SDI 1826: Qunut Nazilah Tidak Termasuk Sunat Ab'adhd

Soalan:

Jika tertinggal qunut nazilah apakah perlu sujud sahwi seperti tertinggal qunut Subuh?

Jawapan:

Qunūt Nāzilah Tidak Termasuk Sunat Ab'adhd (الأبعاض). Oleh itu tidak perlu sujud Sahwi jika tertinggal. Kata al-Khaīb al-Syarbīnī رحمه الله:

(و) الثَّانِي الْقُنُوت (فِي) ثَانِيَة (الصُّبْح) كُله أَو بعضه وَمحل الِاقْتِصَار على الصُّبْح من بَقِيَّة الصَّلَوَات الْخمس فِي حَال الْأَمْن، فَإِن نزل بِالْمُسْلِمين نازلة لَا نزلت اسْتحبَّ فِي سَائِر الصَّلَوَات وَلَكِن لَيْسَ هَذَا من الأبعاض.


“(Dan) yang kedua ialah qunūt (dalam) rakaat kedua solat Subuh, keseluruhannya atau sebahagiannya. Tempat pengkhususan qunūt hanya pada solat Subuh berbanding solat-solat lima waktu yang lain dalam keadaan aman. Jika berlaku ke atas kaum Muslimin suatu musibah besar (nāzilah), maka disunatkan membaca qunūt dalam semua solat fardu, namun bukanlah ini termasuk dalam ab'adhd (perkara sunat yang menggantikan sujud sahwi jika ditinggalkan)." (Al-Iqnā‘ fī
all Alfā Abī Shujā’, 1/141)

Berkata al-Bujayramī dalam Hāsyiah-nya ke atas al-Iqnā’, Tufah al-abīb ‘alā Shar al-Khaīb:

قَوْلُهُ: (نَازِلَةٌ) كَوَبَاءٍ وَقَحْطٍ، وَمِنْهُ الطَّعْنُ وَالطَّاعُونُ وَلَا يُشْكِلُ عَلَى الدُّعَاءِ بِرَفْعِ ذَلِكَ كَوْنُهُ شَهَادَةً لِأَنَّ الشَّهَادَةَ لَا تَنْحَصِرُ فِي ذَلِكَ لِأَنَّ أَسْبَابَ الشَّهَادَةِ كَثِيرَةٌ اهـ م د عَلَى التَّحْرِيرِ. قَوْلُهُ: (لَا نَزَلَتْ) جُمْلَةٌ دُعَائِيَّةٌ بِرَفْعِ النَّازِلَةِ. قَوْلُهُ: (اُسْتُحِبَّ فِي سَائِرِ الصَّلَوَاتِ) وَيَجْهَرُ بِهِ الْإِمَامُ فِي الْجَهْرِيَّةِ وَالسِّرِّيَّةِ وَالْمُؤَدَّاةِ وَالْمَقْضِيَّةِ، وَيُسِرُّ بِهِ الْمُنْفَرِدُ مُطْلَقًا كَقُنُوتِ الصُّبْحِ. وَخَرَجَ بِالْمَكْتُوبَةِ النَّفَلُ وَالنَّذْرُ وَصَلَاةُ الْجِنَازَةِ فَلَا يُسَنُّ الْقُنُوتُ لِلنَّازِلَةِ فِيهَا اهـ م د عَلَى التَّحْرِيرِ.

“Kata al-Khatib: (Nāzilah), iaitu seperti wabak dan kemarau, dan termasuk daripadanya ialah tha’n dan taun. Tidak menjadi masalah berdoa agar diangkat musibah tersebut sekalipun ia adalah syahadah (mati syahid), kerana syahadah (mati syahid) tidak terhad kepada itu sahaja, kerana sebab-sebab syahadah itu banyak.” Tamat nukilan daripada al-Madabighi dari Hasyiah al-Madabighi ‘Ala Syarh al-Tarīr. Kata al-Khatib: (Lā nazalat), adalah satu ungkapan doa agar musibah tersebut diangkat. Kata al-Khatib: (Disunatkan dalam semua solat), dan imam menjaharkan bacaan qunut dalam solat jahr dan sirr, sama ada solat secara tunai ataupun qadha, dan orang yang bersolat sendirian membacanya dengan sirr secara mutlak seperti qunut Subuh. Dan terkecuali dari solat fardu ialah solat sunat, solat nazar, dan solat jenazah, di  manatidak disunatkan qunut nazilah dalam solat-solat ini.” Tamat nukilan daripada al-Madabighi dari Hasyiah al-Madabighi ‘Ala Syarh al-Tarīr.” (Tufah al-abīb ‘alā Shar al-Khaīb, jilid 2, halaman 54)

 


Cetak  
Wallahu a'lam