SDI 1836: Kadar Memanjangkan Rukun Pendek Solat Yang Dilarang

Soalan:

Ustaz, apa kadar panjang yang ditegah bagi rukun pendek dalam solat di sisi ulama mazhab Syafi‘e?

Jawapan:

Dua rukun pendek dalam solat menurut mazhab al-Syafi‘e ialah;

(1) I'tidāl (berdiri selepas rukuk), dan

(2) Duduk antara dua sujud

Penentu atau dhabith perbuatan memanjangkan dua rukun pendek yang dilarang, berdasarkan perkataan al-Bujayrami dalam Hāsyiyah-nya ke atas al-Iqnā’:

قَوْلُهُ: (وَيَجِبُ أَنْ لَا يُطَوِّلَهُ) أَيْ الْجُلُوسَ بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ، فَإِنْ طَوَّلَ أَحَدَهُمَا فَوْقَ ذِكْرِهِ الْمَشْرُوعِ فِيهِ قَدْرَ الْفَاتِحَةِ فِي الِاعْتِدَالِ وَقَدْرَ أَقَلِّ التَّشَهُّدِ فِي الْجُلُوسِ عَامِدًا عَالِمًا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ. اهـ. ابْنُ حَجَرٍ وَقَرَّرَهُ شَيْخُنَا الْحَفْنَاوِيُّ وَالْعَشْمَاوِيُّ

Kata penulis al-Iqna': “(Dan wajib tidak memanjangkannya)”, yakni duduk antara dua sujud. Jika seseorang memanjangkan salah satu daripada keduanya (I’tidal dan duduk antara dua sujud) melebihi zikir yang disyariatkan padanya, iaitu pada kadar bacaan al-Fātiah dalam i‘tidāl, dan pada kadar minimum tasyahhud, dengan sengaja dan dalam keadaan mengetahui, maka batal solatnya.” Ibnu ajar menukilkan perkataan ini dan diakui oleh guru kami al-afnāwī dan al-‘Ashmāwī.” (Tufah al-abīb ‘alā Shar al-Khaīb, 2/38).


Cetak  
Wallahu a'lam