SDI 1766: Hukum Sebutan Huruf Yang Salah Dalam Solat Seperti الَّذِينَ Diubah Menjadi الزِّين

Apakah hukum menyebut sebahagian huruf dalam bacaan al-Qur’an tanpa mengeluarkan lidah di tempat yang betul, seperti kebiasaan sebahagian makmum yang membaca “al-lazīna (الزِّين)” menggantikan “al-ladhīn (الَّذِينَ)” dalam surah al-Fatihah? Adakah ia menjejaskan kesahihan solat?

Soalan ini dijawab oleh Fadhilatul Dr. Fadhl Murad, Profesor Fiqh dan Isu-isu Kontemporari di Universiti Qatar, beliau berkata:

إبدال «الراي» «ذالا»، خاصة في الفاتحة لعامة الفقهاء وأكثرهم أن الصلاة لا تصح لأنه لحن جلي، هذا إن كان قادرا على التعلم، أما إن كان جاهلاً ولا يستطيع التعلم، أو لسانه فيه “لدغة” أو شيء لا يستطيع معه إلا أن ينطقها بسبب لسانه مثلاً، ولا يستطيع التعلم وقد جاهد نفسه. فصلاته صحيحة بلا خلاف بين أهل العلم.

“Menukar huruf seperti menyebut "الزِّين" menggantikan "الَّذِينَ", terutama dalam surah al-Fatihah, menurut jumhur (majoriti) ulama adalah menyebabkan solat tidak sah, kerana ia termasuk dalam kategori lahn jali (kesalahan bacaan yang jelas), jika orang itu mampu belajar dan memperbaiki bacaannya. Adapun, jika dia jahil (tidak tahu) dan tidak mampu belajar, atau terdapat kecacatan seperti pelat lidah atau masalah lain yang menghalang daripada menyebut huruf dengan betul walaupun telah berusaha, maka solatnya adalah sah tanpa khilaf di kalangan ulama.”

Beliau menambah:

أما إن كان يمكنه التعلم، فيجب عليه أن يتعلم، ولا يجوز له التفريط، لأن الفاتحة من أركان الصلاة، فيجب أن تنطق حروفها كما هي، وعامة الفقهاء على البطلان، إذا كان عمداً، وكان مستطيعاً للتعلم ولم يتعلم وذهب متأخرو الحنفية إلى أن العوام الذين لا يستطيعون التعلم، ويعم فيهم الجهل وعموم البلوى يغتفر فيهم ذلك لأنه إذا أبطلنا صلاة العامة لأجل إبدال بعض الحروف محل بعض لبطلت صلاة كثير، وهذا أمر عسير جداً

“Sekiranya seseorang itu mampu belajar, maka wajib ke atasnya belajar dan membetulkan bacaan, tidak boleh dia meringankan perkara ini, kerana surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat. Maka huruf-hurufnya wajib disebut dengan betul. Majoriti ulama berpendapat bahawa solat batal jika seseorang itu dengan sengaja dan dalam keadaan mampu belajar, namun tidak belajar untuk memperbetulkan bacaannya. Akan tetapi, menurut pandangan ulama Hanafiyah yang terkemudian, bagi orang awam yang tidak mampu belajar dan tersebar kejahilan dalam kalangan mereka sehingga meluas dan tidak dapat dielakkan, maka keadaan seperti itu diberi kemaafan, kerana jika kita membatalkan solat mereka disebabkan pertukaran beberapa huruf, maka pasti menjadi batal solat ramai orang dan itu akan menjadi satu kesulitan yang besar.”


Cetak  
Wallahu a'lam