Hadis Peristiwa Malam Jin

Hadis Pertama

Daripada ‘Alqamah bin Qais (علقمة بن قيس), katanya:

قلتُ لابنِ مسعودٍ هل صحِبَ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ ليلةَ الجنِّ منْكم أحدٌ قالَ ما صحبَهُ منَّا أحدٌ ولَكن افتقدناهُ ذاتَ ليلةٍ وَهوَ بمَكَّةَ فقلنا اغتيلَ أو استُطيرَ ما فُعِلَ بِهِ فبتنا بِشَرِّ ليلةٍ باتَ بِها قومٌ حتَّى إذا أصبَحنا كانَ في وجْهِ الصُّبحِ إذا نحنُ بِهِ يجيءُ من قِبَلِ حراءَ قالَ فذَكروا لَهُ الَّذي كانوا فيهِ قال فقالَ أتاني داعي الجنِّ فأتيتُهم فقرأتُ عليْهم قالَ فانطلقَ فأرانا آثارَهم وآثارَ نيرانِهم قالَ الشَّعبيُّ وسألوهُ الزَّادَ وَكانوا من جنِّ الجزيرةِ فقالَ كلُّ عظمٍ لم يذْكرُ اسمُ اللَّهِ عليْهِ يقعُ في أيديكم أوفرَ ما كانَ لحمًا وَكلُّ بعرةٍ أو روْثةٍ علفٌ لدوابِّكم فقالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ فلاَ تستنجوا بِهما فإنَّهما زادُ إخوانِكمُ منَ الجنِّ".

Aku berkata kepada Ibn Mas‘ud: “Adakah ada sesiapa di kalangan kalian yang menemani Nabi pada malam peristiwa jin?” Beliau menjawab: “Tidak ada seorang pun di antara kami yang menemani baginda. Namun, suatu malam ketika baginda berada di Mekah, kami mendapati baginda hilang. Kami pun berkata: “Baginda telah dibunuh atau telah dibawa pergi entah ke mana.” Maka, bermalamlah kami pada malam yang paling buruk pernah dilalui oleh suatu kaum. Hingga apabila hampir waktu subuh, tiba-tiba kami melihat baginda datang dari arah Hira’. Kata Ibn ‘Abbas: “Lalu kami memberitahu tentang keadaan yang kami alami itu, dan baginda bersabda: “Telah datang kepadaku wakil dari kalangan jin, lalu aku pergi menemui mereka dan membacakan Al-Qur’an kepada mereka. Kemudian, baginda membawa kami dan menunjukkan kepada kami bekas-bekas jejak mereka dan kesan-kesan api mereka.” Asy-Sya‘bi berkata: “Mereka (jin) bertanya tentang makanan kepada baginda, dan mereka adalah jin dari kalangan jin di Jazirah. Baginda bersabda kepada mereka: “Setiap tulang yang tidak disebut nama Allah padanya akan menjadi lebih banyak dagingnya apabila berada di tangan kalian, dan setiap tahi binatang adalah makanan untuk haiwan tunggangan kalian.” Lalu Rasulullah bersabda kepada kami: “‘Maka janganlah kalian bersuci (beristinja') dengan kedua-duanya (tulang dan tahi binatang), kerana ia adalah bekalan makanan bagi saudara-saudara kalian dari kalangan jin.”

Perawi: ‘Alqamah bin Qais / Sumber: Sunan at-Tirmizi (3258) /  Status Hadis: Sahih menurut al-Albani, kecuali lafaz “nama Allah” dan “makanan untuk haiwan tunggangan kalian” / Takhrij: Diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3258) dan Ahmad (4149) dengan lafaz ini, serta oleh Muslim (450) dan Ibn Khuzaimah (82) dengan lafaz yang hampir serupa.

Hadis Kedua

Daripada ‘Amir (عامِرٍ), katanya:

سَأَلْتُ عَلْقَمَةَ: هلْ كانَ ابنُ مَسْعُودٍ شَهِدَ مع رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ لَيْلَةَ الجِنِّ؟ قالَ: فقالَ عَلْقَمَةُ: أنا سَأَلْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَقُلتُ: هلْ شَهِدَ أحَدٌ مِنكُم مع رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ لَيْلَةَ الجِنِّ؟ قالَ: لا، ولَكِنَّا كُنَّا مع رَسولِ اللهِ ذاتَ لَيْلَةٍ فَفقَدْناهُ فالْتَمَسْناهُ في الأوْدِيَةِ والشِّعابِ. فَقُلْنا: اسْتُطِيرَ أوِ اغْتِيلَ. قالَ: فَبِتْنا بشَرِّ لَيْلَةٍ باتَ بها قَوْمٌ فَلَمَّا أصْبَحْنا إذا هو جاءٍ مِن قِبَلَ حِراءٍ. قالَ: فَقُلْنا يا رَسولَ اللهِ، فقَدْناكَ فَطَلَبْناكَ فَلَمْ نَجِدْكَ فَبِتْنا بشَرِّ لَيْلَةٍ باتَ بها قَوْمٌ. فقالَ: أتانِي داعِي الجِنِّ فَذَهَبْتُ معهُ فَقَرَأْتُ عليهمُ القُرْآنَ قالَ: فانْطَلَقَ بنا فأرانا آثارَهُمْ وآثارَ نِيرانِهِمْ وسَأَلُوهُ الزَّادَ فقالَ: لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ اسْمُ اللهِ عليه يَقَعُ في أيْدِيكُمْ أوْفَرَ ما يَكونُ لَحْمًا وكُلُّ بَعْرَةٍ عَلَفٌ لِدَوابِّكُمْ. فقالَ رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ: فلا تَسْتَنْجُوا بهِما فإنَّهُما طَعامُ إخْوانِكُمْ. وفي رواية: إلى قَوْلِهِ: وآثارَ نِيرانِهِمْ. ولم يذكر ما بعده".

“Aku bertanya kepada ‘Alqamah: "Adakah Ibn Mas‘ud bersama Rasulullah pada malam peristiwa jin?" Maka ‘Alqamah menjawab: "Aku sendiri pernah bertanya kepada Ibn Mas‘ud: “Adakah ada sesiapa di antara kalian yang menyertai Rasulullah pada malam peristiwa jin?” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi kami pernah bersama Rasulullah pada suatu malam, lalu kami kehilangan baginda. Kami pun mencarinya di lembah-lembah dan celah-celah bukit. Kami berkata: “Baginda telah dibawa pergi atau dibunuh.” Maka, kami mengalami malam yang paling buruk pernah dilalui oleh suatu kaum. Apabila hampir waktu pagi, tiba-tiba baginda datang dari arah Hira’. Kami pun berkata: “Wahai Rasulullah, kami kehilanganmu, lalu kami mencarimu tetapi tidak menemuimu. Kami mengalami malam yang paling buruk pernah dilalui oleh suatu kaum.” Baginda pun bersabda: “Telah datang kepadaku pemanggil dari kalangan jin, lalu aku pergi bersamanya dan membacakan Al-Qur’an kepada mereka.” Kemudian, baginda membawa kami dan menunjukkan kepada kami bekas jejak mereka dan kesan-kesan api mereka. Mereka juga bertenya tentang makanan mereka, lalu baginda bersabda: “Untuk kalian setiap tulang yang disebut nama Allah padanya, ia akan menjadi lebih banyak dagingnya apabila berada di tangan kalian. Dan setiap tahi binatang adalah makanan untuk haiwan tunggangan kalian.” Lalu Rasulullah bersabda kepada kami: “Maka janganlah kalian bersuci (beristinja') dengan kedua-duanya (tulang dan tahi binatang), kerana ia adalah makanan saudara-saudara kalian dari kalangan jin.” Dalam riwayat lain, hadis ini hanya sampai pada perkataan: “dan kesan-kesan api mereka” tanpa menyebut apa yang selepasnya.

Perawi: ‘Abdullah bin Mas‘ud / Sumber: Sahih Muslim (450) / Status Hadis: Sahih / Takhrij: Hadis ini termasuk dalam kumpulam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim tanpa al-Bukhari.

Huraian

Jin adalah makhluk ciptaan Allah . Allah memerintahkan mereka untuk beribadah hanya kepada-Nya, sebagaimana perintah-Nya kepada manusia. Dalam kalangan jin ada yang beriman dan ada yang kafir, maka mereka adalah makhluk yang juga diberi tanggungjawab (taklif) oleh Allah , seperti manusia.

Dalam hadis ini, seorang tabi‘I (التَّابعيُّ) bernama ‘Amir asy-Sya‘bi (عامرٌ الشَّعبيُّ) meriwayatkan pertanyaan beliau kepada ‘Alqamah bin Qais an-Nakha‘i (عَلقمة بنَ قيس النَّخعيّ) – salah seorang murid terkemuka sahabat Nabi bernama Abdullah bin Mas‘ud رضي الله عنه dengan katanya:

هلْ كانَ ابنُ مَسعودٍ شَهِدَ مع رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ لَيلةَ الجِنِّ؟

"Adakah Ibn Mas‘ud menghadiri peristiwa malam jin bersama Rasulullah ?"

Peristiwa malam jin yang dimaksudkan  ialah satu malam di mana Nabi pergi membacakan ayat-ayat al-Qur’an kepada jin dan menyampaikan kepada mereka beberapa hukum-hakam Islam.

‘Alqamah memberitahu ‘Amir, bahawa beliau telah bertanya kepada Ibn Mas‘ud رضي الله عنه soalan yang sama dan Ibn Mas‘ud mengatakan: "Tidak."

Dalam riwayat Muslim, beliau berkata:

ووَدِدتُ أنِّي كُنتُ معه

“(Sekalipun) Aku sememangnya bercita-cita jika dapat menyertainya,"

Jawapan beliau ini menggambarkan betapa beliau ingin melihat mukjizat yang telah Allah kurniakan kepada Nabi . Ibn Mas‘ud رضي الله عنه juga memberitahu bahawa pada suatu malam, beliau dan beberapa sahabat yang lain pernah bersama Rasulullah dan mereka kehilangan baginda. Mereka mencarinya di lembah-lembah (الأودية) dan celah-celah bukit, di mana kalimah syi‘ab (الشِّعاب), merujuk kepada laluan atau jalan kecil di pergunungan). Mereka beranggapan barangkali Baginda telah dibawa pergi atau diculik oleh jin atau telah dibunuh secara rahsia.

Ungkapan: استُطِيرَ yang disebut dalam hadis bermaksud “barangkali baginda dibawa terbang pergi oleh jin.” Manakala ungkapan: أوِ اغتِيلَ bermaksud “atau baginda dibunuh secara sembunyi,” dari perkata ghīlah (الغيلةُ) yang bermaksud pembunuhan secara tersembunyi.

Ayat: “Mereka bermalam pada malam yang paling buruk buat sesuatu kaum,” digunakan bagi menggambarkan kesedihan dan kebimbangan yang dialami, kerana baginda hilang ketika bersama dengan mereka yang menyebabkan timbul berbagai sangkaan telah berlaku sesuatu yang buruk terhadap baginda .

Namun, pada waktu pagi, mereka melihat Rasulullah datang dari arah Gua Hira’ yang berada di salah sebuah gunung di Mekah yang terletak lebih kurang 5 km dari Masjidil Haram. Tempat yang sama menjadi tempat Rasulullah beribadah sebelum menerima wahyu.

Setelah mereka memberitahu baginda tentang pencarian mereka dan kesedihan mereka pada malam tersebut. Maka Rasulullah bersabda:

أتَاني داعِي الجِنِّ

"Seorang pemanggil dari kalangan jin telah datang kepadaku,”

Iaitulah satu jin yang diwakilkan oleh kaumnya untuk memanggil Nabi .  Lalu baginda pergi bersamanya dan membacakan al-Qur’an kepada mereka semua.

Kemudian, baginda membawa para sahabat dan menunjukkan kepada mereka kesan-kesan tapak jin dan bekas-bekas api mereka. Baginda juga memberitahu para sahabat bahawa jin telah bertanyakan tentang makanan untuk mereka atau menetapkan makanan yang halal untuk mereka. Lalu baginda membolehkan mereka makan dari setiap tulang yang telah disebut nama Allah padanya ketika manusia menyembelihnya. Apabila mereka mendapatkannya, tulang itu akan dipenuhi daging yang lebih banyak untuk mereka.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa jin hanya menghidu bau dan menjilat sisa-sisa lemak yang ada pada tulang tersebut. Seperti perkataan Ibn al-Jauzi dalam Kasyf al-Musykil Min Hadis al-Sahihain 1/326:

قَالَ ابْن عقيل: وَيجوز أَن يكون زادهم أَنهم يشمونها أَو يلحسون زهائمها ودسمها وَتبقى أجسامها

Ibn ‘Aqil berkata: “Juga boleh jadi rezeki mereka itu dalam bentuk mereka menghidu bau tulang tersebut atau menjilat sisa-sisanya serta lemaknya, manakala jasad tulang tersebut tetap kekal.”

Ungkapan يلحسون dari perkataan Ibn ‘Aqil yang dinukilkan di atas boleh membawa beberapa maksud, antaranya dari ayat لَحِسَ الإناءَ لحس لحسا iaitulah orang itu menjilat bekas makanan dengan lidah atau jari. Demikian juga ayat لَحِسَ الدودُ الصوفَ لحسا yang bermaksud: “Ulat memakan kulit tersebut,” atau: لَحِسَ الجرادُ الخضرَ والشجر bermaksud: “Belalang itu memakan daun hijau dan pokoknya.” (Lihat Mu’jam al-Wasith)

Rasulullah juga kemudiannya menjadikan tahi binatang peliharaan manusia sebagai makanan untuk haiwan tunggangan jin.

Kemudian, baginda melarang para sahabat dari bersuci atau beristinja' menggunakan tulang yang akan diselaputi dengan daging untuk saudara seislam dari kalangan jin, demikian juga baginda melarang bersuci dengan menggunakan tahi binatang kerana ia makanan untuk haiwan tunggangan jin. Oleh itu, tidak dibenarkan menajiskan kedua-duanya, sebagai bentuk penghormatan terhadap hak mereka.

Hadis ini menunjukkan Rasulullah diutuskan kepada manusia dan jin. Sepertimana manusia diwajibkan mematuhi perintah dan menjauhi tegahan Allah dan Rasul, maka demikian juga para jin.  Hadis ini juga menunjukkan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia, kerana Dia memilih makanan terbaik untuk manusia, sementara tulang dijadikan sebagai makanan jin.

Hadis Ketiga

Daripada Abdullah bin Mas ‘ud RA, katanya:

صلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ العشاءَ ثم انصرف فأخذ بيدِ عبدِ اللهِ بنِ مسعودٍ حتى خرج به إلى بطحاءَ مكةَ فأجلَسه ثم خطَّ عليه خطًّا ثم قال لا تَبْرَحَنَّ خَطَّك، فإنه سينتهي إليك رجالٌ فلا تكلِّمْهم فإنهم لن يُكلِّموك. ثم مضى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ حيثُ أراد، فبينا أنا جالسٌ في خطِّي، إذ أتاني رجالٌ كأنهم الزُّطُّ؛ أشعارُهم وأجسامُهم. لا أرى عورةً ولا أرى قشرًا، وينتهون إليَّ ولا يجاوزون الخطَّ، ثم يصدُرون إلى رسولِ اللهِ، حتى إذا كان من آخر الليلِ، لكن رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قد جاءني وأنا جالسٌ فقال: لقد أُرَانِيْ منذُ الليلةَ. ثم دخل عليَّ في خطِّي فتوسَّدَ فخِذي ورقَد، وكان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، إذا رقد نفخ، فبينا أنا قاعدٌ و رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مُتوَسِّدٌ فخِذي، إذا أنا برجالٍ عليهم ثيابٌ بيضٌ اللهُ أعلمُ ما بهم من الجمالِ، فانتهوا إليَّ، فجلس طائفةٌ منهم عند رأسِ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وطائفةٌ منهم عند رجلَيه، ثم قالوا بينهم: ما رأينا عبدًا قطُّ أُوتيَ مثلَ ما أُوتِيَ هذا النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، إنَّ عينَيه تنامانِ وقلبُه يقِظانُ، اضرِبوا له مَثلًا، مثلُ سيدٍ بنى قصرًا ثم جعل مائدةً فدعا الناسَ إلى طعامِه وشرابِه، فمن أجابه أكل من طعامِه وشرب من شرابِه، ومن لم يجِبْه عاقبه – أو قال عذَّبه -. ثم ارتفعوا واستيقظ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عند ذلك، فقال: سمعتَ ما قال هؤلاءِ. وهل تدري مَن هم. قلتُ: اللهُ ورسولُه أعلمُ، قال: هم الملائكةُ، فتدري ما المثلُ الذي ضربوه؟ قلتُ: اللهُ ورسولُه أعلمُ، قال: المثلُ الذي ضربوه: الرحمنُ بنى الجنَّةَ ودَعى إليها عبادَه، فمن أجابه دخل الجنَّةَ، ومن لم يُجِبْه عاقبَه أو عذَّبه

Setelah Rasulullah menunaikan solat Isyak, baginda pun beredar. Kemudian baginda memegang tangan Abdullah bin Mas’ud dan membawanya ke kawasan Batha’ Mekah. Lalu baginda menyuruhnya duduk dan melukis satu garis di sekelilingnya seraya berkata: "Jangan keluar dari garisan ini, kerana sebentar lagi akan sampai ke kawasan kamu ini beberapa lelaki. Jangan bercakap dengan mereka, dan mereka juga tidak akan bercakap denganmu." Kemudian Rasulullah pergi ke suatu tempat yang baginda kehendaki. Ketika aku (Ibnu Mas'ud) sedang duduk di dalam garisan itu, tiba-tiba sampai kepadaku beberapa lelaki yang rupa mereka seperti orang-orang dari kaum Zuth (seperti bangsa Sudan dan India), demikian juga rambut dan tubuh mereka. Aku tidak melihat aurat mereka dan juga tidak melihat kulit mereka yang terdedah. Mereka sampai di hadapanku tetapi tidak melewati garisan tersebut (yang dilukis oleh baginda), lalu mereka menemui Rasulullah , kemudian mereka pulang, sehingga menjelang akhir malam, Rasulullah datang kepadaku ketika aku dalam keadaan duduk. Baginda bersabda: "Aku belum tidur sepanjang malam ini." Kemudian baginda masuk ke dalam garisanku, meletakkan kepalanya di atas pahaku dan tidur. Rasulullah , apabila tidur, baginda mengeluarkan bunyi dengkuran ringan. Ketika aku masih duduk dengan Rasulullah yang berbaring di atas pahaku, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang mengenakan pakaian putih. Allah lebih mengetahui betapa indahnya mereka. Mereka sampai kepada aku, sekumpulan dari mereka duduk di bahagian kepala Rasulullah , sementara sekumpulan lagi duduk di bahagian kaki baginda. Mereka pun berbincang sesama mereka dan berkata: “Kami tidak pernah melihat seorang hamba yang diberikan sesuatu seperti yang diberikan kepada Nabi ini . Sesungguhnya kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap berjaga. Marilah kita buatkan suatu perumpamaan untuknya." Lalu mereka berkata: "Perumpamaannya adalah seperti seorang tuan yang membina sebuah istana, kemudian dia menyediakan hidangan dan mengundang orang ramai untuk makan dan minum daripadanya. Sesiapa yang memenuhi undangan itu, dia akan makan dan minum daripadanya, dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan itu, dia akan dihukum atau disiksa." Kemudian mereka pun pergi ke atas. Ketika itu, Rasulullah terjaga dan bersabda: “Adakah engkau dengar apa yang mereka katakan? Dan tahukah engkau siapa mereka?" Aku menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda pun bersabda: "Mereka adalah para malaikat. Adakah engkau tahu perumpamaan yang mereka buat?" Aku menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Perumpamaan yang mereka buat adalah bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah membina syurga dan mengundang hamba-hamba-Nya untuk memasukinya. Sesiapa yang memenuhi undangan-Nya akan masuk ke dalam syurga, dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan-Nya akan dihukum atau disiksa."

Hadis daripada: Abdullah bin Mas'ud / Riwayat: al-Tirmidhi dalamSunan al-Tirmidhi / Nombor hadis: 2861 / Darjat hadis: Hasan Sahih Gharib dari wajah ini.

Hadis Keempat

Daripada Abdullah bin Mas ‘ud RA:

قالَ صلَّى رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ العشاءَ ثمَّ انصرفَ فاخذ بيدِ عبدِ اللَّهِ بنِ مسعودٍ حتَّى خرجَ بِهِ إلى بَطحاءِ مَكَّةَ فأجلسَهُ ثمَّ خطَّ علَيهِ خطًّا ثمَّ قالَ: لا تبرَحنَّ خطَّكَ فإنَّهُ سينتَهي إليكَ رجالٌ فلا تُكَلِّمهم فإنَّهم لا يُكَلِّمونَكَ، قالَ: ثمَّ مضى رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ حيثُ أرادَ، فبينا أَنا جالسٌ في خطِّي إذ أتاني رجالٌ كأنَّهمُ الزُّطُّ أشعارُهُم وأجسامُهُم لا أرى عورةً ولا أرى قِشرًا وينتَهونَ إليَّ، ولا يجاوزونَ الخطَّ ثمَّ يَصدرونَ إلى رسولِ اللَّهِ حتَّى إذا كانَ من آخرِ اللَّيلِ، لَكِن رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ قد جاءَني وأَنا جالسٌ، فقالَ: لقد أراني منذُ اللَّيلة ثمَّ دخلَ عليَّ في خطِّي فتوسَّدَ فخذي ورَقدَ وَكانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ إذا رقدَ نفخَ، فبينا أَنا قاعدٌ ورسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ متوسِّدٌ فخذي إذا أَنا برجالٍ علَيهِم ثيابٌ بيضٌ اللَّهُ أعلمُ ما بِهِم منَ الجَمالِ فانتَهَوا إليَّ، فجلسَ طائفةٌ منهم عندَ رأسِ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ وطائفةٌ منهم عندَ رجليهِ ثمَّ قالوا بينَهُم: ما رَأينا عبدًا قطُّ أوتيَ مثلَ ما أوتيَ هذا النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ إنَّ عينيهِ تَنامانِ وقلبُهُ يَقظانُ، اضربوا لَهُ مثلًا مثلُ سيِّدٍ بنى قصرًا ثمَّ جعلَ مائدة فدعا النَّاسَ إلى طعامِهِ وشرابِهِ، فمَن أجابَهُ أَكَلَ من طعامِهِ وشربَ من شرابِهِ ومن لم يجبهُ عاقبَهُ - أو قالَ: عذَّبَهُ - ثمَّ ارتفَعوا، واستيقَظَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ عندَ ذلِكَ فقالَ: سمعتَ ما قالَ هؤلاءِ؟ وَهَل تدري مَن هم؟ قلتُ: اللَّهُ ورسولُهُ أعلمُ، قالَ: همُ الملائِكَةُ، فتَدري ما المثلُ الَّذي ضرَبوه؟ قلتُ: اللَّهُ ورسولُهُ أعلمُ، قالَ: المثلُ الَّذي ضرَبوه الرَّحمنُ بنى الجنَّةَ ودعى إليها عِبادَه، فمن أجابَهُ دخلَ الجنَّةَ ومن لم يجبهُ عاقبَهُ أو عذَّبَهُ 

Setelah Rasulullah menunaikan solat Isyak, baginda pun beredar. Kemudian baginda memegang tangan Abdullah bin Mas’ud dan membawanya ke kawasan Batha’ Mekah. Baginda pun menyuruhnya duduk, lalu melukis satu garis di sekelilingnya seraya berkata: "Jangan keluar dari garisan ini, kerana sebentar lagi akan sampai beberapa kaum lelaki kepadamu. Jangan bercakap dengan mereka, dan mereka juga tidak akan bercakap denganmu." Kemudian Rasulullah pergi ke suatu tempat yang baginda kehendaki. Ketika aku (Ibnu Mas'ud) sedang duduk di dalam garisan itu, tiba-tiba datang beberapa kaum lelaki, mereka seperti kaum Zuth (seperti bangsa dari Sudan dan India), demikian juga rambut dan tubuh. Aku tidak melihat aurat mereka dan juga tidak melihat kulit mereka yang terdedah. Mereka berhenti di hadapanku tetapi tidak melewati garisan tersebut, (mereka menemui Rasulullah ). Kemudian pulang. Apabila menjelang akhir malam, Rasulullah datang kepadaku ketika aku masih duduk. Baginda bersabda: "Aku belum tidur sepanjang malam ini." Kemudian baginda masuk ke dalam garisanku, meletakkan kepalanya di atas pahaku dan tidur. Rasulullah , apabila tidur, baginda mengeluarkan bunyi dengkuran ringan. Ketika aku masih duduk dengan Rasulullah yang berbaring di atas pahaku, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang mengenakan pakaian putih. Allah lebih mengetahui betapa indahnya mereka. Sekumpulan daripada mereka duduk di bahagian kepala Rasulullah , sementara sekumpulan lagi duduk di bahagian kaki baginda. Mereka pun berbincang sesama mereka dan berkata: "Kami tidak pernah melihat seorang hamba yang diberikan sesuatu seperti yang diberikan kepada Nabi ini . Sesungguhnya kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap berjaga. Marilah kita buatkan suatu perumpamaan untuknya." Lalu mereka berkata: "Perumpamaannya adalah seperti seorang tuan yang membina sebuah istana, kemudian dia menyediakan hidangan dan mengundang orang ramai untuk makan dan minum daripadanya. Sesiapa yang memenuhi undangan itu, dia akan makan dan minum daripadanya, dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan itu, dia akan dihukum atau disiksa." Kemudian mereka pun pergi ke atas. Ketika itu, Rasulullah terjaga dan bersabda: "Adakah engkau dengar apa yang mereka katakan? Dan tahukah engkau siapa mereka?" Aku menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda pun bersabda: "Mereka adalah para malaikat. Adakah engkau tahu perumpamaan yang mereka buat?" Aku menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Perumpamaan yang mereka buat adalah bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah membina syurga dan mengundang hamba-hamba-Nya untuk memasukinya. Sesiapa yang memenuhi undangan-Nya akan masuk ke dalam syurga, dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan-Nya akan dihukum atau disiksa."

Riwayat Abdullah bin Mas’ud / Sumber: Sunan At-Tirmizi, No. 2861, riwayat di atas riwayat daripada beliau. Juga diriwayatkan oleh Qiwam al-Sunnah al-Asbahani dalam Dala’il al-Nubuwwah, no. 65 dengan sedikit perbezaan lafaz. Demikian juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan riwayat yang sama makna, no. 450


Cetak  
Wallahu a'lam