Harta Yang Wajib Zakat
Kata Syed Sabiq RH:
الاموال التي تجب فيها الزكاة: أوجب الاسلام الزكاة في الذهب، والفضة، والزروع، والثمار وعروض التجارة، والسوائم، والمعدن، والركاز.
(زكاة النقدين) الذهب، والفضة وجوبها: جاء في زكاة الذهب والفضة، قول الله تعالى: (والذين يكنزون الذهب والفضة ولا ينفقونها في سبيل الله فبشرهم بعذاب أليم، يوم يحمى عليها في نار جهنم فتكوى بها جباهم وجنوبهم وظهورهم هذا ما كنزتم لانفسكم فذوقوا ما كنتم تكنزون) .
والزكاة واجبة فيهما، سواء أكانا نقودا، أم سبائك، أم تبرأ، متى بلغ مقدار المملوك من كل منهما نصابا، وحال عليه الحول، وكان فارغا عن الدين، والحاجات الاصلية.
نصاب الذهب ومقدار الواجب:
لا شئ في الذهب حتى يبلغ عشرين دينارا، فإذا بلغ عشرين دينارا، وحال عليها الحول، ففيها ربع العشر، أو نصف دينار، وما زاد على العشرين دينارا يؤخذ ربع عشره كذلك، فعن علي رضي الله عنه: أن النبي صلى الله
عليه وسلم قال: (ليس عليك شئ - يعني في الذهب - حتى يكون لك عشرون دينارا، فإذا كانت لك عشرون دينارا وحال عليها الحول، ففيها نصف دينار. فما زاد فبحساب ذلك، وليس في مال زكاة حتى يحول عليه الحول. ) رواه أحمد، وأبو داود، والبيهقي، وصححه البخاري، وحسنه الحافظ.
وعن زريق مولى بني فزارة: أن عمر بن عبد العزز كتب إليه - حين استخلف -: خذ ممن مر بك من تجار المسلمين - فيما يديرون من أموالهم - من كل أربعين دينارا: دينارا، فما نقص فبحساب ما نقص حتى يبلغ عشرين، فإن نقصت ثلث دينار فدعها، لا تأخذ منها شيئا، واكتب لهم براءة بما تأخذ منهم، إلى مثلها من الحول، رواه ابن أبي شيبة.
قال مالك في الموطأ: السنة التي لا اختلاف فيها عندنا أن الزكاة تجب في عشرين دينارا كما تجب في مائتي درهم.
والعشرون دينارا تساوي ٢٨ درهما وزنا بالدرهم المصري.
نصاب الفضة ومقدار الواجب:
وأما الفضة، فلا شئ فيها حتى تبلغ مائتي درهم، فإذا بلغت مائتي درهم ففيها ربع العشر، وما زاد فبحسابه، قل أم كثر، فإنه لا عفو في زكاة النقد بعد بلوغ النصاب.
فعن علي رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (قد عفوت لكم عن الخيل والرقيق، فهاتوا صدقة الرقة (الفضة) من كل أربعين درهما: درهم، وليس في تسعين ومائة شئ، فإذا بلغت مائتين ففيها خمسة دراهم.) رواه أصحاب السنن.
قال الترمذي: سألت البخاري عن هذا الحديث فقال: صحيح.
قال: والعمل عند أهل العلم، ليس فيما دون خمسة أوراق صدقة، والاوقية أربعون درهما، وخمس أوراق مائتا درهم.
والمائتا درهم ٩ / ٢٧ ٧ ريالا و ٥ / ٥٥٥ قرشا مصريا.
Maksudnya:
Harta-harta yang wajib zakatkan: Islam mewajibkan zakat ke atas emas, perak, tanaman, buah-buahan, barang dagangan, haiwan ternakan (sawa’im), hasil lombong (ma’dan), dan harta terpendam (rikaz).
Zakat al-Naqdain (زكاة النقدين)
Iaitulah emas dan perak. Allah SWT berfirman:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka beritahulah mereka tentang azab yang pedih. Pada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar emas dan perak itu pada dahi mereka, lambung mereka, dan belakang mereka. (dikatakan kepada mereka) Inilah (harta benda) yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat) daripada apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah: 34-35)
Zakat wajib (dikeluarkan) ke atas emas dan perak, sama ada dalam bentuk mata wang, jongkong (سبائك جمع سبيكة), atau dalam keadaan asalnya sebagai bahan mentah (تِبْرًا), apabila yang dimiliki mencapai kadar nisab, sama ada (yang dimiliki itu) emas atau perak dan sempurna satu tahun (qamari), bebas daripada hutang dan (ada lebihan) untuk keperluan asas.
Nisab Emas dan Kadar Wajib Zakat
Tiada kewajipan zakat ke atas emas sehingga ia mencapai 20 dinar. Apabila mencapai 20 dinar dan cukup setahun (haul), maka zakatnya ialah seperempat dari sepersepuluh (2.5%), atau setengah dinar. Bagi emas yang melebihi 20 dinar, zakatnya juga ialah seperempat dari sepersepuluh mengikut kadar tambahan tersebut. Daripada Ali RA, Nabi ﷺ bersabda:
"Tiada kewajipan zakat - maksudnya ke atas emas - sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan sempurna haul, maka zakatnya ialah setengah dinar. Bagi lebihan, zakatnya dikira seperempat dari sepersepuluh. Tiada zakat yang wajib ke atas harta sehingga cukup haul."
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan Al-Baihaqi, serta disahihkan oleh Al-Bukhari dan dinilai hasan oleh Al-Hafiz.
Daripada Zuraiq, bekas hamba Bani Fazarah, bahawa Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepadanya selepas dilantik menjadi khalifah:
"Ambillah zakat daripada para pedagang Muslim yang melalui tempatmu – berdasarkan apa yang mereka perdagangkan dari harta mereka – iaitu satu dinar bagi setiap empat puluh dinar. Bagi yang kurang dari empat puluh dinar, zakatnya dikira kadar yang sama, hingga mencapai dua puluh dinar (harta yang mereka miliki). Namun, jika jumlah yang kurang itu tidak mencapai sepertiga dinar, tinggalkanlah dan jangan ambil zakat daripadanya. Berikan mereka surat perlepasan dari diambil apa-apa daripada mereka, sehingga haul berikutnya." (Riwayat Ibn Abi Syaibah)
Imam Malik dalam al-Muwatta' berkata:"Sunnah yang tidak ada perselisihan dalam kalangan kami ialah zakat diwajibkan pada harta yang mencapai nisab 20 dinar, sebagaimana ia diwajibkan pada 200 dirham."
Dua puluh dinar (20 dinar) bersamaan dengan 28 dirham dari segi berat, berdasarkan ukuran dirham Mesir.
Nisab Perak dan Kadar Wajib Zakat
Adapun Perak, tiada zakat diwajibkan ke atas perak sehingga ia mencapai 200 dirham. Apabila mencapai 200 dirham, zakat yang dikenakan ialah seperempat dari sepersepuluh (2.5%). Apa-apa yang lebih daripada 200 dirham, zakatnya tetap dikenakan pada kadar yang sama, sama ada lebih sedikit atau banyak dari 200 dirham tersebut, kerana tiada pengecualian zakat apabila harta telah mencapai nisab.
Daripada Ali RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Aku telah memaafkan kamu dari zakat kuda dan hamba, maka keluarkanlah zakat perak. Bagi setiap 40 dirham, satu dirham zakat. Tiada zakat (yang bertambah) sehingga 190 dirham, tetapi apabila mencapai 200 dirham, zakatnya ialah 5 dirham." Hadis riwayat Ashab Sunan.
Imam Tirmizi berkata: "Aku bertanya kepada Al-Bukhari mengenai hadis ini, dan beliau mengatakan ia adalah sahih." Kata al-Tirmizi juga: “Para ulama beramal dengan hadis ini bahawa tiada zakat bagi perak yang kurang daripada 5 awraq dan satu awqiah adalah 40 dirham. Lima awraq adalah 200 dirham. Menurut anggaran yang disebut: 200 dirham bersamaan dengan 9/27 riyal iaitu 7 rial serta 5/555 piastre Mesir (mengikut mata wang Mesir pada waktu itu).
Huraian
Emas dalam keadaan asal ketika diperolehi dan belum dibentuk disebut sebagai Tibrun التبر. Dalam hadis ‘Uqbah bin al-Harith (عقبة بن الحارث) RA yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dinyatakan:
صَلَّيْتُ ورَاءَ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ بالمَدِينَةِ العَصْرَ، فَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ مُسْرِعًا، فَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ إلى بَعْضِ حُجَرِ نِسَائِهِ، فَفَزِعَ النَّاسُ مِن سُرْعَتِهِ، فَخَرَجَ عليهم، فَرَأَى أنَّهُمْ عَجِبُوا مِن سُرْعَتِهِ، فَقالَ: ذَكَرْتُ شيئًا مِن تِبْرٍ عِنْدَنَا، فَكَرِهْتُ أنْ يَحْبِسَنِي، فأمَرْتُ بقِسْمَتِهِ
“Aku pernah solat Asar bersama Nabi ﷺ di Madinah. Setelah selesai memberi salam, baginda segera bangkit dan melangkah bahu orang ramai menuju ke salah satu rumah isteri-isteri baginda. Para sahabat terkejut melihat tergesa-gesanya baginda. Apabila baginda keluar semula dan melihat orang ramai kehairanan atas tindakannya yang tergesa-gesa, baginda bersabda: "Aku teringat ada sepotong emas (atau perak) yang tertinggal di rumah kami, dan aku tidak suka ia menahan aku (dari mengingati Allah), maka aku memerintahkan supaya ia dibahagikan."
Ibn Hajr dalam Fath al-Bari 2/337 menyebut:
وَالتِّبْرُ بِكَسْرِ الْمُثَنَّاةِ وَسُكُونِ الْمُوَحَّدَةِ الذَّهَبُ الَّذِي لَمْ يُصَفَّ وَلَمْ يُضْرَبْ قَالَ الْجَوْهَرِيُّ لَا يُقَالُ إِلَّا لِلذَّهَبِ وَقَدْ قَالَهُ بَعْضُهُمْ فِي الْفِضَّةِ انْتَهَى وَأَطْلَقَهُ بَعْضُهُمْ عَلَى جَمِيعِ جَوَاهِرِ الْأَرْضِ قَبْلَ أَن تصاغ أَو تضرب حَكَاهُ بن الْأَنْبَارِي عَن الْكسَائي وَكَذَا أَشَارَ إِلَيْهِ بن دُرَيْد وَقيل هُوَ الذَّهَب المكسور حَكَاهُ بن سِيدَهْ
“Kalimah "al-Tibr" (التبر), dengan huruf ta' berbaris kasrah dan ba' yang sukun, merujuk kepada emas yang belum dimurnikan atau ditempa. Menurut al-Jauhari, istilah ini hanya digunakan untuk emas. Namun, sebahagian ulama juga menggunakannya untuk perak. Sebahagian lainnya pula memperluaskan maknanya kepada semua jenis bahan galian bumi sebelum ia dibentuk atau ditempa, sebagaimana disebut oleh Ibnul Anbari daripada al-Kisai’e. Ibn Duraid juga menunjukkan pandangan yang serupa. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ia merujuk kepada emas yang telah pecah, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Sidah.”