Soalan ini dijawab oleh Fadhilatul Dr. Fadhl Murad, Profesor Fiqh dan Isu-isu Kontemporari di Universiti Qatar, beliau berkata:
الاستثمار في هذه الصناديق التي فيها حلال وحرام لا يجوز، والذي نفتي به حرمة الدخول في الشركات المختلطة والصناديق المختلطة والاسهم المختلطة التي فيها حلال وحرام، فلا يجوز لأحد أن يخلط ماله بالحرام متعمداً، ومن دخل هذه الشركات متعمداً مع علمه بذلك، فهو اتم ويجب عليه الخروج منها.
“Melabur dalam dana-dana yang mengandungi unsur halal dan haram adalah tidak dibenarkan. Fatwa yang kami keluarkan ialah pengharaman menyertai pelaburan syarikat-syarikat, dana-dana dan saham-saham yang bercampur antara unsur halal dan haram. Maka, tidak boleh bagi seseorang mencampurkan hartanya dengan perkara yang haram secara sengaja. Sesiapa yang menyertai pelaburan syarikat-syarikat seperti ini dengan sengaja serta mengetahui keadaannya, maka dia berdosa dan wajib keluar daripadanya.”