Anak Lelaki Kandung Sebagai Wali Pernikahan Ibunya

​​​​​​(1) Pengertian

Pada Bahasa:

الوَليُّ لُغةًهو القَريبُ، مِنَ الوَلْيِ، وهو القُربُ، ووَلِيَ الأمرَ: إذا قام به، وتولَّى الأمرَ، أي: تقَلَّدَه، وتولَّى فُلانًا: اتَّخَذه وليًّا 

“Orang yang dekat. Ia berasal dari perkataan al-waly (الوَلْيِ) yang bererti dekat. Ayat: waliya al-amra (وَلِيَ الأمرَ) bermaksud mengurus atau memikul sesuatu urusan, dan juga mentadbir atau melaksanakan sesuatu tanggungjawab. Manakala ayat tawallā fulānan (وتولَّى فُلانًا) bermaksud menjadikan seseorang itu sebagai wali atau sahabat karibnya (pelindung dan penolongnya).[1]

Pada Istilah:

والوَليُّ اصْطِلاحًا: مَن له ولايةُ التصَرُّفِ في المالِ والنَّفسِ جَميعًا

“Orang yang mempunyai kuasa (hak) untuk mentadbir atau mengurus urusan harta dan diri seseorang sekaligus.”[2]

 

(2) Hukum Wali Dalam Pernikahan

Tidak sah perkahwinan tanpa wali bagi seorang wanita. Ini merupakan pendapat jumhur ulama[3]; iaitu mazhab Maliki[4], Syafi‘i[5] dan Hanbali[6], serta pandangan ramai dari kalangan salaf. Dan telah diriwayatkan bahawa para sahabat tidak berbeza pendapat dalam hal ini[7].

Wali ialah orang yang paling hampir dari kalangan ‘asabah dari nasab. Golongan dzawil Siham (ذوي السِّهام) dan Dzawil Arham (ذوي الأرحام) tidak mempunyai wilayah. Ini adalah mazhab jumhur.

Diriwayatkan daripada Abu Hanifah bahawa dzawil arham termasuk dalam kalangan para wali (الأولياء). Jika tiada wali atau ada, tetapi enggan (عضل) menikahkan, maka perwalian berpindah kepada sultan berdasarkan hadis Aisyah RA:

فالسُّلْطَانُ وَلِيّ مَنْ لَا وَلَيَّ لَهُ

“Sultan adalah wali bagi sesiapa yang tiada wali.” (Sahih Abi Daud 2083, Sahih al-Tirmizi 1104 dan Sahih Ibn Majah 1879)

 

(3) Sebab-Sebab Wilayah Dalam Pernikahan

Maksud wilayah dalam pernikahan ialah hubungan antara wali dan orang yang berada di bawah wilayahnya melalui pertalian ‘asabah nasab, atau sesuatu yang menduduki kedudukannya, yang dengan itu terbukti kewalian seseorang ke atas orang lain serta keutamaannya untuk menjadi wali.

Wilayah dalam pernikahan memiliki beberapa sebab. Ada yang disepakati oleh para fuqaha, dan ada yang menimbulkan perbezaan. Melalui penelitian, ia boleh dihimpunkan kepada lapan sebab, di mana sebahagiannya adalah dinyatakan oleh keseluruhan ulama dan ada pula yang dinyatakan oleh sebahagian fuqaha. Sebab-sebab itu adalah seperti berikut:

Pertama: hubungan kekerabatan nasab.

Kedua: wala’ (hubungan memerdekakan).

Ketiga: imamah atau kuasa pemerintahan.

Keempat: kafalah (penjagaan).

Kelima: Islam.

Keenam: wakalah (perwakilan) daripada wali.

Ketujuh: wasiat daripada wali.

Kelapan: wilayah melalui pemilikan, iaitu wilayah seorang tuan ke atas hamba lelaki dan hamba perempuannya.

Sebab yang mempunyai kaitan dalam kajian ini adalah sebab pertama iaitu hubungan qarabah nasabiyyah.

 

 (4) Wilayah Nikah Dengan Sebab Qarabah

Pertalian nasab merupakan sebab yang paling kukuh bagi wilayah dalam akad pernikahan terhadap wanita merdeka, sama ada yang masih kecil ataupun yang telah dewasa. Para fuqaha bersepakat secara umum (من حيث الجملة) bahawa nasab ialah asas utama wilayah, manakala sebab-sebab lain hanyalah berperanan sebagai pengganti atau pelengkap kepada wilayah berdasarkan qarabah nasab.

Qarabah nasab merupakan sebab yang paling kuat secara umum kerana majoriti fuqaha tidak mensabitkan wilayah pernikahan kepada dhawī al-arḥām, iaitu qarabah daripada pihak ibu. Sebaliknya, wilayah dalam pernikahan di sisi majoriti ditetapkan secara khusus kepada golongan ‘aṣabah, iaitu kerabat daripada pihak bapa, dan hanya dalam kalangan lelaki sahaja, kerana satu kemestian bagi wanita untuk berada di bawah wilayah dalam pernikahan menurut majoriti ulama, maka seorang wanita tidak boleh menjadi wali bagi akad pernikahan wanita lain.

Oleh sebab itu, wilayah dalam bab pernikahan dinilai berdasarkan pertalian melalui jalur bapa dan bukan melalui jalur ibu. Berdasarkan asas inilah para fuqaha kemudiannya berbeza pendapat tentang kedudukan anak lelaki sebagai wali kepada ibunya dalam pernikahan, meskipun anak lelaki adalah ‘asabah yang paling kuat kedudukannya dalam pewarisan, sebagaimana akan dijelaskan nanti.

Dalil asal yang menjadi asas mendahulukan qarabah nasab dalam wilayah pernikahan ialah firman Allah Ta‘ala:

﴿وَأُولُوا الأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan orang-orang yang mempunyai pertalian rahim itu, sebahagian mereka lebih berhak terhadap sebahagian yang lain menurut ketetapan Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (al-Anfal:)

Firman Allah Ta‘ala:

﴿وَأُولُو الأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَىٰ أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

“Dan orang-orang yang mempunyai pertalian rahim itu, sebahagian mereka lebih berhak terhadap sebahagian yang lain menurut ketetapan Allah, berbanding (hak yang diberikan) kepada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin; kecuali jika kamu mahu berbuat baik kepada para sahabat atau sekutu kamu. Ketetapan yang demikian itu telah sedia tertulis dalam Kitab Allah.” (al-Ahzab: 6)

Keutamaan yang diberikan kepada golongan yang mempunyai pertalian rahim dalam kedua-dua ayat tersebut merangkumi hak mereka untuk memegang wilayah dalam pernikahan, pengurusan harta, dan pelbagai bentuk wilayah khusus yang lain. Keutamaan ini turut merangkumi hak mereka dalam pewarisan, thabit nasab dan perkara-perkara seumpamanya.

Selain itu, dalil umum mengenai kewajipan adanya wali dalam akad pernikahan turut menunjukkan bahawa qarabah nasab lebih utama berbanding selain mereka. Antaranya ialah sabda Rasulullah :

لا نكاح إلا بوليّ

“Tiada pernikahan melainkan dengan adanya wali.” (Diriwayatkan oleh para imam: Aḥmad, Abū Dāwūd, al-Tirmiḏī, Ibn Mājah, al-Ṭayālisī, al-Dārimī, Ibn al-Jārūd, al-Ṭaḥāwī, Ibn Ḥibbān, al-Dāraqutnī, al-Ḥākim, al-Bayhaqī dan selain mereka)

Kata al-Tirmizi RH:

“Dan amalan dalam bab ini adalah berdasarkan hadis Nabi : “Tidak (sah) nikah kecuali dengan wali” menurut ahli ilmu daripada kalangan para sahabat , antaranya: ʿUmar bin al-Khaṭṭāb, ʿAlī bin Abī Ṭālib, ʿAbdullāh bin ʿAbbās, Abū Hurayrah dan selain mereka. Demikian juga diriwayatkan daripada sebahagian tabiʿin bahawa mereka berkata: “Tidak (sah) nikah kecuali dengan wali”, antaranya: Saʿīd bin al-Musayyib, al-Ḥasan al-Baṣrī, Shurayḥ, Ibrāhīm al-Nakhaʿī, ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz dan selain mereka. Dan dengan pendirian inilah Sufyān al-Thawrī, al-Awzāʿī, Mālik, ʿAbdullāh bin al-Mubārak, al-Shāfiʿī, Aḥmad dan Isḥāq berpendapat.” (Jāmiʿ al-Tirmiḏī bersama al-Tuḥfah (4/232–234), dan lihat al-Qurṭubī (3/73)

Dalam konteks ini, kerabat nasab adalah pihak yang paling berhak dan paling utama untuk memegang wilayah pernikahan.

 

(5) Jenis Pertalian Qarabah yang Menthabitkan Wilayah Nikah

Para fuqaha bersepakat bahawa wilayah dalam pernikahan thabit kepada golongan ‘aṣabah daripada kalangan qarabah nasab, melainkan anak lelaki yang wujud perbezaan pendapat.

Mereka juga bersepakat bahawa ‘aṣabah didahulukan berbanding qarabah dhawī al-arḥām (kerabat melalui sebelah ibu). Bahkan terdapat nukilan ijmak tentang ketiadaan wilayah bagi dhawī al-arḥām selama mana masih wujud ‘aṣabah.

Para fuqaha kemudiannya berbeza pandangan tentang thabit wilayah pernikahan bagi kerabat dhawī al-arḥām, seperti datuk sebelah ibu (أب الأم) ,saudara lelaki seibu (الأخ للأم) ,bapa saudara sebelah ibu (العم للأم) ,bapa saudara (الخَال)، dan kerabat lain yang berkaitan melalui jalur ibu. Dalam hal ini terdapat dua pandangan utama:

Pendapat Pertama: Bahawa dhawī al-arḥām (kerabat melalui jalur ibu) tidak memiliki wilayah dalam pernikahan; bahkan wilayah adalah khusus bagi golongan ‘aṣabah sahaja. Pendapat ini merupakan pegangan jumhur ulama, termasuk para ulama mazhab empat, kecuali satu riwayat daripada Abu Hanifah رحمه الله.

Pendapat Kedua: Bahawa setiap individu yang berhak mewarisi sama ada melalui bahagian fard atau melalui asabah, maka dia juga berhak memiliki wilayah dalam pernikahan. Ini merupakan salah satu daripada dua riwayat daripada Abu Hanifah رحمه الله.

Sebab Perbezaan Pendapat

Punca perselisihan ini kembali kepada perbezaan pandangan para fuqaha tentang asas yang mewujudkan wilayah dalam pernikahan. Adakah sebab wilayah thabit berdasarkan semua bentuk pertalian qarabah secara umum, atau adakah ia hanya thabit kepada jenis qarabah tertentu, iaitu ‘aṣabah?

Menurut jumhur ulama, syarat bagi thibitan wilayah bagi seorang qarabah dalam pernikahan ialah ia mestilah dari golongan ‘aṣabah sahaja.

Manakala menurut riwayat kedua daripada Abu Hanifah رحمه الله, syarat thabitan wilayah ialah mutlak pertalian qarabah. Adapun sifat ‘asabah hanyalah syarat dalam bab keutamaan susunan wali, bukan syarat kewujudan wilayah itu sendiri. Oleh itu, menurut pandangan ini, dhawī al-arḥām tidak mempunyai wilayah selama mana wujudnya golongan ‘aṣabah. Namun apabila ‘aṣabah tiada melalui pertalian nasab, atau melalui hubungan wala’, maka wilayah thabit kepada dhawī al-arḥām kerana wujudnya asal sebab wilayah atau Mutlaq al-Qarabah. (Lihat al-Mabsūṭ (4/223) dan Badā’i‘ al-Ṣanā’i‘ (3/1351, 1370)

 

(6) Pandangan Ulama Berkaitan Siapa Para Wali

Disebut dalam al-‘Ināyah Syarh al-Hidāyah العناية شرح الهداية (3/285):

(وَلِغَيْرِ الْعَصَبَاتِ مِنْ الْأَقَارِبِ) يَعْنِي كَالْأَخْوَالِ وَالْخَالَاتِ وَالْعَمَّاتِ (وِلَايَةُ التَّزْوِيجِ عِنْدَ عَدَمِ الْعَصَبَاتِ) أَيُّ عَصَبَةٍ كَانَتْ سَوَاءٌ كَانَتْ عَصَبَةً يَحِلُّ النِّكَاحُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْمَرْأَةِ كَابْنِ الْعَمِّ أَوْ لَمْ يَحِلَّ كَالْعَمِّ وَمَوْلَى الْعَتَاقَةِ وَعَصَبَتِهِ مِنْ الْعَصَبَاتِ، ثُمَّ عِنْدَ أَبِي حَنِيفَةَ بَعْدَ الْعَصَبَاتِ الْأُمُّ ثُمَّ ذَوُو الْأَرْحَامِ الْأَقْرَبُ فَالْأَقْرَبُ

“(Dan bagi selain ‘ashabah dari kalangan kaum qarabah) iaitu seperti bapa saudara sebelah ibu (akhwāl), ibu saudara sebelah ibu (khālāt) dan ibu saudara sebelah bapa (‘ammāt). “(Mereka mempunyai wilāyah perwalian dalam pernikahan ketika ketiadaan ‘ashabah), yakni tanpa mengira siapa juga ‘ashabah itu, sama ada ‘ashabah yang halal dinikahi antara dia dengan wanita tersebut seperti sepupu lelaki (ibn al-‘amm), atau yang tidak halal dinikahi seperti bapa saudara (‘amm), mawla al-‘Atāqah (tuan yang memerdekakan) dan seorang ‘ashabah dari kalangan ‘ashabahnya. Kemudian menurut Abu Hanifah, selepas ‘ashabah ialah ibu, kemudian zawū al-arhām menurut kadar yang lebih hampir kemudian yang lebih hampir.”

Disebut dalam al-Mudawwanah al-Kubrā المدونة الكبرى (2/105):

أَكَانَ مَالِكٌ يَقُولُ إذَا اجْتَمَعَ الْأَوْلِيَاءُ فِي نِكَاحِ الْمَرْأَةِ أَنَّ بَعْضَهُمْ أَوْلَى مِنْ بَعْضٍ؟ قَالَ: قَالَ مَالِكٌ: إنْ اخْتَلَفَ الْأَوْلِيَاءُ وَهُمْ فِي الْقَعْدَةِ سَوَاءٌ نَظَرَ السُّلْطَانُ فِي ذَلِكَ، قَالَ وَإِنْ كَانَ بَعْضُهُمْ أَقْعَدَ مِنْ بَعْضٍ فَالْأَقْعَدُ أَوْلَى بِإِنْكَاحِهَا عِنْدَ مَالِكٍ قُلْتُ: فَالْأَخُ أَوْلَى أَمْ الْجَدُّ؟ قَالَ: الْأَخُ أَوْلَى مِنْ الْجَدِّ عِنْدَ مَالِكٍ قُلْتُ: فَابْنُ الْأَخِ أَوْلَى أَمْ الْجَدُّ فِي قَوْلِ مَالِكٍ؟ قَالَ: ابْنُ الْأَخِ أَوْلَى قُلْتُ: فَمَنْ أَوْلَى بِإِنْكَاحِهَا الِابْنُ أَمْ الْأَبُ؟ قَالَ: قَالَ مَالِكٌ: الِابْنُ أَوْلَى بِإِنْكَاحِهَا وَبِالصَّلَاةِ عَلَيْهَا.

“Adakah Malik berkata: jika para wali berkumpul dalam pernikahan seorang wanita, sebahagian mereka lebih berhak daripada sebahagian yang lain?” Berkata Ibn al-Qāsim: Malik berkata: “Jika para wali berselisih sedangkan mereka dalam al-Qa’dah adalah yang sama. Maka pemerintah (sulṭān) akan meneliti perkara itu.” Beliau berkata lagi: “Jika sebahagian mereka lebih dekat kedudukannya (aq‘ad) daripada sebahagian yang lain, maka yang lebih dekat itulah yang lebih utama untuk menikahkan wanita itu menurut Malik.” Aku (Sahnūn) bertanya: “Adakah saudara lelaki lebih utama atau datuk?” Beliau menjawab: “Saudara lelaki lebih utama daripada datuk menurut Malik.” Aku bertanya: “Adakah anak saudara lelaki (ibn al-akh) lebih utama atau datuk menurut Malik?” Beliau menjawab: “Anak saudara lelaki lebih utama.” Aku bertanya: “Maka siapakah yang lebih utama menikahkan seorang wanita, anak atau bapa?” Beliau berkata: “Malik berkata: anak lebih utama untuk menikahkan seorang wanita dan mengimamkan mensolat jenazahnya.”

Disebut dalam al-Ḥāwī al-Kabīr (9/91–92):

قال الشافعي: وَلَا وِلَايَةَ لأحدٍ مَعَ الْأَبِ فَإِنْ مَاتَ فَالْجَدُّ ثُمَّ أَبُو الْجَدِّ ثُمَّ أَبُو أَبِي الجد كذلك لأن كلهم أبٌ فِي الثِّيِّبِ وَالْبِكْرِ سواءٌ.

قَالَ الْمَاوَرْدِيُّ: اعْلَمْ أَنَّ الْوِلَايَةَ فِي النِّكَاحِ تَكُونُ لِلْأَبِ ثُمَّ لِمَنْ نَاسَبَ الْأَبَ وَلَا يستحقها بالنسب من لم يرجع بالنسب إِلَى الْأَبِ ... فَإِذَا انْقَرَضَ عَمُودُ الْآبَاءِ كَانَتِ الدَّرَجَةُ الْأُولَى بني الْأَبِ وَهُمُ الْإِخْوَةُ وَعَمُودُهَا بَنُوهُمْ، وَإِنْ سَفَلُوا،

وَالدَّرَجَةُ الثَّانِيَةُ بَنُو الْجَدِّ وَهُمُ الْأَعْمَامُ وَعَمُودُهَا بَنُوهُمْ، وَإِنْ سَفَلُوا، وَالدَّرَجَةُ الثَّالِثَةُ بَنُو أَبِي الْجَدِّ وَهُمْ أَعْمَامُ الْأَبِ وَعَمُودُهَا بَنُوهُمْ وَإِنْ سفلوا، وكذلك بَنُو أَبٍ بَعْدَ أَبٍ حَتَّى يَنْقَرِضَ بَنُو جَمِيعِ الْآبَاءِ... فَإِذَا تَقَرَّرَتْ هَذِهِ الْقَاعِدَةُ فِي تَرْتِيبِ العصبات لاستحقاق الولاية فأول درجة ينتقل إِلَيْهَا الْوِلَايَةُ بَعْدَ الْآبَاءِ الْأُخْوَةُ،

وَالْأُخْوَةُ ثَلَاثَةُ أَقْسَامٍ: إِخْوَةٌ لِأَبٍ وَأُمٍّ، وَإِخْوَةٌ لِأَبٍ، وَإِخْوَةٌ لِأُمٍّ.
فَأَمَّا الْأُخْوَةُ لِلْأُمِّ فَلَا وِلَايَةَ لَهُمْ سَوَاءً اجْتَمَعُوا مَعَ غَيْرِهِمْ مِنَ الْعَصَبَاتِ أَوِ انْفَرَدُوا، لِأَنَّهُمْ لَمَّا أُدْلُوْا بِالْأُمِّ وَلَمْ يَرْجِعُوا بنسبهم إِلَى الْأَبِ خَرَجُوا مِنْ جُمْلَةِ الْعَصَبَاتِ الْمُنَاسِبِينَ فَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ وِلَايَةٌ.

“Al-Syāfi‘ī berkata: Tidak ada wilāyah perwalian bagi sesiapa pun bersama kewujudan bapa. Jika bapa meninggal dunia maka (wilāyah beralih kepada) datuk, kemudian bapa kepada datuk, kemudian bapa kepada bapa datuk, demikianlah kerana kesemuanya adalah (dalam hukum) bapa, pada (pernikahan) janda dan dara adalah sama.”

Al-Māwardī berkata: “Ketahuilah bahawa wilāyah dalam nikah itu adalah milik bapa, kemudian kepada sesiapa yang mempunyai pertalian nasab dengan bapa, dan tidak diperolehi hak wilāyah itu melalui nasab bagi sesiapa yang tidak kembali nasabnya kepada bapa… Maka apabila terputus rantaian para bapa (tiada lagi bapa ke atas), darjat pertama ialah anak-anak lelaki kepada bapa tersebut, iaitu para saudara lelaki, dan pokok rantaian mereka ialah anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah.”

“Dan darjat kedua: anak-anak lelaki kepada datuk, iaitu para bapa saudara (al-a‘mām), dan pokok rantaian mereka ialah anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah.

“Dan darjat ketiga: anak-anak lelaki kepada bapa datuk (Abī al-jadd), iaitu bapa saudara kepada bapa (a‘mām al-ab), dan pokok rantaian mereka ialah anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, demikian juga anak-anak lelaki kepada setiap bapa selepas bapa, sehinggalah terputus anak-anak lelaki semua bapa…

“Maka apabila kaedah ini telah jelas berkenaan tertib para ‘ashabah untuk mendapatkan hak wilāyah, maka darjat pertama yang berpindah kepadanya wilāyah selepas (tiada) para bapa ialah para saudara lelaki.

“Dan para saudara lelaki itu terbahagi kepada tiga bahagian: saudara lelaki seayah dan seibu, saudara lelaki seayah, dan saudara lelaki seibu.

“Adapun saudara-saudara lelaki seibu maka mereka tidak memiliki sebarang wilāyah, sama ada mereka berkumpul bersama selain mereka daripada kalangan ‘ashabah ataupun mereka bersendirian, kerana mereka itu sandaran nasab mereka adalah melalui ibu dan tidak kembali nasab mereka kepada bapa, maka mereka terkeluar daripada kelompok ‘ashabah yang mempunyai pertalian dengan bapa, lalu tidaklah mereka mempunyai wilāyah.”

Ibn Qudāmah berkata dalam al-Mughnī (6/321), setelah beliau membentangkan perincian isu para wali:

وجملتُه أَنَّ الوِلايةَ بعدَ مَنْ ذَكَرْنَا تَتَرتَّبُ على تَرْتيبِ الإِرْثِ بالتَّعْصِيبِ، فأحَقُّهُم بالميراثِ أحقُّهُم بالولايةِ، فأَوْلاهُم بعدَ الآباءِ بَنُو المَرْأةِ، ثم بَنُوهُم وإن سَفَلُوا، ثم بَنُو أبِيها وهم الإخْوةُ، ثم بَنُوهُم وإن سَفَلُوا، ثم بنو جَدِّها وهم الأعْمامُ، ثم بَنُوهُم وإن سَفَلُوا، ثم بنو جَدِّ الأبِ وهم أعْمامُ الأبِ، ثم بَنُوهُم وإن سَفَلُوا، ثم بنو جَدِّ الْجدِّ، ثم بَنُوهُم، وعلى هذا لا يَلِى بنو أب أعْلَى مع بنى أبٍ أقْرَبَ منه وإن نَزَلَتْ درَجَتُهم، وأَوْلَى وَلَدِ كلِّ أبٍ أقْرَبُهم إليه؛ لأنَّ مَبْنَى الوِلايةِ على النَّظَرِ والشَّفَقةِ، وذلك مُعْتَبَرٌ بمَظنَّتِه، وهى القَرابةُ، فأَقْرَبُهُم أشْفَقُهم. ولا نَعْلمُ فى هذا خِلافًا بين أهلِ العلمِ. ولا وِلايةَ لغيرِ العَصَباتِ من الأقاربِ، كالأخِ من الأُمِّ، والخالِ، وعَمِّ [الأُمِّ، والجَدِّ] أبى الأُمِّ ونحوهم. نصَّ عليه أحمدُ فى مواضعَ. وهو قولُ الشافعىِّ، وإحْدَى الرِّوايتينِ عن أبِى حنيفةَ.... لا نعلمُ خلافًا بين أهلِ العلمِ، فى أَنَّ للسُّلطانِ وِلايةَ تَزْوِيج المرأةِ عندَ عَدَمِ أوْلِيائِها أو عَضْلِهِم. وبه يقول مالكٌ، والشافعىُّ، وإسحاقُ، وأبو عُبَيْدٍ، وأصحابُ الرَّأْى.والأصلُ فيه قولُ النبىِّ -ﷺ-: «فَالسُّلطانُ وَلِىُّ مَنْ لَا وَلِى له

Dan kesimpulannya bahawa wilāyah selepas mereka yang telah kami sebutkan ditertibkan berdasarkan tertib pewarisan secara ta‘ṣīb. Maka siapa yang paling berhak mendapat pusaka ialah yang paling berhak mendapat wilāyah. Maka yang paling utama selepas para bapa ialah anak-anak lelaki wanita tersebut, kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada bapa wanita itu iaitu para saudara lelaki wanita itu, kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada datuk wanita itu iaitu para bapa saudara (al-A’mam), kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada datuk sebelah bapa iaitu bapa saudara kepada bapa, kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada datuk kepada datuk, kemudian anak-anak lelaki mereka. Dan berdasarkan hal ini, tidak menjadi wali anak-anak lelaki bapa yang lebih tinggi (jauh) dengan adanya anak lelaki bapa yang lebih hampir (dekat) daripadanya (bapa), walaupun darjat mereka (anak-anak tersebut) lebih rendah ke bawah. Dan anak-anak lelaki setiap bapa yang paling utama ialah mereka yang paling hampir kepada bapa; kerana asas wilāyah ialah penelitian (terhadap maslahat) dan kasih sayang, dan perkara itu diukur dengan sebabnya, iaitu qarabah. Maka sesiapa yang paling hampir hubungan qarabahnya, dialah yang paling besar kasih sayangnya. Dan kami tidak mengetahui adanya khilaf dalam hal ini dalam kalangan ahli ilmu. Dan tiada wilāyah bagi selain ‘ashabah dari kaum kerabat seperti saudara lelaki seibu, dan bapa saudara sebelah ibu, dan bapa saudara (al-‘Amm) kepada ibu, dan datuk sebelah ibu, dan selain mereka. Hal ini dinaskan oleh Ahmad dalam beberapa tempat. Dan ia adalah pendapat al-Syāfi‘ī, dan salah satu daripada dua riwayat daripada Abu Hanifah… Kami tidak mengetahui adanya perselisihan dalam kalangan ahli ilmu bahawa pemerintah mempunyai wilāyah untuk menikahkan seorang wanita apabila ketiadaan para walinya atau apabila para walinya menghalanginya. Inilah juga pendapat Mālik, al-Syāfi‘ī, Isḥāq, Abū ‘Ubaid, dan Ashab al-Ra’y. Asasnya ialah sabda Nabi : “Maka pemerintah adalah wali bagi sesiapa yang tiada wali baginya.”

 

(7) Tertib Para Wali[8]

Secara asasnya didahulukan kewalian kerana qarabah, kemudian kerana wala’, kemudian kerana al-Imamah, bagi seorang wanita yang Merdeka. Hal ini adalah menurut kesepakatan empat mazhab fiqh: Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi‘iyyah dan Hanabilah.

Ini kerana beberapa sebab:

Pertama: kerana perwalian dibina atas dasar perhatian (النظَرِ) dan kasih sayang (الشَّفَقةِ), dan yang paling berpotensi (مَظِنَّةُ) memenuhi hal itu ialah hubungan qarabah.

Kedua: kerana orang yang lebih berhak mewarisi adalah yang paling dekat, maka dia juga lebih berhak dalam kewalian.

Ketiga: apabila seorang perempuan tidak mempunyai wali, para ulama telah sepakat bahawa penguasa adalah wali bagi sesiapa yang tiada wali baginya.

Para fuqaha pula telah berbeza pendapat dalam menentukan siapakah dalam kalangan qarabah ini yang paling berhak didahulukan dalam wilayah pernikahan, bahkan dalam mazhab yang sama pun terdapat perbezaan. Berikut ringkasan pandangan mazhab-mazhab utama tanpa menghuraikan perincian khilaf:

Mazhab Hanafi

Tertib antara para ‘asabah dalam wilayah nikah menurut mazhab Hanafiyyah adalah seperti tertib dalam pusaka, dan yang lebih jauh terhalang oleh yang lebih dekat mengikut susunan berikut: Pertama: anak lelaki, kemudian anak lelakinya (cucu lelaki) walaupun ke bawah, kemudian bapa, kemudian datuknya walaupun ke atas, kemudian saudara lelaki sekandung, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak saudara lelaki sekandung, kemudian anak saudara lelaki sebapa, kemudian bapa saudara sekandung, kemudian bapa saudara sebapa, kemudian anak bapa saudara sekandung, kemudian anak bapa saudara sebapa, kemudian bapa-bapa saudara sebelah bapa (datuk saudara) dengan susunan yang sama.

Pengarang Fath al-Qadir 3/277 menyebut:

هَذَا (وَالتَّرْتِيبُ فِي وِلَايَةِ النِّكَاحِ كَالتَّرْتِيبِ فِي الْإِرْثِ وَالْأَبْعَدُ مَحْجُوبٌ بِالْأَقْرَبِ) فَتُقَدَّمُ عَصَبَةُ النَّسَبِ. وَأَوْلَاهُمْ الِابْنُ وَابْنُهُ وَإِنْ سَفَلَ، وَلَا يَتَأَتَّى إلَّا فِي الْمَعْتُوهَةِ وَهَذَا قَوْلُهُمَا خِلَافًا لِمُحَمَّدٍ فَإِنَّهُ يَرَى أَنَّ الْأَبَ مُقَدَّمٌ عَلَى الِابْنِ وَسَتَأْتِي الْمَسْأَلَةُ، وَهَلْ يَثْبُتُ الْخِيَارُ لِلْأُمِّ الْمَعْتُوهَةِ إذَا أَفَاقَتْ وَقَدْ زَوَّجَهَا الِابْنُ؟ فِي الْخُلَاصَةِ: وَلَوْ زَوَّجَهَا الِابْنُ فَهُوَ كَالْأَبِ بَلْ أَوْلَى، ثُمَّ الْأَبُ ثُمَّ الْجَدُّ أَبُوهُ ثُمَّ الْأَخُ الشَّقِيقُ ثُمَّ لِأَبٍ. وَذَكَرَ الْكَرْخِيُّ أَنَّ الْأَخَ وَالْجَدَّ يَشْتَرِكَانِ فِي الْوِلَايَةِ عِنْدَهُمَا، وَعِنْدَ أَبِي حَنِيفَةَ يُقَدَّمُ الْجَدُّ كَمَا هُوَ الْخِلَافُ فِي الْمِيرَاثِ. وَالْأَصَحُّ أَنَّ الْجَدَّ أَوْلَى بِالتَّزْوِيجِ اتِّفَاقًا، ثُمَّ ابْنُ الْأَخِ الشَّقِيقِ ثُمَّ ابْنُ الْأَخِ لِأَبٍ ثُمَّ الْعَمُّ الشَّقِيقُ ثُمَّ لِأَبٍ ثُمَّ ابْنُ الْعَمِّ الشَّقِيقِ ثُمَّ ابْنُ الْعَمِّ لِأَبٍ ثُمَّ أَعْمَامُ الْأَبِ، كَذَلِكَ الشَّقِيقُ ثُمَّ أَبْنَاؤُهُ ثُمَّ لِأَبٍ ثُمَّ أَبْنَاؤُهُ ثُمَّ عَمُّ الْجَدِّ الشَّقِيقِ ثُمَّ أَبْنَاؤُهُ ثُمَّ عَمُّ الْجَدِّ لِأَبٍ ثُمَّ أَبْنَاؤُهُ وَإِنْ سَفَلُوا

“Dan susunan (keutamaan) dalam wilayah pernikahan adalah seperti susunan dalam pewarisan, dan orang yang lebih jauh terhalang oleh yang lebih dekat. Maka ‘asabah nasab didahulukan, dan yang paling utama di antara mereka ialah anak lelaki dan cucunya walaupun ke bawah. Namun hal ini hanya berlaku dalam keadaan wanita itu ma’tuhah (tidak sempurna akalnya). Ini adalah pendapat kedua-dua mereka, berbeza dengan Muhammad (ibn al-Hasan) yang berpendapat bahawa bapa didahulukan daripada anak lelaki dan permasalahan ini akan disebut kemudian. Adapun, adakah hak memilih (khiyar) bagi wanita ma‘tuhah itu setelah dia sihat sedangkan dia telah dinikahkan oleh anak lelakinya? Dalam al-Khulāsah disebutkan: “Jika dia dikahwinkan oleh anak lelakinya, maka hukumnya sama seperti jika dikahwinkan oleh bapanya, bahkan anak lelaki lebih utama.” Setelah itu bapa, kemudian datuk sebelah bapa, kemudian saudara lelaki seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa. Al-Karkhi menyebut bahawa saudara lelaki dan datuk berkongsi dalam wilayah menurut keduanya (Abu Yusuf dan Muhammad), sedangkan menurut Abu Hanifah, datuk didahulukan sebagaimana khilaf dalam pewarisan. Pendapat yang lebih sahih ialah datuk lebih utama dalam perkahwinan secara ijmak, kemudian anak saudara seibu sebapa, kemudian anak saudara sebapa, kemudian bapa saudara seibu sebapa, kemudian bapa saudara sebapa, kemudian anak bapa saudara seibu sebapa, kemudian anak bapa saudara sebapa, kemudian bapa saudara kepada bapa (datuk) demikian juga yang seibu sebapa, kemudian anak-anak mereka, kemudian yang sebapa, kemudian anak-anak mereka, kemudian bapa saudara kepada datuk seibu sebapa, kemudian anak-anak mereka, kemudian bapa saudara kepada datuk sebapa, kemudian anak-anak mereka walaupun ke bawah.” Tamat

Semua mereka ini mempunyai wilayah ijbar ke atas perempuan dan lelaki ketika kecil, dan juga ketika dewasa jika mereka gila, kecuali anak lelaki, kerana tidak tergambar wilayahnya ke atas ibunya kecuali ke atas ibunya yang dungu atau gila. Begitu juga mereka memiliki wilayah istihbab (wilayah pilihan yang tidak mengikat) ke atas wanita yang mukallaf.

Muhammad ibn al-Hasan rahimahullah berbeza pendapat dalam tertib ini, dan beliau berkata: bapa didahulukan daripada anak lelaki.

Begitu juga Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan berbeza dengan Abu Hanifah dalam isu datuk dan saudara lelaki. Abu Hanifah berpendapat bahawa datuk didahulukan daripada saudara lelaki, manakala Abu Yusuf dan Muhammad mengatakan kedua-duanya setara dalam wilayah, berikutan kesetaraan mereka dalam pusaka menurut mereka. Ibn al-Humam menilai sahih kerana menurut al-Sarakhsi bahawa pendapat mendahulukan datuk daripada saudara lelaki adalah pegangan mereka semua (ulama mazhab Hanafi), kerana dalam wilayah terdapat makna belas kasihan (syafaqah) yang diambil kira, dan belas kasihan datuk lebih diutamakan atas belas kasihan saudara lelaki. Oleh itu, wanita tidak diberi pilihan (khiyar) dalam akad yang dijalankan oleh datuknya, sebagaimana tidak diberi pilihan dalam akad ayahnya..

Mazhab Maliki

Tertib wali menurut mazhab Maliki ialah: didahulukan anak-anak lelaki kemudian anak-anak mereka walaupun ke bawah, kemudian bapa, kemudian saudara-saudara lelaki seibu sebapa, kemudian saudara-saudara lelaki sebapa, kemudian anak-anak saudara lelaki seibu sebapa, kemudian anak-anak saudara lelaki sebapa, kemudian datuk-datuk sebelah bapa walaupun ke atas, kemudian bapa-bapa saudara sebelah bapa walaupun ke bawah.

Namun sebahagian mereka menegaskan bahawa setiap datuk didahulukan ke atas anaknya (على ابنه) daripada kalangan bapa saudara. Berdasarkan itu, yang didahulukan daripada kalangan bapa saudara (العمومة) secara mutlak ialah datuk yang paling dekat. Kemudian selepas itu, setiap bapa didahulukan ke atas anaknya.

Al-Mughīrah bin Abdul Rahman, Faqih Madinah selepas Imam Malik berkata: Datuk dan bapa datuk lebih utama daripada saudara lelaki dan anak saudara lelaki.

Dan diutamakan anak-anak lelaki ke atas bapa itu terikat dengan keadaan apabila wanita tersebut tidak berada dalam (Hijr) jagaan bapanya atau wasiy bapa. Jika tidak demikian, maka yang didahulukan ialah bapa atau wasiy bapa, begitu juga wasiy al-Wasiy. (al-Wilayah Fi al-Nikah 2/74-75)

Menurut al-Qawanin al-Fiqhiyyah 1/134 oleh Ibn Juzayy:

(الْمَسْأَلَة الثَّالِثَة) فِي تَرْتِيب الْأَوْلِيَاء أما الَّذِي يجْبر فالأب ثمَّ وَصِيّه وَأما الَّذِي لَا يجْبر فالقرابة ثمَّ الْمولى ثمَّ السُّلْطَان، والمقدم من الْأَقَارِب الابْن ثمَّ ابْنه وَإِن سفل ثمَّ الْأَب ثمَّ الْأَخ ثمَّ ابْنه ثمَّ الْجد ثمَّ الْعم ثمَّ ابْنه وَقيل الْأَب أولى من الابْن

“Masalah ketiga: tentang tertib para wali. Bagi wali yang mempunyai kuasa ‘ijbar’, keutamaannya adalah: bapa, kemudian wasi bapa. Bagi wali yang tidak mempunyai kuasa ‘ijbar’: maka qarabah, kemudian mawla (bekas tuan yang memerdekakan hamba), kemudian sultan. Antara qarabah, didahulukan anak lelaki, kemudian cucunya, kemudian bapa, kemudian saudara lelaki, kemudian anak saudara, kemudian datuk, kemudian bapa saudara, kemudian anak bapa saudara. Ada juga pandangan yang meletakkan bapa lebih utama daripada anak lelaki.”

Mazhab Syafi‘e

Tertib wali di sisi mazhab al-Syafi‘iyyah, adalah sebagaimana tertib dalam keutamaan menerima pusaka, kecuali dalam beberapa masalah. Maka orang yang paling berhak mengahwinkan wanita merdeka menurut mereka ialah: bapanya, kemudian datuknya ke atas, kemudian saudara lelaki seibu-sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak-anak saudara lelaki meskipun ke bawah, kemudian bapa-bapa saudara (al-A’mam), kemudian anak-anak mereka meskipun ke bawah, kemudian seluruh ‘asabah mengikut tertib pewarisan secara ta‘ṣīb.

Perkara-perkara yang mana tertib ini berbeza daripada tertib pewarisan — menurut mereka — adalah:

  1. Anak lelaki didahulukan dalam pewarisan dengan ittifaq, namun dalam wilayah nikah seorang anak lelaki tidak mempunyai wilayah semata-mata kerana hubungan sebagai anak (bunuwwah). Akan tetapi seorang anak mungkin menjadi wali pernikahan ibunya kerana sebab lain seperti berkongsi nasab, kerana sianak merupakan anak kepada sepupu lelaki siibu (ابن ابن عم), atau merupakan maula, atau pemerintah, atau melalui persetubuhan syubhah — seperti dia adalah anak kepada saudaranya (wanita) atau anak kepada sepupunya — maka dia berhak menjadi wali atas sebab tersebut, bukan semata-mata kerana hubungan sebagai anak.
  2. Datuk berkongsi hak dengan saudara lelaki dalam pewarisan, namun dalam wali pernikahan seorang datuk didahulukan berbanding saudara lelaki secara ittifaq menurut Syafi‘eyyah.
  3. Saudara lelaki seibu-sebapa didahulukan atas saudara lelaki sebapa dalam pewarisan secara sepakat menurut mereka, namun dalam hal ini terdapat dua qawl:
    • Al-Azhar — iaitu pendapat al-Jadid — ialah saudara lelaki seibu-sebapa didahulukan atas saudara lelaki sebapa, sebagaimana dalam pewarisan.
    • Pendapat al-Qadim: kedua-duanya sama dari segi keutamaan wilayah pernikahan. Dua qawl ini juga berlaku kepada anak-anak saudara (lelaki), bapa-bapa saudara dan anak-anak mereka apabila salah seorang daripada mereka adalah seibu-sebapa dan yang lain sebapa sahaja.

Dalam mazhab Syafi‘i, bapa didahulukan secara mutlak dan anak lelaki tidak mempunyai hak wilayah perkahwinan. Dalam al-Minhaj karya al-Nawawi disebutkan:

وَأَحَقُّ الْأَوْلِيَاءِ أَبٌ ثُمَّ جَدٌّ ثُمَّ أَبُوهُ ثُمَّ أَخٌ لِأَبَوَيْنِ أَوْ لِأَبٍ ثُمَّ ابْنُهُ وَإِنْ سَفَلَ ثُمَّ عَمٌّ ثُمَّ سَائِرُ الْعَصَبَةِ كَالْإِرْثِ، وَيُقَدَّمُ أَخٌ لِأَبَوَيْنِ عَلَى أَخٍ لِأَبٍ فِي الْأَظْهَرِ، وَلَا يُزَوِّجُ ابْنٌ بِبُنُوَّةٍ

“Wali yang paling berhak ialah bapa, kemudian datuk, kemudian datuknya (ke atas), kemudian saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa, kemudian anak mereka (meskipun ke bawah), kemudian bapa saudara, kemudian selebihnya dari kalangan ‘asabah sebagaimana dalam pewarisan. Saudara lelaki seibu sebapa lebih utama daripada saudara lelaki sebapa, pada pendapat Azhar. Anak lelaki tidak menjadi wali dengan sebab bunuwwah.”

Mazhab Hanbali

Tertib wali menurut Hanabilah: Maka orang yang paling berhak mengahwinkan wanita merdeka ialah: bapanya, kemudian datuknya ke atas, kemudian anak lelakinya, kemudian cucunya ke bawah, kemudian saudara lelaki seibu-sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak-anak mereka demikian juga, kemudian bapa saudara seibu-sebapa, kemudian bapa saudara sebapa, kemudian anak-anak mereka demikian juga, kemudian selain mereka daripada para wali mengikut tertib pewarisan secara ta‘ṣīb.

Inilah tertib yang masyhur dalam mazhab, dan terdapat riwayat-riwayat dan pendapat-pendapat lain, antaranya:

  1. Mendahulukan anak lelaki dan cucunya atas bapa dan datuk.
  2. Mendahulukan anak lelaki atas datuk.
  3. Mendahulukan saudara lelaki atas datuk.
  4. Menyamakan kedudukan saudara lelaki dan datuk.
  5. Menyamakan kedudukan anak lelaki dan bapa.
  6. Menyamakan kedudukan saudara lelaki seibu-sebapa dan saudara lelaki sebapa pada satu darjat, dan inilah al-Mazhab dalam kalangan ulama mutaqaddimin mereka. Begitu juga hukumnya pada anak-anak saudara lelaki, serta pada bapa saudara dan anak-anak mereka. Namun al-Sahih ialah mendahulukan yang seibu-sebapa.

Dalam mazhab Hanbali, bapa didahulukan daripada anak lelaki. Dalam Mukhtasar al-Khiraqi 1/99 disebutkan:

وأحق الناس بنكاح المرأة الحرة أبوها ثم أبوه وإن علا ثم ابنها وابنه وإن سفل ثم أخوها لأبيها وأمها والأخ للأب مثله ثم أولادهم وان سفلوا ثم العمومة ثم أولادهم وإن سفلوا ثم عمومة الأب ثم المولى المنعم ثم اقرب عصبته ثم السلطان ووكيل كل واحد من هؤلاء يقوم مقامه وان كان حاضرا

“Orang yang paling berhak menikahkan wanita merdeka ialah bapanya, kemudian datuknya ke atas, kemudian anaknya, kemudian cucunya ke bawah, kemudian saudara lelaki seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak-anak mereka ke bawah, kemudian bapa saudara, kemudian anak-anak mereka ke bawah, kemudian bapa saudara kepada bapa, kemudian mawla yang memerdekakan, kemudian ‘asabah terdekatnya, kemudian sultan. Wakil bagi setiap seorang daripada mereka boleh bertindak menggantikan walinya jika hadir.”

 

Perkataan Para Fuqaha’

Disebut dalam al-Mabsūṭ oleh al-Sarakhsī (4/219):

فَأَوْلَى الْأَوْلِيَاءِ عَلَيْهَا أَبُوهَا، ثُمَّ الْجَدُّ بَعْدَ الْأَبِ قَائِمٌ مَقَامَ الْأَبِ فِي ظَاهِرِ الرِّوَايَةِ، وَذَكَرَ الْكَرْخِيُّ - رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى - أَنَّ هَذَا قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ - رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى، فَأَمَّا عِنْدَ أَبِي يُوسُفَ وَمُحَمَّدٍ - رَحِمَهَا اللَّهُ تَعَالَى - الْأَخُ وَالْجَدُّ يَسْتَوِيَانِ؛ لِأَنَّ مِنْ أَصْلِهِمَا أَنَّ الْأَخَ يُزَاحِمُ الْجَدَّ فِي الْعُصُوبَةِ حَتَّى يَشْتَرِكَا فِي الْمِيرَاثِ، فَكَذَا فِي الْوِلَايَةِ، وَعِنْدَ أَبِي حَنِيفَةَ - رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى - الْجَدُّ مُقَدَّمٌ فِي الْعُصُوبَةِ، فَكَذَلِكَ فِي الْوِلَايَةِ. وَالْأَصَحُّ أَنَّ هَذَا قَوْلُهُمْ جَمِيعًا؛ لِأَنَّ فِي الْوِلَايَةِ مَعْنَى الشَّفَقَةِ مُعْتَبَرٌ وَشَفَقَةُ الْجَدِّ فَوْقَ شَفَقَةِ الْأَخِ، وَلِهَذَا لَا يَثْبُتُ لَهَا الْخِيَارُ فِي عَقْدِ الْجَدِّ كَمَا لَا يَثْبُتُ فِي عَقْدِ الْأَبِ بِخِلَافِ الْأَخِ وَيَثْبُتُ لِلْجَدِّ الْوِلَايَةُ فِي الْمَالِ وَالنَّفْسِ جَمِيعًا، وَلَا يَثْبُتُ لِلْأَخِ، وَكَذَلِكَ فِي حُكْمِ الْمِيرَاثِ حَالُ الْجَدِّ أَعْلَى حَتَّى لَا يَنْقُصَ نَصِيبُهُ عَنْ السُّدُسِ بِحَالٍ فَلِهَذَا كَانَ فِي حُكْمِ الْوِلَايَةِ بِمَنْزِلَةِ الْأَبِ لَا يُزَاحِمُهُ الْإِخْوَةُ، ثُمَّ بَعْدَ الْأَجْدَادِ مِنْ قِبَلِ الْآبَاءِ، وَإِنْ عَلَوْا الْأَخُ لِأَبٍ وَأُمٍّ، ثُمَّ الْأَخُ لِأَبٍ، ثُمَّ ابْنُ الْأَخِ لِأَبٍ وَأُمٍّ، ثُمَّ ابْنُ الْأَخِ لِأَبٍ، ثُمَّ الْعَمُّ لِأَبٍ وَأُمٍّ، ثُمَّ الْعَمُّ لِأَبٍ، ثُمَّ ابْنُ الْعَمِّ لِأَبٍ وَأُمٍّ، ثُمَّ ابْنُ الْعَمِّ لِأَبٍ عَلَى قِيَاسِ تَرْتِيبِ الْعُصُوبَةِ

“Maka wali yang paling utama ke atas seorang wanita (untuk dikahwinkan) ialah bapanya, kemudian datuk selepas bapa yang mengambil tempat bapa menurut zahir riwayat. Al-Karkhī – rahimahullah – menyebut bahawa ini adalah pendapat Abu Hanifah – rahimahullah. Adapun menurut Abu Yūsuf dan Muhammad – rahimahumallāh – saudara lelaki dan datuk adalah sama, kerana berdasarkan kaedah mereka berdua, saudara lelaki berkongsi bersama datuk dalam ‘aṣabah sehingga mereka berkongsi dalam pusaka, maka demikian juga dalam wilāyah. Manakala menurut Abu Hanifah – rahimahullah – datuk didahulukan dalam ‘aṣabah, maka demikian juga dalam wilāyah. Dan yang lebih sahih ialah inilah pendapat mereka semua, kerana dalam wilāyah, makna kasih sayang (syafaqah) diambil kira, dan kasih sayang datuk lebih tinggi daripada kasih sayang saudara lelaki. Justeru itu, tidak thabit hak khiyār bagi wanita dalam akad yang dilakukan oleh datuk, sebagaimana tidak thabit dalam akad bapa, berbeza dengan (akad oleh) saudara lelaki. Dan thabit bagi datuk wilāyah pada harta dan diri sekali gus, sedangkan saudara lelaki tidak begitu. Demikian juga pada hukum pusaka, kedudukan datuk adalah lebih tinggi kerana bahagiannya tidak akan kurang daripada satu perenam dalam apa keadaan sekalipun. Oleh itu, dari sudut hukum wilāyah, datuk berada pada kedudukan bapa, para saudara lelaki tidak berkongsi kuasa dengannya. Kemudian selepas para datuk dari jalur bapa walaupun ke atas, (wilāyah beralih kepada) saudara lelaki seayah dan seibu, kemudian saudara lelaki seayah, kemudian anak lelaki dari saudara lelaki seayah dan seibu, kemudian anak lelaki dari saudara lelaki seayah, kemudian bapa saudara sebelah ayah seayah dan seibu, kemudian bapa saudara sebelah ayah seayah, kemudian anak lelaki bapa saudara sebelah ayah seayah dan seibu, kemudian anak lelaki bapa saudara sebelah ayah seayah, mengikut qiyas tertib ‘aṣabah.”

Disebut dalam Bidāyat al-Mujtahid wa Nihāyat al-Muqtaṣid (3/40):

وَاخْتَلَفُوا فِي تَرْتِيبِ الْوِلَايَةِ مِنَ النَّسَبِ فَعِنْدَ مَالِكٍ أَنَّ الْوِلَايَةَ مُعْتَبَرَةٌ بِالتَّعْصِيبِ إِلَّا الِابْنَ، فَمَنْ كَانَ أَقْرَبَ عَصَبَةً كَانَ أَحَقَّ بِالْوِلَايَةِ، وَالْأَبْنَاءُ عِنْدَهُ أَوْلَى وَإِنْ سَفَلُوا. ثُمَّ الْآبَاءُ، ثُمَّ الْإِخْوَةُ لِلْأَبِ وَالْأُمِّ، ثُمَّ لِلْأَبِ، ثُمَّ بَنُو الْإِخْوَةِ لِلْأَبِ وَالْأُمِّ، ثُمَّ لِلْأَبِ فَقَطْ، ثُمَّ الْأَجْدَادُ لِلْأَبِ وَإِنْ عَلَوْا

“Mereka berselisih tentang tertib wilāyah berdasarkan nasab. Menurut Malik, wilāyah itu diukur berdasarkan ta‘ṣīb kecuali anak lelaki. Maka sesiapa yang lebih dekat ‘ashabah, dialah yang lebih berhak dengan wilāyah. Anak-anak lelaki (kepada wanita) menurut beliau lebih utama walaupun ke bawah, kemudian para bapa, kemudian para saudara lelaki seayah dan seibu, kemudian yang seayah, kemudian anak-anak lelaki saudara lelaki seayah dan seibu, kemudian yang seayah sahaja, kemudian para datuk sebelah bapa walaupun ke atas.”

Disebut dalam Asnā al-Maṭālib fī Syarḥ Rawḍ al-Ṭālib (3/129):

(الطَّرَفُ الثَّانِي فِي تَرْتِيبِ الْأَوْلِيَاءِ) فَيُقَدِّمُ الْقَرَابَةَ ثُمَّ الْوَلَاءَ ثُمَّ السَّلْطَنَةَ (وَيُقَدِّمُ) مِنْ الْقَرَابَةِ (الْأَبَ ثُمَّ الْجَدَّ وَإِنْ عَلَا) ثُمَّ بَقِيَّةَ الْعَصَبَةِ (وَتَرْتِيبُهُمْ) هُنَا كَالْمِيرَاثِ أَيْ كَتَرْتِيبِهِمْ فِيهِ (إلَّا أَنَّ الِابْنَ لَا يُزَوِّجُ) أُمَّهُ (بِالْبُنُوَّةِ) إذْ لَا مُشَارَكَةَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا فِي النَّسَبِ فَلَا يَعْتَنِي بِدَفْعِ الْعَارِ عَنْ النَّسَبِ، وَلِهَذَا لَمْ تَثْبُتْ الْوِلَايَةُ لِلْأَخِ مِنْ الْأُمِّ (بَلْ) يُزَوِّجُ (بِالْعُصُوبَةِ أَوْ بِالْوَلَاءِ أَوْ بِالْقَضَاءِ) وَلَا يَضُرُّ الْبُنُوَّةَ؛ لِأَنَّهَا غَيْرُ مُقْتَضِيَةٍ لَا مَانِعَةٌ (وَالْجَدُّ يُقَدَّمُ عَلَى الْأَخِ هُنَا) وَإِنْ اسْتَوَيَا فِي اسْتِحْقَاقِ الْإِرْثِ؛ لِأَنَّ التَّزْوِيجَ وِلَايَةٌ وَالْجَدُّ أَوْلَى لِزِيَادَةِ شَفَقَتِهِ وَلِهَذَا اخْتَصَّ بِوِلَايَةِ الْمَالِ (وَالْأَخُ لِلْأَبَوَيْنِ مُقَدَّمٌ) عَلَى الْأَخِ لِلْأَبِ (كَمَا فِي الْإِرْثِ) وَهَذَا عُلِمَ مِنْ قَوْلِهِ وَتَرْتِيبُهُمْ كَالْمِيرَاثِ

“(Tertib para wali:) Maka didahulukan qarabah, kemudian wala’, kemudian kekuasaan pemerintah. (Dan didahulukan) dari kalangan qarabah itu (bapa, kemudian datuk walaupun ke atas). Kemudian baki ‘ashabah. (Dan tertib mereka) dalam wali perkahwinan seperti dalam pusaka, yakni seperti tertib mereka di dalam pusaka. (Kecuali anak lelaki tidak mengahwinkan) ibunya (dengan sebab hubungan anak), kerana tiada musyarakah antara dia dengan ibunya pada nasab, maka si anak tidak mengambil berat untuk menolak aib dari nasab ibunya. Dan kerana itu, tidak thabit wilāyah bagi saudara lelaki (wanita) seibu, (bahkan), perkahwinan dilakukan (sama ada oleh ‘ashabah, atau wala’, atau dengan keputusan hakim). Dan bunuwwah (hubungan anak) tidak memudaratkan kerana ia bukan faktor yang membawa kepada hak (wilāyah kepada orang lain) dan bukan juga penghalang. (Dan datuk didahulukan atas saudara lelaki di sini) walaupun mereka sama dari sudut kelayakan untuk pusaka, kerana pernikahan itu adalah wilāyah dan datuk lebih utama kerana lebih besar kasih sayangnya. Oleh itu, dia diberikan keistimewaan dengan wilāyah pada harta. (Dan saudara lelaki seayah dan seibu didahulukan) ke atas saudara lelaki seayah (sebagaimana dalam pusaka), dan ini difahami daripada perkataannyanya: “dan tertib mereka seperti dalam pusaka.”

Disebut dalam al-Mughnī oleh Ibn Qudāmah (7/16):

الْوِلَايَةَ بَعْدَ مَنْ ذَكَرْنَا تَتَرَتَّبُ عَلَى تَرْتِيبِ الْإِرْثِ بِالتَّعْصِيبِ، فَأَحَقُّهُمْ بِالْمِيرَاثِ أَحَقُّهُمْ بِالْوِلَايَةِ، فَأَوْلَاهُمْ بَعْدَ الْآبَاءِ بَنُو الْمَرْأَةِ، ثُمَّ بَنُوهُمْ وَإِنْ سَفَلُوا، ثُمَّ بَنَوْا أَبِيهَا وَهُمْ الْإِخْوَةُ، ثُمَّ بَنُوهُمْ وَإِنْ سَفَلُوا، ثُمَّ بَنُو جَدِّهَا وَهُمْ الْأَعْمَامُ، ثُمَّ بَنُوهُمْ وَإِنْ سَفَلُوا، ثُمَّ بَنُو جَدِّ الْأَبِ وَهُمْ أَعْمَامُ الْأَبِ، ثُمَّ بَنُوهُمْ وَإِنْ سَفَلُوا، ثُمَّ بَنُو جَدِّ الْجَدِّ، ثُمَّ بَنُوهُمْ، وَعَلَى هَذَا لَا يَلِي بَنُو أَبٍ أَعْلَى مَعَ بَنِي أَبٍ أَقْرَبَ مِنْهُ وَإِنْ نَزَلَتْ دَرَجَتُهُمْ، وَأَوْلَى وَلَدِ كُلِّ أَبٍ أَقْرَبُهُمْ إلَيْهِ، لِأَنَّ مَبْنَى الْوِلَايَةِ عَلَى النَّظَرِ وَالشَّفَقَةِ، وَذَلِكَ مُعْتَبَرٌ بِمَظِنَّتِهِ، وَهِيَ الْقَرَابَةُ، فَأَقْرَبُهُمْ أَشْفَقُهُمْ. وَلَا نَعْلَمُ فِي هَذَا خِلَافًا بَيْنَ أَهْلِ الْعِلْمِ

“Wilāyah selepas mereka yang telah kami sebutkan (sebelum ini) ditertibkan mengikut tertib pusaka secara ta‘ṣīb. Maka siapa yang paling berhak dengan pusaka adalah paling berhak dengan wilāyah. Maka yang paling utama selepas para bapa ialah anak-anak lelaki kepada wanita, kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada bapa wanita itu iaitu para saudara lelakinya, kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada datuknya iaitu para bapa saudara (al-A’mam), kemudian anak-anak lelaki mereka (al-A’mam) walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada datuk sebelah bapa iaitu bapa saudara (al-A’mam) kepada bapa, kemudian anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, kemudian anak-anak lelaki kepada datuk kepada datuk, kemudian anak-anak lelaki mereka. Berdasarkan tertib ini, tiada perwalian bagi anak-anak lelaki kepada seorang bapa yang lebih tinggi (jauh) dengan adanya anak-anak lelaki kepada bapa yang lebih dekat, walaupun darjat mereka lebih rendah (ke bawah). Dan yang paling utama daripada kalangan anak-anak lelaki setiap bapa ialah mereka yang paling hampir dengannya, kerana asas wilāyah ialah memelihara maslahat dan kasih sayang, dan itu diukur dengan sebabnya, iaitu hubungan qarabah. Maka sesiapa yang paling hampir, dialah yang paling besar kasih sayangnya. Kami tidak mengetahui adanya khilaf dalam hal ini dalam kalangan ahli ilmu.”

 

(8) Adakah Anak Lelaki Mempunyai Hak Wilāyah Untuk Menikahkan Ibunya?

Para fuqaha’ berbeza pandangan dalam masalah ini kepada dua pendapat:

  1. Jumhur fuqaha’, iaitu Hanafiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah yang berpendapat anak lelaki boleh menikahkan ibunya. Ini juga pandangan al-Muzani dari kalangan Syafi’eyyah seperti yang dinukilkan dalam Mughnī al-Muḥtāj (3/151), Nihāyah al-Muḥtāj (6/232), dan Tuḥfah al-Muḥtāj (7/248).

Mereka berdalilkan dengan dalil-dalil berikut:

  1. Hadis yang diriwayatkan daripada Umm Salamah:

لَمَّا انْقَضَتْ عِدَّتُهَا، بَعَثَ إِلَيْهَا أَبُو بَكْرٍ يَخْطُبُهَا عَلَيْهِ، فَلَمْ تَزَوَّجْهُ، فَبَعَثَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَخْطُبُهَا عَلَيْهِ، فَقَالَتْ: أَخْبِرْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي امْرَأَةٌ غَيْرَى، وَأَنِّي امْرَأَةٌ مُصْبِيَةٌ، وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْ أَوْلِيَائِي شَاهِدٌ، فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: ”ارْجِعْ إِلَيْهَا فَقُلْ لَهَا: أَمَّا قَوْلُكِ إِنِّي امْرَأَةٌ غَيْرَى، فَسَأَدْعُو اللَّهَ لَكِ فَيُذْهِبُ غَيْرَتَكِ، وَأَمَّا قَوْلُكِ إِنِّي امْرَأَةٌ مُصْبِيَةٌ، فَسَتُكْفَيْنَ صِبْيَانَكِ، وَأَمَّا قَوْلُكِ أَنْ لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ أَوْلِيَائِي شَاهِدٌ، فَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْ أَوْلِيَائِكِ شَاهِدٌ وَلَا غَائِبٌ يَكْرَهُ ذَلِكَ“، فَقَالَتْ لِابْنِهَا: يَا عُمَرُ، قُمْ فَزَوِّجْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَزَوَّجَهُ

“Ketikamana tamat ‘iddahnya, Abu Bakar menghantar wakil kepadanya untuk meminangnya bagi pihak beliau, tetapi Ummu Salamah tidak menikahinya. Kemudian Rasulullah SAW menghantar ‘Umar bin al-Khaṭṭāb kepadanya untuk meminangnya bagi pihak Baginda. Lalu beliau (Umm Salamah) berkata: “Sampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa aku seorang wanita yang sangat kuat cemburu, dan aku seorang wanita yang mempunyai anak kecil (musbiyah), dan tiada seorang pun dari para waliku yang ada.” Lalu ‘Umar datang kepada Rasulullah SAW dan menyebutkan hal itu kepada Baginda. Maka Baginda bersabda: “Kembalilah kepadanya dan katakan kepadanya: “Adapun kata-katamu bahawa engkau seorang wanita yang kuat cemburu, maka aku akan berdoa kepada Allah untukmu sehingga Dia menghilangkan sifat cemburumu. Adapun kata-katamu bahawa engkau seorang wanita yang mempunyai anak kecil, maka engkau akan dicukupkan (dalam urusan) anak-anakmu; dan adapun kata-katamu bahawa tiada seorang pun daripada para walimu yang ada, maka tiada seorang pun daripada para walimu sama ada yang hadir mahupun yang ghaib yang membenci perkara itu.” Maka Ummu Salamah berkata kepada anak lelakinya: ‘Wahai ‘Umar, bangunlah dan nikahkan Rasulullah SAW.” Lalu anaknya pun menikahkan Baginda.” (Sunan al-Nasā’ī al-Kubrā 5375, dan al-Sughrā 3254, Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān 2949, Sunan al-Bayhaqī al-Kubrā 13752, al-Mustadrak ‘ala al-Ṣaḥīḥayn 2734).[9]

  1. Umum firman Allah Ta‘ala: وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ “Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang dalam kalangan kamu”. Ayat ini satu khitab yang ditujukan kepada al-Aqarib, dan yang paling dekat dalam kalangan mereka ialah anak-anak lelaki. (Lihat: Nayl al-Awṭār (6/141), al-Mughnī li-Ibn Qudāmah (7/348) dan al-Mabsūṭ (4/220)

 

  1. Berdasarkan qiyas ke atas hukum pusaka, di mana anak lelaki adalah seorang ‘asabah menurut kesepakatan ulama, bahkan yang paling kuat kedudukannya dalam kalangan semua ‘asabah. (Lihat al-Mabsūṭ (4/220).

 

  1. Pandangan minoriti ulama; seorang anak lelaki tidak memiliki wilayah ke atas ibunya dalam pernikahan semata-mata berdasarkan hubungan anak (بِمَحْضِ الْبُنُوَّةِ). Namun sianak berhak mendapat hak wilayah ke atas ibunya dalam pernikahan melalui sebab lain selain hubungan anak, seperti jika sianak adalah anak kepada sepupu lelaki ibunya, atau merupakan maulā bagi ibunya, atau seorang hakim, atau terhasil antara mereka hubungan kerabat akibat nikah syubhah, atau pernikahan ketika zaman kufur, seperti sianak merupakan anak kepada saudara lelaki ibu, atau anak kepada sepupu ibu (عمها). Maka sianak boleh menjadi wali atas dasar sebab tersebut, bukan kerana hubungan anak semata-mata. Inilah mazhab al-Syafi‘e dan majoriti ulama mazhab Syafi‘e, dan ia juga merupakan mazhab Ibn Hazm al-Zāhirī (Lihat Asnā al-Maṭālib fī Syarḥ Rawḍ al-Ṭālib 3/129 dan al-Muhalla oleh Ibn Hazm 9/451).

Mereka berdalilkan dengan dalil-dalil berikut:

  1. Seorang wanita tidak mempunyai wilāyah ke atas dirinya sendiri. Anaknya itu adalah sebahagian daripada dirinya, maka tidak sabit wilāyah seorang anak ke atas ibunya. (Lihat al-Iqnā‘ 2/412 dan Asnā al-Maṭālib 3/129).
  2. Tiada musyarakah antara seorang anak lelaki dengan ibunya dalam nasab. Hubungan qarabah antara mereka berdua itu tidak menyebabkan salah satu dari keduanya dinisbahkan kepada yang lain. Mereka berdua juga tidak dinisbahkan kepada qarabah yang lebih tinggi daripada mereka. Maka sianak itu tidak mengambil berat untuk menolak aib yang berkaitan nasab. Oleh itu, tidak thabit perwalian anak lelaki ke atas ibunya, sama seperti anak saudara lelaki dari saudara perempuan dan saudara lelaki seibu. (Lihat al-Umm (5/14) dan Mughnī al-Muḥtāj (3/151)
  3. Wilayah dalam pernikahan disyariatkan untuk memenuhi keperluan wanita serta mencurahkan syafaqah terhadapnya. Sedangkan seorang anak lelaki menganggap mengahwinkan ibunya adalah suatu aib baginya. Maka dia tidak akan berusaha memenuhi keperluan ibunya, kerana fitrahnya cenderung menjauhkan perkara tersebut. Oleh itu, dia tidak berhak memiliki wilayah dalam pernikahan ibunya. (Lihat al-Umm (5/14) dan Mughnī al-Muḥtāj (3/151)

 

  1. Bantahan Majoriti Ulama Ke Atas Mazhab Syafi‘e

 

  1.  Alasan anak lelaki tidak sesuai menjadi wali bagi ibunya tertolak kerana ia bertentangan dengan keadaan bolehnya sianak mewalikan perkahwinan ibunya, jika dia seorang hakim atau seorang maula (tuan yang memerdekakan). 
  1. Begitu juga dakwaan bahawa fitrahnya akan mengelak dari mengahwinkan ibunya terbatal dengan keadaan bolehnya sianak mewalikan ibunya jika sianak adalah anak lelaki kepada sepupu lelaki kepada ibu (wanita berkahwin dengan sepupu sebelah bapa saudara).” (Lihat al-Mughnī li-Ibn Qudāmah (7/347–348)

 

  1. Jawapan Mazhab Syafi‘e

 

  1. Mazhab al-Syafi‘i menjawab dengan mengatakan bahawa semata-mata hubungan Bunuwwah tidak menghasilkan thubuth wilayah. Dalam masa yang sama ia juga bukan satu penghalang perwalian. Maka apabila wujud bersamanya sebab lain yang menghasilkan perwalian, maka sifat bunuwwah itu tidak menghalangi terlaksananya wilayah tersebut. (Lihat: Mughnī al-Muḥtāj (3/151) dan  Nihāyah al-Muḥtāj (6/232)
  2. Tentang hadis perkahwinan Ummu Salamah, dijawab dengan beberapa perkara berikut:
  3. Bahawa pernikahan Nabi tidak memerlukan wali; dan Baginda hanya mengucapkan perkataan itu untuk mengambil hatinya sahaja (تطييبًا لخاطره). (Mughnī al-Muḥtāj (3/151) dan Nihāyah al-Muḥtāj (6/232)
  4. ‘Umar bin Abi Salamah ketika itu masih seorang kanak-kanak kecil, maka bagaimana mungkin sah baginya untuk menikahkan (ibunya)
  5. Jika diandaikan ‘Umar bin Abi Salamah ketika itu telah baligh, maka akad nikah itu adalah berdasarkan hubungan sepupu (ببنوّة العمومة). Ini kerana dia dari kalangan anak kepada bapa saudara kepada Ummu Salamah (Abu Salamah adalah sepupu Ummu Salamah). Ketika itu pula tidak ada wali yang lebih dekat berbanding dirinya. Seorang anak, jika dia berkongsi nasab dengan ibunya pada jalur keluarga tersebut, maka sah baginya menjadi wali untuk ibunya menurut kesepakatan. (Mughnī al-Muḥtāj (3/151) dan Nihāyah al-Muḥtāj (6/232)
  6. Terdapat juga kemungkinan yang dimaksudkan dalam hadis ialah ‘Umar bin al-Khattab RA, bukan ‘Umar bin Abi Salamah. Ini kerana ‘Umar bin al-Khattab RA adalah perantara antara kedua-duanya, dan beliau pula memiliki hubungan qarabah dengan Ummu Salamah, di mana ‘Umar termasuk dalam kalangan ʿaṣabah Ummu Salamah kerana nasab Umar bertemu dengan Ummu Salamah pada datuk mereka berdua, Kaʿb bin Luʾay.[10] Dengan itu, lafaz “anaknya” (ابنها) merupakan wahm daripada rawi. (Mughnī al-Muḥtāj (3/151) dan Nihāyah al-Muḥtāj (6/232)

 
(9) Pengamalan Di Negara-negara Islam

 

  1. Arab Saudi:

Qarār Majlis al-Wuzarā’ raqam (429) wa tārīkh 5 Sya‘bān 1443H.

المادة السابعة عشرة

يكون ترتيب الأولياء في الزواج على النحو الآتي: الأب، ثم وصيه، ثم الجد لأب وإن علا، ثم الابن، ثم ابنه وإن نزل، ثم الأخ الشقيق ثم الأخ لأب، ثم ابن الأخ الشقيق ثم ابن الأخ لأب وإن نزلا، ثم العم الشقيق ثم العم لأب، ثم بنوهما وإن نزلوا، ثم أقرب عصبة على ترتيب الإرث، ثم القاضي.

Perkara 17: Turutan para wali dalam perkahwinan adalah seperti berikut: (1) Bapa, (2) kemudian wasi bapa, (3) kemudian datuk sebelah bapa, dan ke atas (sama ada dekat atau jauh), (4) kemudian anak lelaki, (5) kemudian cucu lelaki (daripada anak lelaki), dan ke bawah (sama ada dekat atau jauh), (6) kemudian saudara lelaki seibu sebapa, (7) kemudian saudara lelaki sebapa, (8) kemudian anak saudara lelaki seibu sebapa, (9) kemudian anak saudara lelaki sebapa, sama ada dekat atau jauh, (10) kemudian bapa saudara sebelah bapa (adik-beradik lelaki kepada bapa) seibu sebapa, (11) kemudian bapa saudara sebelah bapa (adik-beradik lelaki kepada bapa) sebapa, (12) kemudian anak-anak mereka (sepupu lelaki) sama ada dekat atau jauh, (13) kemudian ‘asabah yang paling hampir menurut turutan faraid, (14) kemudian hakim.

  1. Jordan

قانون الأحوال الـشخصـية الأردني رقم (15) لسنة 2019

المادة (14): الولي في الزواج هو العصبة بنفسه على الترتيب المنصوص عليه في القول الراجح من مذهب أبي حنيفة.

المادة (15): يشترط في الولي أن يكون عاقلاً راشداً، وأن يكون مسلماً إذا كانت المخطوبة مسلمة.

 المادة (16): رضا أحد الأولياء بالخاطب يسقط اعتراض الآخرين إذا كانوا متساوين في الدرجة، ورضا الولي الأبعد عند غياب الولي الأقرب يُسقط اعتراض الولي الغائب، ورضا الولي دلالةً كرضاه صراحة.

 المادة (17): إذا غاب الولي الأقرب وكان في انتظاره تفويتٌ لمصلحة المخطوبة انتقل حق الولاية إلى من يليه، فإذا تعذر أخذ رأي من يليه في الحال أو لم يوجد انتقل حق الولاية إلى القاضي.

Perkara (14):

Wali dalam perkahwinan ialah ‘asabah (kerabat lelaki menurut susur keutamaan) sendiri mengikut tertib yang dinyatakan dalam pendapat yang rajih daripada mazhab Abu Hanifah.

Perkara (15):

Disyaratkan pada wali bahawa dia mestilah berakal, matang (rāshid), dan mestilah seorang Muslim jika perempuan yang dipinang itu seorang Muslimah.

Perkara (16):

Kerelaan salah seorang wali terhadap bakal suami menggugurkan bantahan wali-wali lain jika mereka berada pada taraf yang sama; dan kerelaan wali yang lebih jauh apabila ketiadaan wali yang lebih dekat menggugurkan bantahan wali yang tidak hadir. Kerelaan secara dalālah (isyarat) sama seperti kerelaan secara jelas (ṣarīḥ).

Perkara (17):

Jika wali yang lebih dekat tidak hadir, dan menunggunya akan menyebabkan terbatalnya kemaslahatan perempuan yang dipinang, maka hak kewalian berpindah kepada wali selepasnya. Jika tidak dapat mengambil pandangan wali selepasnya ketika itu, atau tiada wali selepasnya, maka hak kewalian berpindah kepada qadhi.

  1. Maghribi

مدونة الأسرة صيغة محينة بتاريخ 29 يوليو2021

المادة 24 الولاية حق للمرأة، تمارسه الراشدة حسب اختيارها ومصلحتها.

المادة 25 للراشدة أن تعقد زواجها بنفسها، أو تفوض ذلك لأبيها أو لأحد أقاربها

Undang-Undang Keluarga – Versi Dikemaskini bertarikh 29 Julai 2021

Perkara 24:

Kewalian (al-wilāyah) adalah hak bagi wanita; wanita yang telah dewasa (rāshidah) melaksanakannya menurut pilihannya dan mengikut kepentingannya.

Perkara 25:

Seorang wanita dewasa (rāshidah) boleh mengakadkan perkahwinannya sendiri, atau melantik bapanya atau salah seorang daripada qarabahnya untuk melakukannya.

 

  1. Tarjihan

 

  1. ‘Iwadh bin Raja’ al-‘Awfi dalam al-Wilayah fi al-Nikah 2/90 menyebut:

Yang rajih: Dan apa yang jelas bagi saya — Allah lebih mengetahui — bahawa pendapat yang mengithbathkan wali dalam pernikahan kepada anak lelaki, seperti mana thabitnya bagi bapa dan para ʿaṣabah lainnya, tidak sunyi dari perlu diteliti lebin lanjut, walaupun ia adalah pandangan jumhur. Pendapat yang saya cenderungi dalam hal ini ialah mazhab Imam al-Syafi‘i — rahimahullah — iaitu bahawa anak lelaki tidak thabit perwalian terhadap ibunya hanya semata-mata kerana hubungan anak, dan hal ini kerana beberapa perkara berikut:

Pertama: Hubungan keibuan tidak mempunyai peranan dalam penetapan wali nikah menurut jumhur, termasuklah mazhab Malikiah dan Hanabilah. Oleh itu, mereka tidak membenarkan kewalian bagi saudara seibu, bapa saudara sebelah ibu, dan selain mereka yang merupakan kerabat dari pihak ibu. Sedangkan anak lelaki tidak berkongsi nasab dengan ibunya; maka tiada hubungan nasab antara keduanya — ketika itu — kecuali melalui jalur keibuan sahaja.

Pendapat yang menyatakan kewalian bagi anak lelaki itu mempunyai alasan dari sudut tertentu (wajh min al-Nazar) menurut mazhab Hanafiah, iaitu wanita yang mukallafah sah menikahkan dirinya tanpa walinya. Maka dengan itu dia boleh menyerahkan (التفويض) akad nikahnya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki, sama ada kerabat dekat atau jauh. Maka ini lebih dekat kepada konsep wakalah daripada wilayah, sebagaimana dijelaskan oleh ulama Hanafi sendiri, bahawa hanya dinamakan “wali” dalam perkara ini sebagai meraikan hubungan qarabah, sedangkan hakikatnya ialah “wakil”. Dalil yang menunjukkan perkara ini ialah kesepakatan tiga imam mazhab Hanafi bahawa tidak ada kewalian bagi ذوي الأرحام (kerabat melalui wanita) apabila wujud ʿaṣabah dalam kewalian terhadap anak kecil atau orang gila, iaitu kewalian yang sebenar dalam nikah menurut mereka. Kemudian Abu Yusuf dan Muhammad tidak menetapkan kewalian secara mutlaq kepada ذوي الأرحام walaupun tiada ʿaṣabah; maka kewalian berpindah selepas ʿaṣabah kepada pemerintah.

Sedangkan Abu Hanifah — rahimahullah — mengithbathkannya dalam satu riwayat jika tiada ʿaṣabah bagi wanita tersebut. Maka dengan ini jelas bahawa keempat-empat imam mazhab dan para ulama mereka sepakat bahawa hubungan keibuan (Umumah) tidak melayakkan seseorang memperoleh kewalian nikah secara mutlaq, atau sekurang-kurangnya tidak melayakkannya apabila wujud kerabat sebelah ayah, atau wujud ʿaṣabah secara mutlak. Maka bagaimana pula mereka menetapkan bagi anak lelaki kewalian terhadap ibunya dalam pernikahan?

Kedua: Adapun alasan mereka yang mengithbathkan kewalian bagi anak lelaki bahawa dia adalah ʿaṣabah bagi ibunya secara mutlak, maka ianya ijmal dan memiliki percanggahan. Jika yang dimaksudkan ialah anak lelaki ʿaṣabah dalam hukum waris, maka benar. Tetapi apakah dalil untuk menjadikan istihqaq wilayah al-nikah diukur berdasarkan istihqaq pewarisan? Tidak ada nas atau ijmak dalam hal ini. Bahkan imam yang paling hampir kepada kaedah ini, iaitu Abu Hanifah dalam salah satu riwayat daripadanya, yang menyebut bahawa setiap orang yang berhak mewarisi berhak menjadi wali nikah. Sebenarnya beliau hanya bermaksud sesiapa yang thabit baginya sejenis pewarisan secara umum (نوع ولاية من حيث الجملة), maka thabit baginya perwalian. Buktinya, jika wujud bapa seorang kanak-kanak perempuanl, maka tiada sesiapa pun berkongsi hak kewaliannya, sama ada menurut Abu Hanifah atau selainnya. Dan bukti lain ialah apa yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa tiada kewalian bagi ibu atau ذوي الأرحام yang lain jika wujud ʿaṣabah, sama ada hubungan nasab atau wala’.

Adapun jika yang dimaksudkan dengan ta‘ṣīb itu ialah apa yang diriwayatkan daripada Ali — radhiyallahu ‘anhu — secara mawquf atau marfu‘ dengan lafaz: “النِّكاح إلى العصبات[11], maka perkara ini memerlukan bukti kesahihan terlebih dahulu, dan saya tidak menyangka ia sahih dengan lafaz ini. Kemudian tidak semestinya maksud “al-ʿaṣabāt” di sini adalah ʿaṣabah pewarisan. Bahkan boleh jadi yang dimaksudkan ialah lelaki-lelaki yang berkongsi nasab dengannya.

Adapun riwayat daripada Ali — r.a — secara mawquf dengan lafaz: إذا بلغ النساء نصّ الحقائق فالعصبة أولى “Apabila para wanita telah mencapai umur baligh, maka ʿaṣabah lebih berhak”, maka ia secara jelas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan ʿaṣabah di sini ialah ʿaṣabah bagi perempuan kecil. Sedangkan perempuan kecil tidak mempunyai anak lelaki, maka terbatal penyertaan anak lelaki dalam kategori ʿaṣabah tersebut. Maka batallah juga hujah yang memasukkan anak lelaki dalam hadis “al-nikāḥ ilā al-ʿaṣabāt”.

Kemudian apakah maksud “lebih berhak” (الأوْلويّة) dalam riwayat ini? Adakah ia lebih berhak dalam hadanah atau tazwij? Yang azhar ialah ia merujuk kepada hadanah, kerana ibu turut berkongsi hak hadanah dengan ʿaṣabah. Sedangkan ibu tidak berkongsi hak kewalian nikah menurut jumhur secara mutlak, dan tidak juga menurut mazhab Hanafi jika anaknya masih kecil atau gila — iaitu apabila wujud ʿaṣabah. Dan jika anak itu baligh berakal, maka tiada hak kewalian bagi sesiapa pun menurut mazhab Hanafi. Dan menghairankan bahawa riwayat ini masyhur dijadikan dalil oleh ulama Hanafi secara mawquf dan marfu‘ kepada Nabi dengan lafaz “al-nikāḥ ilā al-ʿaṣabāt”, sedangkan ia sebenarnya hujah yang lebih kuat terhadap (عليهم) mereka — jika sahih — kerana lafaz “al-nikāḥ ilā al-ʿaṣabāt” menunjukkan kewajipan kewalian dalam nikah wanita merdeka yang baligh lagi berakal, kerana lafaz pembatasan itu memberi maksud demikian. Allah lebih mengetahui.

Ketiga: Adapun hadis Umm Salamah RA, maka ia merupakan hujah yang paling kuat bagi jumhur, sekiranya sanadnya sahih dan sisi dalalahnya selamat dari kekeliruan yang telah pun dibahaskan sebelum ini dari sudut sanad dan dalalah dalam perbahasan tentang istidlal Hanafiyyah dengannya bagi pensabitan hak seorang wanita merdeka yang mukallaf untuk mengahwinkan dirinya sendiri.

Ini kerana mereka (Hanafiyyah) berkata: Sesungguhnya anak Ummu Salamah, ‘Umar bin Abi Salamah, ketika itu masih kecil dan tidak layak menjadi wali nikah; maka beliau (Umm Salamah) menyerahkan urusan itu kepadanya, maka ia seolah-olah mewakili dirinya.

Kesimpulan daripada apa yang telah dikemukakan ialah: Pada sanad hadis ini terdapat (Ibn ‘Umar bin Abi Salamah) yang merupakan seorang perawi majhul. Kemudian, jika diandaikan sanadnya sahih dan bersambung, maka siapa sebenarnya yang menikahkan Umm Salamah? Adakah benar anaknya ‘Umar itu, sebagaimana dinyatakan secara jelas dalam sebahagian lafaz hadis ini? Atau adakah yang menikahkannya ialah anaknya yang lain, Salamah bin Abi Salamah, sedangkan dia lebih tua daripada saudaranya ‘Umar? Inilah menjadi pilihan Ibn Kathir.

Atau adakah yang menikahkannya ialah ‘Umar bin al-Khattab RA, kerana beliau ialah perantara antara keduanya, dan beliau juga mempunyai hubungan kerabat dengan Ummu Salamah, dan namanya sama dengan nama anaknya yang kecil, lalu perawi tersilap menyangka ia merujuk kepada anak Ummu Salamah? Atau adakah wali sebenarnya ialah Rasulullah dengan wilayah al-salṭanah, kerana tiada seorang pun daripada para wali Ummu Salamah yang hadir, sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam riwayat tersebut? Atau adakah ia merupakan kekhususan bagi Baginda kerana Baginda lebih berhak atas orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri?

Maka tidak sah menjadikan hadis ini sebagai hujah bagi jumhur kecuali dengan pendapat bahawa yang menikahkannya ialah salah seorang daripada dua anaknya (‘Umar atau Salamah). Namun demikian, terdapat dua perkara yang mengganggu istidlal ini:

Pertama: Kedua-dua anaknya ketika itu masih kecil, dan sekiranya pada tahap terbaik sekalipun, mereka hanya pada umur mumayyiz. Maka bagaimana dapat dijadikan dalil oleh mereka yang mensyaratkan wali itu mesti baligh? Sedangkan kebanyakan pihak yang berhujah dengan hadis ini mensyaratkan demikian. Bahkan aku tidak mengetahui sesiapa pun dalam mazhab yang empat yang membenarkan wilayah nikah oleh seorang anak kecil yang mumayyiz, kecuali apa yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad bahawa seorang anak kecil jika berumur sepuluh tahun boleh menikahkan dan boleh dinikahkan.

Kedua: Kedua-dua anaknya mempunyai hubungan qarabah dengan Umm Salamah sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini, iaitu mereka daripada kalangan Bani ‘Amam bagi Ummu Salamah, dan berdasarkan itu ia tidak boleh dijadikan hujah atas pensabitan wilayah nikah melalui hubungan sebagai anak semata-mata. Dan Allah lebih mengetahui.

  1. Dr. Izzah binti Muhammad dalam makalah bertajuk: Wali al-Mar’ah fī al-Nikāḥ, Tartīb al-Awliyā’, wa Wilāyah al-Ibn fī Tazwīj Ummih (https://omtameem.com/)

“Selepas membentangkan pandangan-pandangan ahli ilmu, saya berpendapat kuatnya mazhab jumhur bahawa anak lelaki boleh menikahkan ibunya kerana kuatnya dalil-dalil yang mereka bawakan, dan kerana anak lelaki lebih utama dalam pusaka dan lebih kuat dari sudut ‘aṣabah, maka diharuskan baginya untuk menikahkan ibunya. Dan Allah Ta‘ala lebih mengetahui mana yang benar.”

Dalam persoalan tertib wali, beliau berkata:

“Selepas membentangkan pandangan-pandangan ahli ilmu, saya berpendapat kuatnya mazhab jumhur bahawa para wali bagi wanita dalam perkahwinan ialah golongan ‘ashabah. Tiada bagi bapa saudara sebelah ibu (al-khāl), para saudara lelaki seibu, datuk sebelah ibu, serta dzawū al-arḥām hak wilāyah (perwalian dalam nikah).

Maka para wali itu ialah: bapa dan ke atas, anak lelaki, saudara lelaki wanita tersebut yang seayah dan seibu atau seayah sahaja, serta anak-anak lelaki mereka walaupun ke bawah, dan bapa saudara (saudara lelaki kepada bapa) wanita tersebut dan ke atas, dan anak-anak lelaki bapa saudara (sepupu lelaki) walaupun ke bawah.”

 

  1. Dr. Fadhal ‘Abdullah bin Murad

يجب في النكاح رضى المرأة وأهلها:

ويجب في النكاح رضى أهل المرأة لقوله تعالى (فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ) (النساء: ٢٥). وإذنهم رضاهم، فالرضا من الأهل واجب؛ لأنه مأمور به في الآية على سبيل الشرط، فيكون المعنى «إذا أذن أهلهن فانكحوهن» كقولك لمن استأذن في استعارة شيء: خذ بإذن فلان، أي إذا أذن لك فخذه، فهذا شرط، وكقول الفقهاء يجاهد الابن بإذن والديه، أي إذا أذنا جاهد وإلا فلا. فإن امتنع الأهل من الرضى فلا نكاح. لكن إن وصل عدم الرضى إلى التعنت في منع المرأة من الزواج فهو عضل محرم (فَلاَ تَعْضُلُوهُنَّ أَن يَنكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُم بِالْمَعْرُوفِ) (البقرة: ٢٣٢). فالرضى من أهلها شرط، ولكنه إن وصل إلى العضل مُنِع. والاستئذان من الأهل غير إذن الأهل؛ لأن الأول مجرد إعلام الأهل بنكاح ابنتهم، والثاني: هو اشتراط إذنهم، ولا إذن إلا عن رضى فكان المقصود رضى الأهل. لأن الإذن يتضمن الموافقة على النكاح وهو الرضى. والأهل هم الذكور؛ لأنه هكذا يطلق في اللغة، والعرف، فيقال: أهل المرأة يعني عصبتها من الذكور. والقرآن خاطب بلسان عربي مبين، ولعموم قوله تعالى (وَأُوْلُوا الأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ) (الأنفال: ٧٥)، فشمل كل رحمٍ وبعضهم أولى من بعض كما يفيده النص. ورأسهم الأب؛ لأن الأبناء تحت طاعته. والأب أقرب من الإخوة بلا خلاف، ولذلك يسقطهم في الميراث. ولأنه يصدق عليه النص في (بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ)، بخلاف رضى غيره مع عدم رضاه؛ ولأن النفقة على ابنته لازمة عليه لا على إخوتها؛ لأنه أولى بها وطاعته عليها فرض، بخلاف طاعة الأخ. ويبطل النكاح إن زوجت المرأة نفسها بلا إذن أهلها مع إمكان لولي؛ للشرط في الآية، والنص في الحديث «لا نكاح إلا بولي» ونحوه كثير، وأصرحها «أيما امرأة نكحت بغير إذن وليها فنكاحها باطل فنكاحها باطل فنكاحها باطل فإن دخل بها فلها المهر بما استحل من فرجها فإن اشتجروا فالسلطان ولي من لا ولي له». ولأن عقد النكاح بيد الولي؛ لقوله تعالى (أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ) (البقرة: ٢٣٧). ولا يقصد به الزوج هنا؛ لأن الآية فيمن طلق قبل الدخول ومعلوم أنه بمجرد طلاقه تبين منه زوجته بلا عدة بالنص (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا) (الأحزاب: ٤٩)، فأي عقدة بيده! فالمقصود هنا الولي لا الزوج؛ لأن عقدة النكاح قد خرجت من يد الزوج هنا بالطلاق البائن، فهذا دليل على أن عقدة النكاح في يد الولي، وهم الأهل المأمور بطلب إذنهم.

 تزويج من ليس لها ولي أو تعذر إذنه:

وعند طروء ظروف ضرورية، يجوز للمرأة أن تتزوج بلا إذن أهلها. وذلك في حالة العضل، أو عدم الولي، أو وجوده وعدم إمكان التواصل معهم كأسير عند عدو.
ووليها حينئذ يجوز أن يكون من أرحامها من جهة النسب الأسري، أو من جهة أهل الأم لعموم (وَأُوْلُوا الأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ) (الأنفال: ٧٥). فإن لم يوجد لها ذو رحم، زوجها القاضي لحديث «فالقاضي ولي من لا ولي له». فإن لم يوجد، فأولوا الأمر في المجتمع قياسا على القاضي. ولأن الميسور لا يسقط بالمعسور. فإن لم يوجد كمسلمة مهاجرة في بلاد الكفار زوجت نفسها بشهادة عدلين، لأن الشروط مشروطة إن وجدت، فإن عدمت ولم يتمكن منها سقطت (لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا) (البقرة: ٢٨٦).

Wajib dalam pernikahan adanya keredaan perempuan dan keluarganya. Wajib reda keluarga perempuan berdasarkan firman Allah Ta‘ala: “Maka kahwinkanlah mereka dengan izin keluarga mereka.” (al-Nisā’: 25). Dan maksud izin mereka ialah keredaan mereka. Maka keredaan daripada keluarga adalah wajib kerana ia diperintahkan dalam ayat tersebut dalam bentuk syarat. Maka maknanya ialah: “Jika keluarganya mengizinkan, maka kahwinkanlah mereka”, seperti ucapanmu kepada seseorang yang meminta izin untuk meminjam sesuatu: “Ambillah dengan izin si fulan”, iaitu jika dia mengizinkanmu maka ambillah. Maka ini merupakan syarat. Dan seperti kata para fuqaha: “Seorang anak berjihad dengan izin kedua ibu bapanya”, yakni jika kedua-duanya mengizinkan maka dia berjihad, jika tidak maka tidak. Maka jika keluarga enggan untuk meredai, maka tiada pernikahan. Akan tetapi jika ketidakredaan itu sampai kepada tahap menyusahkan dan menghalang perempuan daripada berkahwin, maka itu merupakan ‘adḥl yang diharamkan, berdasarkan firman Allah Ta‘ala: “Maka janganlah kamu menghalangi mereka daripada berkahwin dengan bakal suami mereka apabila mereka telah saling reda dengan cara yang baik.” (al-Baqarah: 232).

Maka keredaan keluarga adalah syarat, tetapi jika ia sampai kepada perbuatan menghalang (‘adḥl), maka ia dicegah. Dan “meminta izin” (al-isti’dzān) daripada keluarga tidak sama dengan “izin keluarga” (إذن الأهل), kerana yang pertama sekadar memaklumkan kepada keluarga tentang perkahwinan anak perempuan mereka, sedangkan yang kedua ialah mensyaratkan izin mereka, dan tiada izin tanpa keredaan, maka yang dimaksudkan ialah keredaan keluarga. Ini kerana izin itu mengandungi makna persetujuan terhadap pernikahan, dan ia adalah keredaan. Dan yang dimaksudkan “keluarga” ialah para lelaki, kerana begitulah penggunaannya dalam bahasa dan ‘uruf. Maka dikatakan: “Ahl al-mar’ah” (keluarga perempuan) yakni para ‘asabahnya daripada kalangan lelaki. Dan al-Quran diturunkan dengan bahasa Arab yang jelas. Berdasarkan keumuman firman Allah Ta‘ala: “Dan orang-orang yang mempunyai pertalian rahim itu sebahagian mereka lebih berhak terhadap sebahagian yang lain dalam Kitab Allah.” (al-Anfāl: 75). Maka ia merangkumi semua hubungan rahim, dan sebahagian mereka lebih utama daripada sebahagian yang lain sebagaimana ditunjukkan oleh nas. Dan ketua mereka ialah bapa, kerana anak-anak berada di bawah ketaatannya. Dan bapa lebih dekat daripada saudara-saudara lelaki tanpa khilaf, dan kerana itu bapa menggugurkan hak mereka dalam pusaka. Dan nas dalam ayat “dengan izin keluarga mereka (tuan kepada hamba wanita)” membenarkan perkara ini, tidak mengenai selainnya ketika dia tidak reda. Ini kerana nafkah ke atas anak perempuan adalah wajib atas bapa, bukan atas saudara-saudara lelaki perempuan itu, kerana bapa lebih berhak dengannya dan ketaatan kepada bapa adalah wajib, berbeza dengan ketaatan kepada saudara lelaki. Dan pernikahan menjadi batal sekiranya seorang perempuan menikahkan dirinya sendiri tanpa izin keluarganya sedangkan masih ada wali, kerana syarat dalam ayat tersebut, dan berdasarkan hadis: “Tidak ada nikah melainkan dengan wali”, dan seumpamanya banyak, dan yang paling jelas ialah: “Mana-mana perempuan yang menikah tanpa izin walinya maka nikahnya batal, nikahnya batal, nikahnya batal. Jika suaminya telah menyetubuhinya maka baginya mahar kerana apa yang telah dihalalkan daripada farajnya. Dan jika para wali itu berselisih, maka penguasa adalah wali bagi sesiapa yang tiada wali baginya.” Dan kerana akad nikah itu di tangan wali, berdasarkan firman Allah: “Atau orang yang memegang ikatan nikah itu memberi kemaafan.” (al-Baqarah: 237). Yang dimaksudkan bukanlah suami, kerana ayat tersebut mengenai lelaki yang menceraikan isterinya sebelum persetubuhan, dan diketahui bahawa dengan talak tersebut isterinya menjadi terpisah daripadanya tanpa ‘iddah berdasarkan firman Allah: “Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu menikahi perempuan-perempuan mukmin kemudian kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, maka tiada kewajipan ‘iddah atas mereka yang perlu mereka hitung. Maka berilah mereka saguhati dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.” (al-Ahzāb: 49). Maka apakah ikatan nikah yang masih ada di tangannya? Maka yang dimaksudkan dalam ayat ialah wali, bukan suami, kerana ikatan nikah telah keluar daripada tangan suami dengan talak bain. Maka ini merupakan dalil bahawa ikatan nikah berada di tangan wali, dan mereka itulah “keluarga” yang diperintahkan supaya diminta izinnya.

Pernikahan perempuan yang tiada wali atau sukar mendapat izinnya

Dan apabila berlaku keadaan-keadaan darurat, harus bagi seorang perempuan berkahwin tanpa izin keluarganya. Dan demikian itu dalam keadaan ‘adḥl (ketidakadilan keluarga menghalang kahwin), atau ketiadaan wali, atau kewujudan wali tetapi tidak dapat berhubung dengan mereka seperti menjadi tawanan musuh. Dan walinya ketika itu boleh terdiri daripada qarabahnya (Dzu al-Arhām) dari pihak al-Nasab al-Usariy atau dari pihak keluarga ibu, berdasarkan keumuman ayat: “Dan orang-orang yang mempunyai pertalian rahim itu sebahagian mereka lebih berhak terhadap sebahagian yang lain dalam Kitab Allah.” (al-Anfāl: 75). Jika perempuan itu tidak mempunyai seorang pun zu rahim, maka hakim (qadhi) menikahkannya berdasarkan hadis: “Maka hakim adalah wali bagi sesiapa yang tiada wali baginya.” Jika tiada hakim, maka mereka yang memegang urusan masyarakat menggantikan kedudukan hakim dengan qiyas. Kerana sesuatu yang mampu  dilaksanakan (al-Maysur) tidak gugur kerana al-Ma’sur. Maka jika tiada siapa pun, seperti perempuan Muslimah yang berhijrah di negeri kafir, dia menikahkan dirinya sendiri dengan persaksian dua orang lelaki yang adil, kerana syarat-syarat itu disyaratkan apabila wujud, maka jika ia hilang dan tidak dapat dipenuhi, ia gugur, berdasarkan firman Allah: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (al-Baqarah: 286).

  1. Susunan Kedudukan Anak Lelaki Dalam Tertib ʿaṣabah Bagi Yang Mengatakan Dia Adalah Wali.

Terdapat tiga pendapat, iaitu:

  1. Mendahulukan al-Abuwwah secara mutlak ke atas al-Bunuwwah secara mutlak. Maka bapa (الأب) dan bapanya (datuk/وأبوه) selagi ke atas didahulukan daripada anak (الابن) dan cucunya (وابنه) selagi ke bawah. Inilah pandangan mazhab Syafi‘eyyah, Hanabilah, Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani dan Malikiyyah jika wanita itu di bawah hijr bapanya (seorang wanita Mujbarah).
  2. Mendahulukan anak secara mutlak ke atas bapa secara mutlak.
    Ini adalah pendapat berlawanan dengan yang pertama. Inilah pandangan Hanafiyyah kecuali Muhammad bin al-Hasan, dan Malikiyyah jika wanita itu di bawah hijr bapanya (seorang wanita Mujbarah).
  3. Menyamakan kedudukan anak dan bapa pada satu darjat. Inilah pandangan sebahagian al-Hanabilah. Tertib al-Masyhur mazhab Hambali mendahulukan bapa, datuk dan ke atas, setelah itu anak, cucu dan ke bawah. (al-Wilayah fi al-Nikah 2/767-77)  

Terdapat dua riwayat lain daripada al-Imam Ahmad — rahimahullah — namun ia tidak keluar daripada lingkungan tiga pendapat di atas, iaitu:

  1. Mendahulukan anak ke atas datuk dan ke atas sahaja. (al-Wilayah fi al-Nikah 2/95)
  2. Menyamakan kedudukan datuk dengan cucu lelaki, dan riwayat ini adalah Takhrij daripada pendapat yang menyamakan kedudukan bapa dengan anak lelaki. Sebahagian Hanabilah menjadikannya sebagai takhrij berdasarkan riwayat yang menyamakan kedudukan saudara lelaki dan datuk.

 



[1]       ((تهذيب اللغة)) للأزهري (15/323)، ((لسان العرب)) لابن منظور (15/407، 411).

[2]       ((المبسوط)) للسرخسي (4/196).

[3] Mazhab Maliki dan Syafi‘i berpendapat wali merupakan salah satu rukun nikah,
manakala mazhab Hanbali berpendapat wali adalah salah satu syarat sah nikah.

[4]       ((مختصر خليل)) (ص 96)، ((الشرح الكبير)) للدردير (2/220).

[5]       ((روضة الطالبين)) للنووي (7/50)، ((تحفة المحتاج)) لابن حجر الهيتمي (7/217).

[6]       ((الإقناع)) للحجاوي (3/171)، ((كشاف القناع)) للبهوتي (5/48).

[7] Ibn al-Mundzir berkata:

عن الشعبي أن عمر وعليا وابن مسعود وشريحا كانوا لا يجيزون النكاح إلا بولي. وبه قال سعيد بن المسيب، والحسن البصري، وعمر بن عبد العزيز، وجابر بن زيد، وقتادة، وسفيان الثوري، وابن أبي ليلى، وابن شبرمة، وابن المبارك، والشافعي رحمه الله، وعبيد الله بن الحسن، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه، والقاسم بن سلام.... والأخبار الثابتة عن رسول الله ﷺ وأصحابه، ولا نعلم أن أحدا من أصحاب رسول الله ثبت عنه خلاف ما قلنا، وإذا ثبت الشيء بكتاب الله وسنن رسول الله لم يجز تركه لشيء.

“Diriwayatkan daripada al-Sya’bi bahawa ‘Umar, ‘Ali, Ibn Mas‘ud dan Syuraih tidak membenarkan pernikahan kecuali dengan adanya wali. Pendapat ini juga dikatakan oleh Sa‘id bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri, ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, Jabir bin Zayd, Qatadah, Sufyan al-Thawri, Ibn Abi Layla, Ibn Shubruma, Ibn al-Mubarak, al-Syafi‘i rahimahullah, ‘Ubaydullah bin al-Hasan, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawayh, dan al-Qasim bin Salam. Dan (demikian juga) hadis-hadis yang sahih daripada Rasulullah dan para sahabatnya mendukung hal tersebut. Kami tidak mengetahui adanya seorangpun daripada sahabat Rasulullah yang diriwayatkan secara sahih menyalahi apa yang kami sebutkan ini.” (كتاب الأوسط من السنن والإجماع والاختلاف 8/264-268)

Beliau juga berkata:

وقد اختلف أهل العلم في النكاح بغير الولي، فقال كثير من أهل العلملا نكاح إلا بولي. وروي هذا القول عن عمر بن الخطاب، وعلي بن أبي طالب ﵄ وعبد الله بن مسعود، وعبد الله بن عباس، وأبي هريرة

“Ulama berbeza pendapat tentang hukum pernikahan tanpa wali. Ramai di antara mereka berpendapat bahawa tidak sah nikah kecuali dengan wali, dan pendapat ini diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khattab, ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهما, ‘Abdullah bin Mas‘ud, ‘Abdullah bin ‘Abbas, dan Abu Hurairah.” (al-Awsat (8/263)

[8] Berdasarkan susunan yang dinytakan dalam al-Wilayah Fi al-Nikah oleh ‘Iwadh bin Raja’ al-Awfi, 2/73-78

[9] Takhrīj:

  1. al-Ṭaḥāwī, Sharḥ Ma‘ānī al-Āthār (3/11–12)
    Nikāḥ, Bāb al-Nikāḥ bi-ghayri Walī ‘Aṣabah.
  2. Aḥmad (16/162 – tartīb al-Musnad oleh al-Sā‘ātī)
    Nikāḥ, Bāb mā Jā’a fī Inkāḥ al-Ibn Ummāh.
    Dan dalam Kitāb al-Sīrah daripadanya (21/67–69, Bāb mā Jā’a fī Zawājihi bi-Umm Salamah R.A.).
  3. al-Nasā’ī (6/81 – bersama syarahan al-Suyūṭī dan al-Sindī)
    Nikāḥ, Bāb Inkāḥ al-Ibn Ummāh.
  4. Ibn al-Jārūd (hlm. 237 – bersama takhrīj-nya).
  5. al-Ḥākim, al-Mustadrak (2/179 – Nikāḥ), (4/16–17 – Ma‘rifah al-Ṣaḥābah).
  6. al-Bayhaqī (7/131)
    Nikāḥ, Bāb al-Ibn Yuzawwiju-hā Idhā Kāna ‘Aṣabah Lahā bi-Ghayr al-Bunūwah.
  7. al-Ṭabaqāt al-Kubrā li-Ibn Sa‘d (8/89–90).

[10] Lihat Zād al-Maʿād karya Ibn al-Qayyim (1/107–108), Jalā’ al-Afhām juga karya beliau (hal. 147), Tuḥfat al-Muḥtāj (7/248), dan Nihāyat al-Muḥtāj (6/232).

[11] Khabar ini masyhur disebut dalam kitab-kitab Hanafiyyah dengan lafaz ini daripada ‘Ali RA secara mawqūf kepadanya, dan juga secara marfū‘ kepada Nabi . Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Takhrīj Aḥādīth al-Hidāyah: “Hadis al-nikāḥ ilā al-‘aṣabāt”, aku tidak menemukannya.” Al-Zayla‘ī membiarkannya tanpa memberikan takhrij (وبيّض له الزيلعي) dalam Naṣb al-Rāyah. Ahmad Shalabi berkata dalam ḥāshiyahnya ke atas Tabyīn al-Ḥaqā’iq: “Tidak diriwayatkan oleh seorang pun daripada al-jamā‘ah dan ia tidak thabit.”

Ibn Qudāmah dalam al-Mughnī dan selainnya daripada kalangan Hanabilah telah menyebut yang seumpamanya secara mawqūf daripada ‘Ali RA dengan lafaz: إذا بلغ النساء نصّ الحقائق فالعصبة أولى إذا أدركن “Apabila para wanita telah mencapai naṣṣ al-ḥaqā’iq, maka para ‘aṣabah lebih berhak apabila mereka telah mencapai usia itu.” Athar ini telah dikemukakan oleh al-Bayhaqi dengan sanadnya kepada Mu‘āwiyah bin Suwayd (iaitu Ibn Muqarrin al-Muzani), katanya: “Aku dapati dalam kitab ayahku, daripada ‘Ali RA bahawa beliau berkata: إذا بلغ النِّساء نصّ الحقائق فالعصبة أولى، ومن شهد فليشفع بخير Apabila para wanita telah mencapai naṣṣ al-ḥaqā’iq, maka para ‘aṣabah lebih berhak (menguruskan urusan pernikahan), dan sesiapa yang hadir hendaklah memberi syafaat (nasihat) yang baik.” Kemudian beliau meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abū ‘Ubayd — iaitu al-Qāsim bin Sallām — katanya: “Sebahagian mereka mengatakan al-ḥiqāq (الحقاق), ia berasal daripada al-muḥāqqah (المحاقّة), yakni pertengkaran atau perselisihan (المخاصمة), iaitu apabila seorang ibu berdebat dengan para ‘aṣabah mengenai anak perempuan itu. Maka naṣṣ al-ḥiqāq sebenarnya merujuk kepada baligh (الإدراك), kerana itulah penghujung usia kecil (لأنَّه منتهى الصغر). Maka apabila para wanita telah mencapai usia tersebut, maka para ‘aṣabah lebih berhak ke atas wanita itu daripada ibunya, jika mereka adalah mahram, dan (lebih berhak) juga untuk mengahwinkan mereka jika mereka (para wali) menghendakinya. Katanya: “Dan ini menjelaskan kepadamu bahawa para ‘aṣabah dan para wali selain bapa tidak berhak mengahwinkan anak yatim sebelum dia baligh. Jika mereka mempunyai hak itu, nescaya mereka tidak akan menunggu sampai naṣṣ al-ḥaqā’iq.” Katanya: “Dan sesiapa yang meriwayatkannya dengan lafaz naṣṣ al-ḥaqā’iq maka yang dimaksudkan ialah jama‘ (kata jamak) bagi ḥaqīqah.” Tamat. Ibn al-Athir berkata dalam al-Nihāyah: “Asal perkataan al-naṣṣ ialah penghujung sesuatu perkara dan batas akhirnya. Kemudian ia dinamakan bagi satu jenis perjalanan yang cepat. Dan termasuk daripadanya ialah hadis ‘Ali: “Apabila para wanita mencapai naṣṣ al-ḥaqā’iq, maka para ‘aṣabah lebih berhak.” Yakni apabila seseorang wanita mencapai usia baligh yang sempurna, yang layak baginya untuk membela diri dan berhujah bagi pihak dirinya, maka para ‘aṣabahnya lebih berhak ke atasnya daripada ibunya.

 


Cetak  
Wallahu a'lam