SDI 0728: Korban Bagi Jemaah Haji

Soalan: 
 
Salam ustaz, kak tak faham sangat tentang tak boleh potong kuku, rambut dan lain lagi bagi org yg buat korban.
 
Bin Sahak: Tak faham macamana tu?
 
Penyoal: Kak ada baca dan dengar tapi lain2 hukumnya.
 
Bin Sahak:
Hukum larangan adalah larangan makruh bukan haram. Inilah pandangan majoriti ulama. Larangan Nabi tersebut difahami membawa maksud makruh kerana ia adalah hukum yang menuruti satu ibadat yang sunat iaitulah korban.
 
Penyoal: Mula dr bila sampai bila.sama ke hukum tu pd org yg buat hj dgn org yg korban kat malaysia.
 
Bin Sahak:
1) Bermula larangan bila masuk 1 Zulhijjah bagi yang sudah memiliki niat nak berkorban sebelum masuk bulan Zulhijjah.
Bagi yang baru berniat nak buat korban setelah masuk bulan Zulhijjah, contoh raya kedua baru ada niat nak berkorban, maka barulah bermula larangan itu sehinggalah dia menyembelih korbannya.
 
2) Para ulama berbeza pandangan tentang orang buat haji, apakah dituntut kepada mereka melakukan korban ataupun tidak? Ada yang kata telah tiada tuntutan berkorban, ada yang kata wajib ke atas penduduk Mekah yang buat haji. Ada pula yang kata harus. Mazhab alSyafi'ie berpandangan jemaah haji tetap sunat sembelih korban. Jika berdasarkan pandangan ini. Maka ada beberapa keadaan:
 
i) Jika dia laksanakan haji Tamattu', setelah tahallul dari umrah, dia boleh melakukan semua larangan ihram. Makruh baginya memotong rambut jika masih berbaki dan apa-apa bulu di badan demikian juga kuku.
 
ii) Jika dia laksanakan haji Ifrad. Dilarang dia menggunting kuku, rambut dan semua bulu kerana dalam keadaan berihram. Sehinggalah dia tahallul awal pada 10 Zulhijjah. Jika dia lewat melaksanakan korban, makruh pula hukum baginya menggunting rambut, bulu di badan dan kuku kerana berniat korban.
 
iii) Jika haji Qiran, hukum larangan kerana hendak berkorban sama dengan haji ifrad.
 

Cetak  
Wallahu a'lam