Dr. Fadhl Abdullah Murad
Penterjemah dengan sedikit olahan semula: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Sumber: https://www.fiqhaleasr.com/9268 (dilihat pada 18/7/2025; 10:11am)
Soalan:
Adakah boleh seorang isteri memberikan zakat emasnya kepada suaminya?
Jawapan:
Dibolehkan bagi seorang isteri berbuat demikian; kerana seorang isteri tidak diwajibkan menanggung nafkah suaminya[1]. Adapun suami, maka tidak dibolehkan memberi zakatnya kepada isteri[2]; kerana nafkah isteri adalah satu kewajipan ke atas suami. Ibn al-Mundzir telah menukilkan ijmak bahawa zakat tidak boleh diberikan kepada isteri, juga tidak diberikan kepada ibu bapa dan anak-anak. Ini merupakan perkara yang telah disepakati, kecuali dalam keadaan si ayah atau anak menanggung hutang, seperti denda dan hutang seumpamanya, maka zakat boleh diberikan kepada mereka.
——— nota kaki ———
[1] Ini adalah mazhab Syafi‘iyah(i), dan ini juga pendapat Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan daripada kalangan ulama mazhab Hanafi(ii), dan satu qaul dalam kalangan ulama mazhab Maliki(iii), serta satu qaul dalam mazhab Hanabilah(iv), dan ia juga dipilih oleh Abu ‘Ubaid al-Qasim ibn Sallam(v), Ibn al-Mundzir(vi), Ibn Hazm(vii), Ibn Qudamah(ix), dan al-Shawkani(xi).
(i) Ibn Hajar al-Haytami berkata:
ويُسنُّ لها أن تُعطِيَ زَوجَها من زكاتِها، ولو بالفَقرِ، وإنْ أنفَقَها عليها
“Disunatkan bagi seorang isteri memberikan zakatnya kepada suaminya, walaupun kerana suami itu miskin, meskipun suaminya itu memberi nafkah kepadanya (isteri).” (Tuhfah al-Muhtaj 7/154). Rujuk juga: Hasyiah al-Jamal ‘ala Sharh al-Manhaj oleh Sulaiman ibn ‘Umar al-Jamal (4/98).
(ii) Tabyin al-Haqa’iq oleh al-Zayla‘i bersama Hasyiah al-Shalabi (1/301), dan Fath al-Qadir oleh al-Kamal ibn al-Humam (2/270).
(iii) Mawahib al-Jalil oleh al-Hattab (3/239), Sharh Mukhtasar Khalil oleh al-Khurashi (2/221).
(iv)Al-Mughni oleh Ibn Qudamah (2/484), Kashshaf al-Qina’ oleh al-Bahuti (2/290).
(v)Abu ‘Ubaid berkata:
(… أنَّ الرجُلَ يُجبَرُ على نفقةِ زَوجَتِه وإنْ كانت موسرةً، وليستْ تُجبَرُ هي على نفقَتِه وإنْ كان معسِرًا؛ فأيُّ اختلافٍ أشدُّ تفاوتًا مِن هذين
“…Lelaki diwajibkan menanggung nafkah isterinya walaupun si isteri itu kaya, dan isteri tidak diwajibkan menanggung nafkah suaminya walaupun suami itu miskin. Maka, tiada lagi perbezaan yang lebih jelas dari perbezaan ini.” (Al-Amwal, hlm. 700)
(vi) Ibn al-Mundzir berkata:
ولا يُعطي المرءُ زوجتَه ولا مملوكَه، وتُعطي المرأةُ زوجَها الفقيرَ
“Seorang lelaki tidak boleh memberi zakat kepada isterinya dan hambanya. Namun seorang wanita boleh memberikan zakat kepada suaminya yang miskin.” (Al-Iqna’ 1/189), Al-Mughni oleh Ibn Qudamah (2/484).
(ix) Ibn Hazm berkata:
تُعطي المرأةُ زوجَها مِن زكاتها: إنْ كان من أهل السِّهامِ، صحَّ عن رسولِ الله صلَّى الله عليه وسلَّم أنَّه أفْتَى زينبَ امرأةَ ابنِ مَسعودٍ؛ إذ أمَر بالصدقةِ فسألتْه: أيَسعُها أن تضَعَ صَدَقَتَها في زوجِها، وفي بني أخٍ لها يتامى، فأخبرَها عليه الصَّلاةُ والسَّلامُ أنَّ لها أجرَينِ: أجْرَ الصَّدَقةِ، وأجْرَ القَرابةِ
“Seorang wanita boleh memberi zakatnya kepada suaminya, jika suaminya layak menerima zakat. Hal ini sahih daripada Rasulullah ﷺ, bahawa baginda telah memberi fatwa kepada Zainab, isteri Ibn Mas‘ud apabila baginda memerintahkan untuk bersedekah, lalu Zainab bertanya: Bolehkah dia memberikan sedekah (zakat) kepada suaminya dan kepada anak-anak saudaranya yang yatim? Maka Nabi ﷺ memberitahu bahawa dia mendapat dua ganjaran (dengan perbuatannya itu): ganjaran sedekah dan ganjaran hubungan kekeluargaan.” (Al-Muhalla 6/152)
(x) Ibn Qudamah berkata:
يَبقى جوازُ الدَّفعِ ثابتًا، والاستدلالُ بهذا أقوى من الاستدلالِ بالنُّصوص؛ لضعْفِ دَلالتِها؛ فإنَّ الحديثَ الأوَّلَ في صدقة التطَوُّع، لقولها: أردْتُ أن أتصدَّقَ بحُليٍّ لي. ولا تجِبُ الصَّدقةُ بالحليِّ، وقولُ النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّم: (زوجُك وولدُك أحقُّ مَن تَصدَّقتْ به عليهم)، والولَدُ لا تُدفَعُ إليه الزَّكاةُ، والحديث الثاني، ليس فيه ذِكْر الزَّوج، وذكر الزَّكاةِ فيه غيرُ محفوظ، قال أحمد: مَن ذكَر الزَّكاةَ فهو عِندي غيرُ محفوظٍ، إنما ذاك صَدقةٌ مِن غيرِ الزَّكاة؛ كذا قال الأعمشُ
“Hukum boleh (seorang isteri) memberi zakat kepada suami tetap kekal, dan dalil ini lebih kuat daripada dalil nas, kerana lemah maknanya. Hadis pertama adalah berkaitan dengan sedekah sunat, berdasarkan kata-kata wanita itu: “Aku ingin bersedekah dengan barang kemas milikku.” Dan sedekah tidak wajib dengan barang kemas. Maka sabdaan Nabi ﷺ: “Suamimu dan anakmu lebih berhak menerima sedekah darimu.” Demikian juga anak tidak boleh diberikan zakat.” Sedangkan hadis kedua tidak menyebut suami, dan sebutan zakat dalamnya tidak terpelihara. Ahmad berkata: “Siapa (periwayat) yang menyebut zakat dalam hadis itu, maka menurutku itu tidak terpelihara; ia adalah sedekah sunat bukan zakat. Demikianlah kata al-A‘mash.” (Al-Mughni 2/485)
(xi) Al-Shawkani berkata:
الظاهِرُ أنَّه يجوز للزَّوجةِ صرْفُ زكاتها إلى زوجها، وأمَّا أوَّلًا فلِعَدمِ المانع من ذلك، ومَن قال: إنَّه لا يجوزُ، فعليه الدَّليل، وأمَّا ثانيًا فلأنَّ تركَ استفصالِه صلَّى الله عليه وسلَّم لها يُنزَّلُ منزلةَ العمومِ، فلمَّا لمْ يستفصِلْها عن الصَّدقةِ؛ هل هي تطوُّعٌ أو واجب؟ فكأنه قال: يُجزِئُ عنك فرْضًا كان أو تطوُّعًا
“Yang zahirnya, harus bagi isteri memberikan zakat kepada suaminya. Pertama, kerana tiada halangan yang melarangnnya. Sesiapa yang mengatakan ia tidak boleh, maka dialah yang perlu membawa dalil. Kedua, kerana Nabi ﷺ tidak memberi penjelasan lanjut kepada wanita itu, dijadikan petunjuk kepada keumuman, (merangkumi sedekah wajib atau sunat).” (Nayl al-Awtar 4/210)
———
[2] Ibn al-Mundzir berkata:
أجْمعوا على أنَّ الرجُلَ لا يُعطِي زوجَتَه من الزَّكاة؛ لأنَّ نفقَتَها عليه، وهي غنيةٌ بغناه
“Telah ijmak ulama bahawa seorang lelaki tidak boleh memberikan zakatnya kepada isterinya; kerana nafkah isteri adalah tanggungjawabnya, dan seorang isteri dianggap kaya dengan kekayaan suaminya.” (Al-Ijma’, hlm. 49)
– Al-Kasani berkata:
لا يجوزُ أن يَدفعَ الرجلُ الزَّكاةَ إلى زوجته بالإجماعِ
“Tidak boleh seorang lelaki memberikan zakat kepada isterinya berdasarkan ijmak.” (Bada’I’ al-Sana’I’ 2/49)
– Ibn Qudamah berkata:
أمَّا الزوجةُ فلا يجوز دفعُ الزَّكاةِ إليها إجماعًا
“Adapun isteri, maka tidak boleh diberikan zakat kepadanya (oleh suaminya) berdasarkan ijmak.” (Al-Mughni 2/484)