SDI 0898: Hukum Semua Daging Korban Dimakan Sesama Anak-Beranak Sahaja

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 830

Soalan:

Saya nak buat korban tahun ni, boleh kah Jika semua daging tu saya makan anak-beranak shaja?

Jawapan:

Imam Nawawi mewajibkan sedekah sedikit dari bahagian korban. Sekurang-kurangnya satu pemberian yang boleh dinamakan sebagai pemberi. Yang dimaksudkan dengan sedekah di sini ialah memberikannya dalam bentuk daging mentah kepada golongan fakir atau miskin yang memerlukan sebagai mematuhi perintah Allah SWT di dalam alQuran:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: "maka makanlah sebahagiannya dan berilah makan kepada orang miskin yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (hajwan sembelihan) untukmu, agar kamu bersyukur." (Al-Hajj: 36)

Jika makan keseluruhannya, wajib ganti dengan membeli daging lain, sekurang-kurangnya dalam kadar yang wajar dinamakan satu pemberian dan disedekahkan kepada fakir atau miskin.

Cetak
Wallahu a'lam