SDI 1872: Masalah Was-was Selepas Buang Air Kecil

Soalan:

Saya seringkali apabila selesai daripada kencing, bila saya perhatikan pada seluar dalam saya, ada beberapa titisan air. Perkara ini menimbulkan was was apakah air itu adalah saki baki air kencing saya? Perkara ini benar-benar mendatangkan kebingungan pada saya. Mohon bimbingan dari ustaz.

Jawapan:

Pertama: Perhatikan firman Allah Ta‘ala:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dan Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan” {Al-Hajj: 78}.

Kedua: Kewajipan bagi seorang muslim apabila selesai menunaikan hajatnya ialah membersihkan tempat keluar najis dari najis yang ada. Oleh itu, apabila selesai kencing, basuhlah tempat keluar najis dan jangan memberatkan diri untuk mengeluarkan apa yang disangka masih ada di dalam saluran air kencing. Ini kerana zakar itu seperti kantung susu: jika dibiarkan, ia akan tetap, jika diperah, ia akan mengalir.

Pernah ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH dalam Majmu’ al-Fatawa 21/104-107, berkaitan tindakan seseorang selepas membuang air kecil dengan berdiri, berjalan, berdehem, menyental dengan batu (istijmar), melakukan sedikit pergerakan lalu-lalang dan seumpamanya bagi mengelakkan saki baki air kencing keluar selepas itu. Adakah hal ini dilakukan oleh para salaf رضي الله عنهم, atau ia suatu bid‘ah, atau ia mubah?

Beliau RH menjawab:

الْحَمْدُ لِلَّهِ، التَّنَحْنُحُ بَعْدَ الْبَوْلِ وَالْمَشْيُ وَالطَّفْرُ إلَى فَوْقٍ وَالصُّعُودُ فِي السُّلَّمِ وَالتَّعَلُّقُ فِي الْحَبْلِ وَتَفْتِيشُ الذَّكَرِ بِإِسَالَتِهِ وَغَيْرُ ذَلِكَ: كُلُّ ذَلِكَ بِدْعَةٌ لَيْسَ بِوَاجِبِ وَلَا مُسْتَحَبٍّ عِنْدَ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ بَلْ وَكَذَلِكَ نَتْرُ الذَّكَرِ بِدْعَةٌ عَلَى الصَّحِيحِ لَمْ يُشَرِّعْ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ. وَكَذَلِكَ سَلْتُ الْبَوْلِ بِدْعَةٌ لَمْ يُشَرِّعْ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ. وَالْحَدِيثُ الْمَرْوِيُّ فِي ذَلِكَ ضَعِيفٌ لَا أَصْلَ لَهُ وَالْبَوْلُ يَخْرُجُ بِطَبْعِهِ وَإِذَا فَرَغَ انْقَطَعَ بِطَبْعِهِ وَهُوَ كَمَا قِيلَ: كَالضَّرْعِ إنْ تَرَكْته قَرَّ وَإِنْ حَلَبْته دَرَّ. وَكُلَّمَا فَتَحَ الْإِنْسَانُ ذَكَرَهُ فَقَدْ يَخْرُجُ مِنْهُ وَلَوْ تَرَكَهُ لَمْ يَخْرُجْ مِنْهُ. وَقَدْ يُخَيَّلُ إلَيْهِ أَنَّهُ خَرَجَ مِنْهُ وَهُوَ وَسْوَاسٌ وَقَدْ يُحِسُّ مَنْ يَجِدُهُ بَرْدًا لِمُلَاقَاةِ رَأْسِ الذَّكَرِ فَيَظُنُّ أَنَّهُ خَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَمْ يَخْرُجْ. وَالْبَوْلُ يَكُونُ وَاقِفًا مَحْبُوسًا فِي رَأْسِ الْإِحْلِيلِ لَا يَقْطُرُ فَإِذَا عَصَرَ الذَّكَرَ أَوْ الْفَرْجَ أَوْ الثُّقْبَ بِحَجَرِ أَوْ أُصْبُعٍ أَوْ غَيْرِ ذَلِكَ خَرَجَتْ الرُّطُوبَةُ فَهَذَا أَيْضًا بِدْعَةٌ وَذَلِكَ الْبَوْلُ الْوَاقِفُ لَا يَحْتَاجُ إلَى إخْرَاجٍ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ لَا بِحَجَرِ وَلَا أُصْبُعٍ وَلَا غَيْرِ ذَلِكَ بَلْ كُلَّمَا أَخْرَجَهُ جَاءَ غَيْرُهُ فَإِنَّهُ يَرْشَحُ دَائِمًا. وَالِاسْتِجْمَارُ بِالْحَجَرِ كَافٍ لَا يَحْتَاجُ إلَى غَسْلِ الذَّكَرِ بِالْمَاءِ وَيُسْتَحَبُّ لِمَنْ اسْتَنْجَى أَنْ يَنْضَحَ عَلَى فَرْجِهِ مَاءً فَإِذَا أَحَسَّ بِرُطُوبَتِهِ قَالَ: هَذَا مِنْ ذَلِكَ الْمَاءِ. وَأَمَّا مَنْ بِهِ سَلَسُ الْبَوْلِ - وَهُوَ أَنْ يَجْرِيَ بِغَيْرِ اخْتِيَارِهِ لَا يَنْقَطِعُ - فَهَذَا يَتَّخِذُ حِفَاظًا يَمْنَعُهُ فَإِنْ كَانَ الْبَوْلُ يَنْقَطِعُ مِقْدَارَ مَا يَتَطَهَّرُ وَيُصَلِّي وَإِلَّا صَلَّى وَإِنْ جَرَى الْبَوْلُ - كَالْمُسْتَحَاضَةِ - تَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ. وَاَللَّهُ أَعْلَمُ.

“Segala puji bagi Allah. Berdehem selepas kencing, berjalan, melompat ke atas, menaiki tangga, bergantung pada tali, memeriksa zakar dengan mengurutnya dan selain daripada itu: semuanya adalah bid‘ah, tidak wajib dilakukan dan tidak juga sunat menurut para imam kaum Muslimin. Demikian juga menggoncang zakar adalah bid‘ah menurut pendapat yang sahih, tidak disyariatkan oleh Rasulullah . Begitu juga memerah kencing adalah bid‘ah, tidak disyariatkan oleh Rasulullah . Hadis yang diriwayatkan tentang hal itu adalah lemah, tidak ada asal baginya. Kencing itu keluar dengan tabi‘inya, apabila selesai ia akan berhenti dengan tabi‘inya. Ia sebagaimana dikatakan: “Seperti kantung susu, jika engkau biarkan ia akan tetap, dan jika engkau perah ia akan mengalir.” Setiap kali seseorang membuka zakarnya maka mungkin keluar sesuatu daripadanya, dan jika ia membiarkannya maka tidak keluar daripadanya. Kadang-kadang terbayang kepadanya bahawa ada yang keluar dari zakarnya, padahal itu hanyalah waswas. Kadang-kala ia merasakan dingin kerana terkena sesuatu dengan kepala zakar, lalu ia menyangka ada sesuatu keluar daripadanya, padahal tidak keluar apa pun. Dan kencing itu berada dalam keadaan berhenti dan tertahan di kepala saluran, tidak menitis. Maka apabila ia memerah zakar atau kemaluan atau lubang dengan batu atau jari atau selainnya, keluar cecair lembapan, maka ini juga bid‘ah. Demikianlah air kencing yang berhenti itu tidak perlu dikeluarkan dengan sepakat ulama, tidak perlu dikeluarkan dengan batu, dengan jari, dan tidak dengan selainnya. Bahkan setiap kali seseorang berusaha keluarkannya maka akan datang yang lainnya, kerana ia akan selalu meresap. Jika beristinja’ dengan istijmar atau menggunakan batu, ia sudah memadai, tidak wajib lagi membasuh zakar dengan air. Cuma disunatkan bagi orang yang beristinja’ agar memercikkan air pada kemaluannya, maka apabila ia merasa ada kelembapan, ia berkata: “rasa lembab itu adalah dari air tersebut.” Adapun orang yang terkena salas al-baul (iaitu kencing tidak lawas), maka ia hendaklah menggunakan sesuatu pelapik yang dapat menahannya. Jika kencing itu berhenti dalam kadar waktu yang cukup untuk bersuci dan solat, maka ia menunggu lalu bersolat. Jika tidak, maka hendaklah ia tetap solat sekalipun kencing itu terus mengalir, sebagaimana wanita istihadhah: dia berwuduk untuk setiap solat. Dan Allah lebih mengetahui.”

Kata al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ 2/112:

يُسْتَحَبُّ أَنْ يَأْخُذَ حَفْنَةً مِنْ مَاءٍ فَيَنْضَحَ بِهَا فَرْجَهُ وَدَاخِلَ سَرَاوِيلِهِ أَوْ إزَارِهِ بَعْدَ الِاسْتِنْجَاءِ دَفْعًا لِلْوَسْوَاسِ

“Disunatkan mengambil segenggam air lalu memercikkannya pada kemaluannya dan bahagian dalam seluar atau kain sarungnya setelah istinja’ untuk menolak waswas.” Tamat.

Ketiga: Tidak melayan sebarang was-was yang datang, berupa was was tentang keluarnya sebahagian air kencing, kerana berterusan dalam waswas itu membawa mudarat pada agama dan dunia. Sebaik-baik ubat bagi was was ialah berpaling daripadanya, sebagaimana dijelaskan oleh beberapa ulama. Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra 1/149 pernah ditanya tentang penyakit was-was, adakah baginya ubat? Maka beliau menjawab:

لَهُ دَوَاءٌ نَافِعٌ وَهُوَ الْإِعْرَاضُ عَنْهَا جُمْلَةً كَافِيَةً. وَإِنْ كَانَ فِي النَّفْسِ مِنْ التَّرَدُّدِ مَا كَانَ - فَإِنَّهُ مَتَى لَمْ يَلْتَفِتْ لِذَلِكَ لَمْ يَثْبُتْ بَلْ يَذْهَبُ بَعْدَ زَمَنٍ قَلِيلٍ كَمَا جَرَّبَ ذَلِكَ الْمُوَفَّقُونَ، وَأَمَّا مَنْ أَصْغَى إلَيْهَا وَعَمِلَ بِقَضِيَّتِهَا فَإِنَّهَا لَا تَزَالُ تَزْدَادُ بِهِ حَتَّى تُخْرِجَهُ إلَى حَيِّزِ الْمَجَانِينِ بَلْ وَأَقْبَحَ مِنْهُمْ، كَمَا شَاهَدْنَاهُ فِي كَثِيرِينَ مِمَّنْ اُبْتُلُوا بِهَا وَأَصْغَوْا إلَيْهَا وَإِلَى شَيْطَانِهَا الَّذِي جَاءَ التَّنْبِيهُ عَلَيْهِ مِنْهُ ﷺ بِقَوْلِهِ: «اتَّقُوا وَسْوَاسَ الْمَاءِ الَّذِي يُقَالُ لَهُ الْوَلْهَانُ

“Baginya ada ubat yang bermanfaat, iaitu berpaling daripadanya secara keseluruhan, dan meskipun dalam jiwa ada keraguan, biarkanlah, kerana apabila ia tidak dipedulikan maka ia tidak akan menetap, bahkan ia akan hilang setelah masa yang singkat, sebagaimana telah dialami oleh orang-orang yang mendapat taufik. Adapun orang yang melayan was-was itu dan melaksanakan tuntutannya, maka was-was itu akan terus bertambah kuat hingga mengeluarkannya dari orang waras ke tahap kumpulan orang gila, bahkan lebih buruk daripada mereka, sebagaimana telah kami saksikan pada ramai orang yang terkena ujian was-was ini dan menurutinya serta menurut bisikan syaitan yang telah diingatkan oleh Nabi dengan sabdanya: “Berhati-hatilah dengan was-was air yang disebut sebagai al-Walhān.” Tamat.


Cetak  
Wallahu a'lam