dengan rukyah Muʿāwiyah dan puasanya?” Ibn ‘Abbas menjawab: “Tidak, beginilah yang diperintahkan kepada kami oleh Rasulullah ﷺ.” Dan Yaḥyā bin Yaḥyā ragu dalam lafaz: “naktafī” (kita berpada) atau “taktafī” (engkau berpada).” (Muslim dalam Ṣaḥīḥ Muslim, no. 1087, dengan sedikit perbezaan lafaz)
HURAIAN
Sesungguhnya Allah telah menjadikan anak bulan untuk pengiraan bulan-bulan dan tahun-tahun; dengan melihat anak bulan, satu bulan bermula dan bulan sebelumnya berakhir. Berdasarkan rukyah (penglihatan anak bulan) juga ditentukan pelaksanaan banyak kewajipan seperti puasa dan haji.
Dalam hadis ini, seorang tābiʿī, Kuraib bin Abī Muslim mengkhabarkan bahawa Ummu al-Faḍl Lubābah binti al-Ḥārith (أُمّ الفَضْلِ لُبابةَ بنتَ الحَارِثِ) – isteri kepada al-ʿAbbās bin ʿAbd al-Muṭṭalib (العَبَّاسِ بنِ عبدِ المُطَّلِبِ) dan ibu kepada ʿAbd Allāh bin ʿAbbās – telah mengutusnya kepada Muʿāwiyah bin Abī Sufyān yang ketika itu menjadi gabenor di Syam. Kuraib pun, dari Madinah bergerak pergi ke Syam untuk menyelesaikan urusan Ummu Fadhl yang diamanahkan kepadanya. Ketika beliau masih di Syam, melaksanakan tugasnya, anak bulan Ramadan kelihatan, dan rukyah itu berlaku pada malam Jumaat. Jarak antara Syam dan Madinah melebihi 1120 kilometer.
Kuraib kemudiannya kembali ke Madinah pada akhir bulan Ramadan. Lalu ʿAbd Allāh ibn ʿAbbās bertanya kepadanya mengenai perjalanan dan urusan ibunya Ummu Fadhl. Kemudian Ibn ʿAbbās bertanya tentang anak bulan: متَى رأيْتُمُ الهِلالَ في الشَّامِ؟ “Bilakah kamu melihat anak bulan di Syam?” Kuraib menjawab: “Kami melihatnya pada malam Jumaat.” Ibn ʿAbbās bertanya: “Kamu sendiri melihatnya?” Kuraib menjawab: “Ya, dan orang ramai juga melihatnya, lalu mereka berpuasa, termasuk Muʿāwiyah.”
Lalu Ibn ʿAbbās berkata: “Tetapi kami di sini melihatnya pada malam Sabtu.” Ini bermaksud bahawa di Madinah anak bulan kelihatan lewat sehari berbanding di Syam. Maka katanya: “Kami akan terus berpuasa sehingga genap tiga puluh hari, atau kami melihatnya anak bulan Syawal pada malam 29 Ramadhan.” Perkataan Ibn ‘Abbas ini menunjukkan perbezaan kedudukan anak bulan berdasarkan perbezaan kedudukan tempat. Kuraib pun bertanya:
ألَا تَكْتَفي -أو قال: نَكتَفي، بصيغةِ الجَمعِ- برُؤيةِ أهلِ الشَّامِ لهلالِ رَمَضانَ في أوَّلِه ومعَهمُ مُعاوِيةُ بنُ أبي سُفْيانَ رَضيَ اللهُ عنهما؛ فتَصومُ بصَومِهم أوَّلَ الشَّهرِ وتُفطِرُ بفِطْرِهم؟
Tidakkah engkau berpada – atau beliau berkata: tidakkah kita berpada (dengan lafaz jamak) – dengan rukyah penduduk Syam terhadap anak bulan Ramadan pada awalnya, bersama mereka ialah Muʿāwiyah bin Abī Sufyān – semoga Allah meredhai keduanya – lalu engkau berpuasa bersama mereka pada awal bulan dan berbuka (mengakhiri puasa) bersama mereka?
Jawab Ibn Abbas: لا “Tidak!” Iaitulah tidak memadai bagi kita dengan rukyah penduduk Syam dan puasa mereka bersama Muʿāwiyah. Bahkan kita berpuasa berdasarkan rukyah kita kepada anak bulan atau kita sempurnakan bilangan bulan Ramadan 30 hari, jika kita tidak melihat anak bulan Syawal. Ibn ʿAbbās menyambung dengan katanya:
هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ
“beginilah yang diperintahkan kepada kami oleh Rasulullah SAW.”