SDI 1820: Jarak Musafir Di Sisi Mazhab Syafi'e

Soalan:

Apakah jarak yang membolehkan solat qasar dan jamak bagi mazhab Syafie?

Jawapan:

Musafir adalah sebab yang membolehkan qasar dan jamak. Jarak perjalanan dikira selepas melepasi kawasan bangunan terakhir yang berpenghuni di bandar tempat tinggal, bukan dari rumah anda sendiri, jika bandar itu tidak berpagar.

Jaraknya permusafir yang dibenarkan qasar dan jamak dianggarkan 16 farsakh = 48 mil.

Imam al-Nawawi menganggarkan 1 mil = 6,000 hasta. Manakala Al-Hafiz Ibn ‘Abd al-Barr menganggarkan 1 mil = 3,500 hasta.

Oleh itu, jika kita mengambil kira anggaran al-Imam al-Nawawi, maka jarak yang membolehkan qasar ialah antara 140 hingga 144 kilometer. Manakala jika kita mengambil kira anggaran Ibn ‘Abd al-Barr, yang menjadi pilihan sebilangan ulama mazhab Syafi‘e, maka jaraknya ialah 84 kilometer, sebagaimana yang disebut dalam banyak kitab dan syuruh mazhab Syafi‘e.

Para ulama juga menyatakan jarak ini adalah untuk perjalanan sehala sahaja, bukan pergi dan balik.


Cetak  
Wallahu a'lam