SDI 0718: Hukum Korban Binatang Bunting

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 1057
Soalan: 
 
Bolehkah buat korban dgn kambing atau lembu bunting?
 
Jawapan:
 
Harus buat korban dengan binatang ternak yang bunting. Inilah pandangan majoriti ulama, kerana berpandangan bunting tidak termasuk dalam kategori keaiban haiwan. Pandangan ini berbeza dengan pandangan para ulama mazhab syafie yang mengatakan tidak boleh. (alMausuah alFiqhiyyah alKuwaitiah 16/281. Hasyiah Bujairami 'Ala alKhatib 4/335) 
 
al-Syeikh Muhammad bin Ibrahim RH berkata: "Sah korban dengan kambing bunting sepertimana sah dengan kambing yang tidak bunting, apabila bebas dari aib yang dijelaskan (dalam hadis) tentang haiwan korban." (Rasail alSyeikh Muhammad bin Ibrahim 6/146)
Cetak
Wallahu a'lam