SDI 1797: Hukum Terima Manfaat Insuran Tidak Patuh Syariah Dari Majikan

Fiqh Muamalat Jumlah paparan: 68

Soalan:

Kami sekumpulan pekerja di sebuah syarikat. Pihak pengurusan syarikat menyediakan insurans hayat untuk para pekerjanya sebagai satu keistimewaan untuk mereka, dan syarikat akan menanggung semua bayaran dan yuran tanpa sebarang tanggungan kewangan ke atas pekerja. Kami mohon penjelasan hukum syarak berkaitan insurans ini dan apakah implikasinya kepada pekerja yang menerima manfaat daripada insurans tersebut?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Kontrak insurans perdagangan adalah kontrak yang diharamkan dalam semua bentuk dan rupanya kerana mengandungi unsur gharar (ketidakpastian), perjudian, dan pengambilan harta orang lain secara batil. Oleh itu, hukumnya haram mewujudkan kontrak ini jika pekerja mempunyai pilihan.

Namun, jika syarikat menginsuranskan semua pekerja dengan menggunakan dana syarikat sendiri tanpa memotong sebarang bahagian daripada gaji pekerja, maka tidak menjadi kesalahan bagi pekerja atau warisnya untuk mengambil manfaat daripada wang insurans yang diberikan kepada mereka. Wallahu a‘lam.

-------- Teks asal fatwa Jordan (https://www.aliftaa.jo/research-fatwas/1915/ : dilihat pada 11/6/2025; 8:39 am) ------

 

السؤال: نحن مجموعة من موظفي إحدى الشركات، ستقوم إدارة الشركة بعمل تأمين على الحياة لموظفيها كميزة للموظفين، وتتحمل الشركة الاشتراكات والرسوم كافة، ولا يتحمل الموظف أي التزامات مالية، نرجو بيان الحكم الشرعي لهذا التأمين، وما يلحق الموظف المستفيد من هذا التأمين؟

الجواب: الحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله عقود التأمين التجاري عقود محرمة بصورها وأشكالها كافة؛ لما فيها من غرر ومقامرة وأكل لأموال الناس بالباطل، فيحرم إنشاء هذه العقود إذا كان الخيار متاحاً للموظف. أما إذا كانت الشركة تؤمن جميع الموظفين من أموالها ودون اقتطاع أي جزء من رواتب الموظفين، فلا حرج على الموظف أو ورثته حينئذ أن ينتفعوا بأموال التأمين المدفوعة إليهم، والله تعالى أعلم.

 

Cetak
Wallahu a'lam