SDI 1799: Menuturkan Lafaz Cerai Tanpa Niat Cerai

Fiqh Munakahat Jumlah paparan: 19

Soalan:

Saya terlintas dalam hati, kalau ulang solat kerana was-was, jatuh satu talak. Tetapi perkara itu satu tidak mahu. Lalu saya berkata: “Aku tak nak ceraikan isteri aku!” Apakah jatuh cerai kerana saya ada menggunakan perkataan cerai?

Jawapan:

  1. Setiap perkara yang terlintas dalam hati ia datang diluar kawalan manusia. Kerana itu ia tidak dijadikan ukuran, selagi ia tidak dituturkan pada lidah bagi tujuan mengiyakannya. Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ تَجاوَزَ عَنْ أُمَّتي ما حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسُها ما لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ

“Sesungguhnya Allah telah memaafkan umatku terhadap apa yang dibisikkan oleh diri mereka, selagi mereka tidak melakukan apa yang dibisik dalam diri mereka it atau mengucapkannya. (HR al-Bukhari dan Muslim)

  1. Menggunakan lafaz cerai dalam sesuatu ayat, bergantung kepada maksud yang dikehendaki. Jika maksud ayat yang diucapkan merupakan penafian kepada cerai, maka tidak berlaku cerai tanpa sebarang keraguan.
Cetak
Wallahu a'lam