Soalan:
Says solat gwehana matahari baru2 ni di masjid alwi. ada jemaah yg masbuk masuk pd waktu imam berdiri kedua dlm rakaat pertama. Setelah itu jemaah tersebut habis bersama imam, tanpa ganti berdiri yg dia terlepas. Apakah sah solat gerhana seperti ini?
Jawapan:
Solat gerhana orang tersebut sah. Ini kerana rukuk kedua dan berdiri membaca al-Fatihah selepasnya adalah sunat, bukan wajib.
Perbezaan berkaitan kaifiat solat gerhana, sama ada dalam satu rakaat ada dua rukuk atau satu rukuk hanyalah dari sudut mana yang lebih sempurna, bukan berkaitan mana yang sah dan tidak.
Para ulama mazhab bersepakatan asal solat sunat termasuk solat gerhana adalah dua rakaat, sama seperti solat-solat sunat yang lain (Asna al-Matalib 1/285 dan Hasyiah al-Jamal 2/106)
Dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah dinyatakan:
وأدنى الكمال عند الأئمة الثلاثة: أن يحرم بنية صلاة الكسوف، ويقرأ فاتحة الكتاب، ثم يركع، ثم يرفع رأسه ويطمئن، ثم يركع ثانيا، ثم يرفع ويطمئن، ثم يسجد سجدتين فهذه ركعة
Maksudnya: "Di sisi imam mazhab yang tiga (kecuali Hanafi yang kata setiap rakaat hanya ada satu rukuk seperti solat sunat yang lain) sempurna yang paling bawah sekali bagi solat gerhana ialah dengan bertakbiratul ihram beserta niat solat gerhana, baca al-Fatihah, rukuk, iktidal dan tomakninah, kemudian rukuk kedua, kemudian iktidal beserta tomakninah, kemudian sujud dua kali. Maka dikira satu rakaat..." (27/256)
Ini bagi tahap sempurna yang paling bawah, bukan tahap minimum untuk dihukum sah. Tahap minimum untuk sah adalah dua rakaat seperti solat-solat sunat yang lain.
Justeru solat jemaah yang masbuk tersebut adalah sah.