SDI 1763: Perintah Membunuh Anjing Telah Mansukh

Soalan: 

Adakah bila kita nampak anjing atau kucing hitam kena dibunuh atas sebab ia adalah syaitan, dan adakah juga semestinya kucing dan anjing hitam adalah syaitan?

Jawapan:

Saya bahagikan jawapan kepada beberapa point seperti berikut:

[1] Tiada keraguan bahawa perintah yang ada dari Nabi  untuk membunuh anjing hitam bukanlah semata-mata kerana warnanya. Ini kerana terdapat banyak jenis haiwan berwarna hitam, namun kita tidak diperintahkan untuk membunuh mana-mana daripadanya. Bahkan, sebahagian haiwan bewarna hitam itu dipuji. Dalam hadis sahih disebutkan:

خَيْرُ الْخَيْلِ الْأَدْهَمُ

"Kuda yang terbaik adalah yang berwarna hitam (adham)."

Hadis ini diriwayatkan oleh Ashab al-Sunan dan Ibn Hibban. Dinilai sahih oleh al-Albani. Kalimah "al-Adham" bermaksud hitam, keranaالدهمة  “al-Duhmah" ialah kehitaman, sebagaimana dijelaskan oleh para pensyarah hadis.

[2] Bukan semata-mata kerana seekor anjing, baginda  memerintahkan ia dibunuh. Telah thabit adanya kebenaran daripada baginda  memelihara anjing untuk tujuan tertentu, seperti menjaga ternakan, berburu, dan menjaga ladang. Sabda Nabi :

من اتَّخَذَ كَلْبًا إِلَّا كَلْبَ مَاشِيَةٍ أَوْ صَيْدٍ أَو زرعٍ انتقَصَ منْ أجرِه كلَّ يومٍ قِيرَاط

"Sesiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga ternakan, berburu atau ladang, maka pahalanya akan berkurangan satu qirat setiap hari." (al-Bukhari dan Muslim)

[3] Nabi  memerintahkan dibunuh haiwan yang memudharatan seperti ular, kala jengking, dan anjing yang ganas. Baginda bersabda:

خَمْسٌ مِنْ الدَّوَابِّ لَيْسَ عَلَى الْمُحْرِمِ فِي قَتْلِهِنَّ جُنَاحٌ: الْغُرَابُ وَالْحِدَأَةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْفَأْرَةُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

"Lima jenis binatang yang tidak berdosa bagi orang yang sedang berihram untuk membunuhnya: gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing buas."

[4] Anjing termasuk dalam salah satu umat yang difirmankan oleh Allah SWT: 

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

"Dan tidak ada seekor makhluk yang bergerak di bumi dan tidak pula seekor burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan semuanya adalah umat-umat (yang mempunyai sistem hidup) seperti kamu. Kami tidak tinggalkan sesuatu pun dalam Kitab (Lauh Mahfuz), kemudian kepada Tuhan merekalah mereka akan dihimpunkan." (Surah al-An'am, ayat 38)

Rasulullah  juga bersabda:

لَوْلَا أَنَّ الْكِلَابَ أُمَّةٌ مِنَ الْأُمَمِ لَأَمَرْتُ بِقَتْلِهَا كُلِّهَا، وَلَكِنِ اقْتُلُوا مِنْهَا كُلَّ أَسْوَدَ بَهِيمٍ

"Jika bukan kerana anjing itu adalah satu umat daripada umat-umat (makhluk), nescaya aku akan perintahkan supaya semuanya dibunuh. Maka bunuhlah setiap anjing hitam legam (tidak bercampur warna lain) daripadanya." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Sunan, dan dinilai sahih oleh al-Albani)

Al-Khattabi berkata dalam Ma'alim al-Sunan 4/289:

معناه أنه كره إفناء أمة من الأمم وإعدام جيل من الخلق حتى يأتي عليه كله فلا يبقي منه باقية لأنه ما من خلق لله تعالى إلاّ وفيه نوع من الحكمة وضرب من المصلحة. يقول إذا كان الأمر على هذا ولا سبيل إلى قتلهن كلهن فاقتلوا شرارهن وهي السود البهم وأبقوا ما سواها لتنتفعوا بهن في الحراسة. ويقال إن السود منها شرارها وعُقُرها

"Maksudnya Baginda tidak suka membinasakan satu umat secara keseluruhan, sehingga tidak tinggal sedikitpun. Ini kerana setiap makhluk ciptaan Allah pasti ada hikmah dan manfaat tertentu. Oleh yang demikian tidak boleh dibunuh semuanya, bunuhlah yang paling jahat daripadanya sahaja – iaitu yang hitam legam. Biarkan yang lain untuk kamu semua dapat mengambil manfaat dari mereka dalam urusan pengawasan dan penjagaan. Dikatakan juga bahawa anjing hitam itu adalah yang paling jahat dan ganas dalam kalangan anjing lainnya.."

 Ibn Qutaybah dalam kitab Ta’wil Mukhtalif al-Hadith 1/208 berkata:

وَلَيْسَتْ تَخْلُو الْكِلَابُ مِنْ أَنْ تَكُونَ أُمَّةً مِنْ أُمَمِ السِّبَاعِ، أَوْ تَكُونَ أُمَّةً مِنَ الْجِنِّ، كَمَا قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: «الْكِلَابُ أُمَّةٌ مِنَ الْجِنِّ وَهِيَ ضَعَفَةُ الْجِنِّ، فَإِذَا غَشِيَتْكُمْ عِنْدَ طَعَامِكُمْ، فَأَلْقُوا لَهَا، فَإِنَّ لَهَا أَنْفُسًا، يَعْنِي: أَنَّ لَهَا عُيُونًا، تُصِيبُ بِهَا». وَالنَّفْسُ: الْعَيْنُ، يُقَالُ: أَصَابَتْ فَلَانَا نَفْسٌ، أَيْ: عَيْنٌ. وَقَالَ أَيْضًا: «الْجَانُّ مَسِيخُ الْجِنِّ، كَمَا مُسِخَتِ الْقِرَدَةُ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ». وَلَا يَبْعُدُ أَيْضًا، أَنْ تَكُونَ الْكِلَابُ كَذَلِكَ. وَهَذِهِ الْأُمُورُ، لَا تُدْرَكُ بِالنَّظَرِ وَالْقِيَاسِ وَالْعُقُولِ، وَإِنَّمَا يُنتهى فِيهَا إِلَى مَا قَالَهُ الرَّسُولِ ﷺ، أَوْ مَا قَالَهُ مَنْ سَمِعَ مِنْهُ وَشَاهَدَهُ. فَإِنَّهُمْ لَا يَقْضُونَ عَلَى مَثَلِهِ إِلَّا بِسَمَاعٍ مِنْهُ أَوْ سَمَاعٍ مِمَّنْ سَمِعَهُ، أَوْ بِخَبَرٍ صَادِقٍ مِنْ خَبَرِ الْكُتُبِ الْمُتَقَدِّمَةِ وَلَيْسَ هُوَ مِنْ أُمُورِ الْفَرَائِضِ وَالسُّنَنِ. وَلَيْسَ عَلَيْنَا وَكْفٌ وَلَا نَقْصٌ، مِنْ أَنْ تَكُونَ الْكِلَابُ مِنَ السِّبَاعِ، أَوِ الْجِنِّ، أَوِ الْمَمْسُوخِ. فَإِنْ كَانَتْ مِنَ السِّبَاعِ، فَإِنَّمَا أُمِرَ بِقَتْلِ الْأَسْوَدِ مِنْهَا، وَقَالَ: «هُوَ شَيْطَانٌ»؛ لِأَنَّ الْأَسْوَدَ الْبَهِيمَ مِنْهَا أَضَرُّهَا وَأَعْقَرُهَا، وَالْكَلْبُ إِلَيْهِ أَسْرَعُ مِنْهُ إِلَى جَمْعِهَا، وَهُوَ -مَعَ هَذَا أَقَلُّهَا نَفْعًا وَأَسْوَؤُهَا حِرَاسَةً، وَأَبْعَدُهَا مِنَ الصَّيْدِ، وَأَكْثَرُهَا نُعَاسًا. وَقَالَ: «هُوَ شَيْطَانٌ» يُرِيدُ: أَنَّهُ أَخْبَثُهَا، كَمَا يُقَالُ فَلَانٌ شَيْطَانٌ، وَمَا هُوَ إِلَّا شَيْطَانٌ مَارِدٌ، وَمَا هُوَ إِلَّا أَسَدٌ عَادٍ، وَمَا هُوَ إِلَّا ذِئْبٌ عَادٍ -يُرَادُ: أَنَّهُ شَبيه بذلك وَإِنْ كَانَتِ الْكِلَابُ مِنَ الْجِنِّ، أَوْ كَانَتْ مَمْسُوخًا مِنَ الْجِنِّ، فَإِنَّمَا أَرَادَ أَنَّ الْأَسْوَدَ مِنْهَا شَيْطَانُهَا، فَاقْتُلُوهُ لِضُرِّهِ، وَالشَّيْطَانُ هُوَ: مَارِدُ الْجِنِّ. وَالْجِنُّ هُمُ الضَّعَفَةُ

"Anjing tidak sunyi dari termasuk dalam salah satu golongan umat daripada umat-umat binatang buas, atau termasuk dalam golongan umat jin, seperti mana kata Ibn 'Abbas: “Anjing adalah satu umat daripada golongan jin, dan ia merupakan golongan jin yang lemah. Maka apabila ia mendatangi kamu ketika kamu sedang makan, berilah ia (sesuatu), kerana ia juga mempunyai ‘ain (yang boleh terkena kepada manusia)”' Dimaksudkan dengan perkataan 'Anfusan' di sini ialah ‘ain (yang memberi kesan), sebagaimana dikatakan: أَصَابَتْ فَلَانَا نَفْسٌ  “Si fulan terkena nafsun”, yakni “terkena ain”. Dan beliau (Ibn 'Abbas) juga berkata: “al-Jann adalah makhluk jin yang telah diubah rupa bentuknya, sebagaimana monyet yang diubah bentuk daripada Bani Israil.” Maka tidak mustahil juga bahawa anjing itu termasuk dalam hal yang sama (yakni makhluk yang diubah). Dan hal-hal seperti ini tidak dapat dicapai dengan akal, logik dan qiyas (analogi), tetapi ia hanya diterima sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah , atau oleh sesiapa yang mendengar daripada baginda dan menyaksikannya. Kerana mereka tidak akan mengatakan sesuatu dalam hal seperti ini melainkan berdasarkan pendengaran daripada Rasul atau daripada orang yang mendengarnya, ataupun daripada berita yang benar dalam kitab-kitab terdahulu. Perkara Ini pula bukan termasuk dalam perkara-perkara fardu dan sunat. Jika anjing termasuk dalam binatang buas, maka perintah membunuh hanyalah khusus bagi anjing hitam, kerana baginda bersabda: “Ia adalah syaitan”' Ini kerana anjing hitam yang tidak bercampur dengan warna lain adalah yang paling berbahaya dan paling buas, serta penyakit kalab paling cepat kena padanya. Ditabah dengan ia adalah anjing yang paling kurang manfaatnya, paling buruk dalam penjagaannya, paling lemah dalam memburu, dan paling banyak tidur." sabda baginda : “Ia adalah syaitan”,' maksudnya ia yang paling jahat antara anjing-anjing lain, seperti dikatakan: “Si fulan itu syaitan,” atau: “Dia hanyalah syaitan yang sangat jahat,' atau: “Dia itu singa yang ganas,” atau: “Dia itu serigala yang ganas”, yang dimaksudkan ialah perumpamaan sifat. Dan jika anjing itu daripada golongan jin (berdasarkan perkataan Ibn ‘Abbas di atas), atau daripada jin yang telah diubah bentuknya, maka yang dimaksudkan dengan “anjing hitam” itu adalah syaitan dalam kalangan anjing, maka bunuhlah ia kerana bahayanya. Dan syaitan itu pula adalah jin yang sangat jahat, dan  jin itu pula  adalah makhluk yang lemah."

[5] Sebahagian ulama berpandangan perintah membunuh anjing hitam legam telah dimansuhkan.

Al-Hafiz Ibn Abd al-Barr dalam al-Istidzkar 8/496-498 menyebut:

وَقَالَ جَمَاعَةٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ الْأَمْرُ بِقَتْلِ الْكِلَابِ مَنْسُوخٌ إِلَّا فِي الْأَسْوَدِ الْبَهِيمِ فَإِنَّهُ يُقْتُلُ …، وَقَالَ بَعْضُ مَنْ ذَهَبَ هَذَا الْمَذْهَبَ الْأَسْوَدُ الْبَهِيمُ مِنَ الْكِلَابِ أَكْثَرُ أَذًى وَأَبْعَدُهَا مِنْ تَعَلُّمِ مَا يَنْفَعُ، وَرَوَوْا أَنَّ الْكَلْبَ الْبَهِيمَ الْأَسْوَدَ شَيْطَانٌ أَيْ بَعِيدٌ مِنَ الْخَيْرِ وَالْمَنَافِعِ قَرِيبٌ مِنَ الضُّرِّ وَالْأَذَى وَهَذَا شَأْنُ الشَّيَاطِينِ مِنَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ …وَذَهَبَ كَثِيرٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ إِلَى أَنْ لَا يُقْتَلَ مِنَ الْكِلَابِ أَسْوَدُ وَلَا غَيْرُ أَسْوَدَ إِلَّا أَنْ يَكُونَ عَقُورًا مُؤْذِيًا، وَقَالُوا الْأَمْرُ بِقَتْلِ الْكِلَابِ مَنْسُوخٌ يَقُولُ ﷺ لَا تَتَّخِذُوا شَيْئًا فِيهِ الرُّوحُ غَرَضًا فَدَخَلَ فِي نَهْيِهِ ذَلِكَ الْكِلَابُ وَغَيْرُهَا وَقَالَ ﷺ خَمْسٌ مِنَ الدَّوَابِّ يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ فَذَكَرَ مِنْهَا الْكَلْبَ الْعَقُورَ فَخَصَّ الْعَقُورَ دُونَ غَيْرِهِ، …واحتجوا بالحديث الصحيح في الكلب الذي كان يَلْهَثُ عَطَشًا فَسَقَاهُ الرَّجُلُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ ذَلِكَ وَغَفَرَ لَهُ بِذَلِكَ وَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ، حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي قَاسِمُ بْنُ أَصْبَغَ قَالَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ وَضَّاحٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ العطش فنزعت له بموقها فَغُفِرَ لَهَا، قَالَ أَبُو عُمَرَ وَلَيْسَ هَذِهِ حَالَ مَنْ يَجِبُ قَتْلُهُ لِأَنَّ الْمَأْمُورَ بِقَتْلِهِ مَأْجُورٌ قَاتِلُهُ وَمَأْجُورٌ الْمُعِينُ عَلَى قَتْلِهِ وَإِذَا كَانَ فِي الْإِحْسَانِ إِلَى الْكَلْبِ أَجْرٌ فَفِي الإساءة إليه وزر والإساءة إليه أعظم من قَتْلِهِ وَلَيْسَ فِي قَوْلِهِ ﷺ الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ الْبَهِيمُ شَيْطَانٌ مَا يَدُلُّ عَلَى قَتْلِهِ لِأَنَّ شَيَاطِينَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَمْ يُؤْمَرْ بِقَتْلِهِمْ وَقَدْ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ ﷺ رَجُلًا يَتْبَعُ حَمَامَةً فَقَالَ شَيْطَانٌ يَتْبَعٌ شَيْطَانَةً وَقَالُوا إِنَّ قَتْلَ الْكِلَابِ مَنْسُوخٌ بِسُورَةِ الْمَائِدَةِ وَقَوْلَهُ عز وجل (وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ) الْمَائِدَةِ ٤ - 

“Dan sekumpulan ulama berkata: Perintah membunuh anjing telah dimansuhkan kecuali terhadap anjing hitam legam, kerana ia (masih) diperintahkan untuk dibunuh. Sebahagian daripada mereka yang berpegang pada pendapat ini berkata: Anjing hitam legam adalah paling berbahaya dan paling jauh daripada dapat diajar perkara yang bermanfaat. Mereka meriwayatkan "bahawa anjing hitam legam adalah syaitan," iaitu makhluk yang jauh dari kebaikan dan manfaat, serta dekat dengan keburukan dan bahaya. Inilah keadaannya bagi syaitan, sama ada daripada kalangan jin atau manusia…. Ramai pula ulama berpendapat bahawa tidak boleh membunuh anjing, sama ada hitam atau tidak, kecuali jika ia menyerang dan memudaratkan. Mereka juga berkata bahawa perintah membunuh anjing telah dimansuhkan, berdasarkan sabda Nabi : "Janganlah kamu menjadikan apa-apa yang bernyawa sebagai sasaran (latihan)." Maka termasuk dalam larangan ini ialah anjing dan selainnya. Dan Nabi bersabda: "Lima jenis binatang yang boleh dibunuh di Tanah Haram dan Tanah Halal", dan Baginda menyebut di antaranya anjing yang menyerang, baginda khususkan yang dibenarkan hanyalah membunuh anjing yang menyerang sahaja, bukan yang lain… Mereka berhujah dengan hadis sahih tentang anjing yang kehausan dan sedang menjelirkan lidahnya, lalu ada seorang lelaki memberi minum kepada anjing tersebut, maka Allah membalas perbuatannya itu dan mengampuninya. Nabi juga bersabda: "Pada setiap hati yang basah (makhluk hidup) ada ganjaran (dengan berbuat baik kepadanya)." Sa‘id bin Nasr meriwayatkan daripada Qasim bin Asbagh, daripada Muhammad bin Waddah, daripada Abu Bakr bin Abi Syaibah, daripada Abu Khalid Al-Ahmar, daripada Hisyam, daripada Muhammad, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi bahawa: “Seorang wanita pelacur mendapati seekor anjing pada hari yang panas sedang mengelilingi perigi dan menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Lalu dia menanggalkan kasutnya untuk memberi minum kepada anjing itu, dan Allah mengampuninya disebabkan itu.” Abu ‘Umar berkata: “Ini bukanlah keadaan (yang sewajarnya) bagi haiwan yang wajib dibunuh, kerana haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh, maka yang membunuhnya mendapat pahala, begitu juga sesiapa yang membantu membunuhnya. Maka jika berbuat baik kepada anjing diberi pahala, ia membawa maksud berbuat jahat kepadanya berdosa, dan menyakitinya lebih besar dosanya daripada membunuhnya. Tiada dalam sabda Nabi : "Anjing hitam legam itu syaitan" sebagai satu dalil yang menunjukkan anjing hitam legam itu mesti dibunuh, kerana syaitan terdapat juga dari kalangan jin dan manusia, dan mereka tidak diperintahkan untuk dibunuh. Rasulullah pernah melihat seorang lelaki mengejar burung merpati, lalu Baginda bersabda: "Syaitan mengejar syaitan." Kerana itu ramai dalam kalangan ulama berkata bahawa perintah membunuh anjing telah dimansuhkan dengan ayat dalam Surah Al-Mā’idah, firman Allah: "Dan apa yang kamu ajar daripada binatang pemburu (anjing yang dilatih untuk berburu)…" (Al-Mā’idah: 4)...”

Dalam kitab al-Tamhid 14/233, Ibn Abd al-Barr menambah:

وَالَّذِي اخْتَارَهُ فِي هَذَا الْبَابِ أَنْ لَا يُقْتَلَ شَيْءٌ مِنَ الْكِلَابِ إِذَا لَمْ تَضُرَّ بِأَحَدٍ وَلَمْ تَعْقِرْ أَحَدًا لِنَهْيِهِ ﷺ أن يتخذ شيء فيه الروح غَرَضًا وَلِمَا تَقَدَّمَ ذِكْرُنَا لَهُ مِنْ حُجَّةِ مَنِ اخْتَرْنَا قَوْلَهُ وَمِنَ الْحُجَّةِ أَيْضًا لِمَا ذَهَبْنَا إِلَيْهِ فِي أَنَّ الْأَمْرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ مَنْسُوخٌ تَرْكُ قَتْلِهَا فِي كُلِّ الْأَمْصَارِ عَلَى اخْتِلَافِ الْأَعْصَارِ بَعْدَ مَالِكٍ ﵀ وَفِيهِمُ الْعُلَمَاءُ وَالْفُضَلَاءُ مِمَّنْ يَذْهَبُ مَذْهَبَ مَالِكٍ وَغَيْرِهِ وَمَنْ لَا يُسَامِحُ فِي شَيْءٍ مِنَ الْمَنَاكِرِ والمعاص الظاهرة إلا ويبدر إلى إنكارها وينب إِلَى تَغْيِيرِهَا وَمَا عَلِمْتُ فَقِيهًا مِنَ الْفُقَهَاءِ الْمُسْلِمِينَ وَلَا قَاضِيًا عَالِمًا قَضَى بِرَدِّ شَهَادَةِ مَنْ لَمْ يَقْتُلِ الْكِلَابَ الَّتِي أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِقَتْلِهَا وَلَا جَعَلَ اتِّخَاذَ الْكِلَابِ فِي الدُّورِ جُرْحَةً يَرُدُّ بِهَا شَهَادَةً وَلَوْلَا عِلْمُهُمْ بِأَنَّ ذَلِكَ مِنْ أَمْرِ النَّبِيِّ ﷺ كَانَ لِمَعْنًى وَقَدْ نُسِخَ مَا اتَّفَقَتْ جَمَاعَتُهُمْ عَلَى تَرْكِ امْتِثَالِ أَمْرِهِ ﷺ لِأَنَّهُمْ لَا يَجُوزُ عَلَى جَمِيعِهِمُ الْغَلَطُ وَجَهْلُ السُّنَّةِ

Dan pendapat yang aku pilih dalam bab ini ialah: Tidak boleh dibunuh mana-mana anjing selagi ia tidak memudaratkan sesiapa dan tidak menyerang sesiapa, berdasarkan larangan Nabi daripada menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran (latihan memanah), dan juga berdasarkan hujah-hujah yang telah kami sebutkan terdahulu yang menyokong pendapat ini. Antara hujah lain yang menyokong pandangan bahawa perintah membunuh anjing telah dimansuhkan ialah perbuatan para ulama dan orang-orang soleh selepas zaman Imam Mālik رحمه الله yang tidak membunuh anjing di semua negeri dan di sepanjang zaman, meskipun mereka terdiri daripada ulama dan orang yang sangat tegas menolak segala kemungkaran dan maksiat yang nyata – mereka pasti akan segera mengingkarinya dan menyeru kepada perubahan (jika ia suatu kewajipan). Dan aku tidak mengetahui seorang pun daripada kalangan fuqaha Muslimin atau seorang hakim yang alim yang pernah memutuskan untuk menolak kesaksian seseorang hanya kerana dia tidak membunuh anjing yang Nabi perintahkan untuk dibunuh. Begitu juga tidak pernah dijadikan pemilikan anjing di rumah-rumah sebagai sebab untuk menolak kesaksian seseorang. Kalau bukan kerana mereka mengetahui bahawa perintah membunuh anjing itu daripada Nabi yang berkaitan dengan suatu sebab tertentu dan ia telah dimansuhkan, nescaya mereka tidak akan sepakat meninggalkan perintah itu, kerana tidak mungkin semua mereka silap atau jahil terhadap sunnah.”

 


Cetak  
Wallahu a'lam