SDI 1904: Baki Cerai

Soalan:

Ustaz, jika seorang suami menceraikan isterinya, kemudian merujuk semula dengan siisteri setelah habis iddah, berapa baki cerai yang berbaki?

Jawapan:

Jika seorang suami menceraikan isterinya dengan satu talak, kemudian dia rujuk kembali kepadanya, maka si isteri kembali kepadanya dengan baki jumlah talak yang masih tinggal. Ini adalah ijmak (kesepakatan ulama).

Begitu juga, jika seorang suami menceraikan isterinya dan habis tempoh idah siisteri, kemudian sisuami menikahinya semula. Maka isteri itu juga kembali dengan baki jumlah talak yang masih ada dengan ijmak para ulama.

Jika seorang suami menceraikan isterinya lalu berpisah dengan bainunah sughra, kemudian isteri itu menikah dengan lelaki lain, dan selepas itu kembali kepada suami pertamanya. Maka isteri itu juga kembali dengan baki talak yang tinggal — menurut pendapat yang sahih (الصحيح), kerana perkahwinan dengan suami kedua tidak menghapuskan baki talak. Pendapat ini berbeza dengan pendapat Abu Hanifah.

Maka, inilah tiga permasalahan.

Adapun jika perpisahan itu bainunah kubra (talak tiga), kemudian sisuami menikahi isterinya semula setelah isteri itu menikah dengan suami lain dan diceraikan. Maka baki talaknya telah habis, dan dia memulakan bilangan talak yang baru.


Cetak  
Wallahu a'lam