SDI 1807: Hukum Puasa Sunat Hari Sabtu

Soalan:

Assalamualaikum Ust. Saya dengar ada larangan puasa hari Sabtu kecuali puasa wajib. Bolehkah puasa sunnat Tasu'a hari Sabtu 4/7 ini? Tkasih

Jawapan:

Boleh puasa sunat hari Sabtu. Hadis larangan puasa sunat hari Sabtu memaksudkan kepada mereka yang berpuasa kerana mengagungkan hari Sabtu. Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam al-Majmu’ 6/439:

يُكْرَهُ إفْرَادُ يَوْمِ السَّبْتِ بِالصَّوْمِ، فَإِنْ صَامَ قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ مَعَهُ لَمْ يُكْرَهُ. صَرَّحَ بِكَرَاهَةِ إفْرَادِهِ أَصْحَابُنَا مِنْهُمْ الدَّارِمِيُّ وَالْبَغَوِيُّ وَالرَّافِعِيُّ وَغَيْرُهُمْ، لِحَدِيثِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ بِضَمِّ الْبَاءِ الْمُوَحَّدَةِ وَالسِّينِ الْمُهْمَلَةِ عَنْ أُخْتِهِ الصَّمَّاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَصُومُوا يَوْمَ السَّبْتِ إلَّا فِيمَا اُفْتُرِضَ عَلَيْكُمْ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ أَحَدُكُمْ إلَّا لِحَاءَ عِنَبَةٍ أَوْ عُودَ شَجَرَةٍ فَلْيَمْضُغْهُ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ وَالْحَاكِمُ وَالْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمْ. وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هُوَ حَدِيثٌ حَسَنٌ. قَالَ: وَمَعْنَى النَّهْيِ أَنْ يَخْتَصَّهُ الرَّجُلُ بِالصِّيَامِ لِأَنَّ الْيَهُودَ يُعَظِّمُونَهُ

“Dimakruhkan hanya berpuasa pada hari Sabtu. Jika seseorang turut sama berpuasa sebelumnya atau selepasnya, tidak dimakruhkan. Telah dinyatakan makruh hanya berpuasa pada hari Sabtu oleh Ashab kami, antaranya al-Dārimī, al-Baghawī, al-Rāfiʿī dan selain mereka, berdasarkan hadis ʿAbd Allāh bin Busr dengan ammah pada huruf bā’ dan sīn muhmalah – daripada saudara wanitanya bernama al-Ṣammā’ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, bahawa Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan pada apa yang difardukan ke atas kamu. Jika salah seorang daripada kamu tidak mendapati makanan melainkan kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia mengunyahnya.” Diriwayatkan oleh Abū Dāwūd, al-Tirmidhī, al-Nasāʾī, Ibn Mājah, al-ākim, al-Bayhaqī dan selain mereka. Al-Tirmidhī berkata: Ia adalah hadis asan. Dia berkata: Maksud larangan ialah seseorang mengkhususkan Sabtu dengan puasa, kerana orang Yahudi juga mengagungkannya.”

 


Cetak  
Wallahu a'lam