Huraian Fiqh Sunnah: Bab Zakat (5)

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 75

[5] al-Tabarani dalam al-Awsath daripada Jabir RA yang berkata:

قال رجل يا رسول اللهأرأيت إن أدى الرجل زكاة ماله؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أدى زكاة ماله ذهب عنه شره

Maksudnya: “Kata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, bagaimana jika seseorang lelaki menunaikan zakat hartanya? Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, pergi daripadanya keburukan hartanya.”

               Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id 3/63 berkata: “Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsath dan isnadnya hasan.” Hadis ini juga dinilai sebagai hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib.  

               Keburukan harta yang dimaksudkan dalam hadis merujuk kepada keburukan kerana perbuatan tidak menunaikan zakat yang terhitung dalam dosa besar dan bakal menerima azab di dunia dan akhirat. Antara azab tersebut:

[i]  Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

Maksudnya: ...Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (al-Taubah: 34-35)

[ii] al-Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis Abu Hurairah RA di mana Nabi SAW bersabda:

مَن آتاه اللهُ مالًا، فلم يؤَدِّ زكاتَه، مُثِّلَ له ماله شُجاعًا أقرَعَ، له زبيبتانِ، يُطوّقه يومَ القيامة، يأخُذُ بلِهْزِمَتَيهِ- يعني شِدْقَيه، ثم يقول: أنا مالُكَ، أنا كَنْزُك. ثم تلاوَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ 

Maksudnya: “Siapa yang Allah kurniakan kepadanya harta. Namun dia tidak menunaikan zakat atas harta tersebut. Dijadikan (dari hartanya itu) seekor ular Syuja’ Aqra’ yang memiliki dua tanda titik hitam di bahagian atas matanya yang akan dikalongkan di tengkoknya pada hari kiamat. Ular itu akan menguasainya masuk ke dalam ruang dua pipi mulutnya dan berkata: “Akulah hartamu, akulah apa simpananmu.” Kemudian baginda membaca firman Allah: “Dan jangan sekali-kali mereka yang bakhil dengan harta benda yang telah Allah kurniakan kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan mereka itu baik untuk  mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat. Milik Allah jualah segala isi langit dan bumi. Dan ingatlan Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Ali Imran: 180)

               Al-Nawawi RH dalam Syarahnya kepada hadis Sahih Muslim menyatakan ular Syuja’ adalah ular padang pasir yang dapat berdiri dengan hujung ekornya sehingga sampai ke paras kepala seorang penunggang kuda. Manakala Aqra’ pula sifat ular tersebut yang tiada sebarang bulu di atas kepalanya disebabkan banyaknya racun padanya.

[6] al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdillah RA yang berkata:

بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَلَى إِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: “Aku telah berbai‘ah kepada Rasulullah SAW untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan sentiasa mengharapkan kebaikan untuk setiap umat islam.”

 

[3] Ancaman Kepada Orang Yang Menghalang Zakat

[3.1) Firman Allah SWT Taala:

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

Maksudnya: ...Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (al-Taubah: 34-35)

[3.2] Firman Allah SWT lagi:

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ 

Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali mereka yang bakhil dengan harta benda yang telah Allah kurniakan kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan mereka itu baik untuk mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat. Milik Allah jualah segala isi langit dan bumi. Dan ingatlan Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Ali Imran: 180)

 

Ancaman dari hadis;

[1] Ahmad, al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

ما من صاحب كنز لا يؤدي زكاته إلا أحمي عليه في نار جهنم فيجعل صفائح فتكوى بها جنباه وجبهته حتى يحكم الله بين عباده في يوم كان مقداره خمسين ألف سنة، ثم يرى سبيله، إما إلى الجنة، وإما إلى النار، وما من صاحب إبل لا يؤدي زكاتها إلا بطح لها بقاع قرقر كأوفر ما كانت، تستن عليه، كلما مضى عليه أخراها ردت عليه أولاها، حتى يحكم الله بين عباده، في يوم كان مقداره خمسين ألف سنة، ثم يرى سبيله إما إلى الجنة وإما إلى النار، وما من صاحب غنم لا يؤدي زكاتها إلا بطح لها بقاع قرقر كأوفر ما كانت فتطؤه بأظلافها، وتنطحه بقرونها ليس فيها عقصاء ولا جلحاء، كلما مضى عليه أخراها ردت عليه أولاها، حتى يحكم الله بين عباده في يوم كان مقداره خمسين ألف سنة مما تعدون، ثم يرى سبيله، إما إلى الجنة، وإما إلى النار.) قالوافالخيل يا رسول الله؟ قال: (الخيل في نواصيها، أو قال: (الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة، الخيل ثلاثةهي لرجل أجر، ولرجل ستر، ولرجل وزر، فأما التي هي له أجر فالرجل يتخذها في سبيل الله ويعدها له فلا تغيب شيئا في بطونها إلا كتب الله له أجرا، ولو رعاها في مرج فما أكلت من شئ إلا كتب الله له بها أجرا، ولو سقاها من نهر كان له بكل قطرة تغيبها في بطونها أجر، حتى ذكر الاجر في أبوالها وأرواثها ولو استنت شرفا أو شرفين كتب له بكل خطوة يخطوها أجر. وأما التي هي له ستر، فالرجل يتخذها تكرما وتجملا، لا ينسى حتى ظهورها وبطونها في عسرها ويسرها. وأما التي هي عليه وزر، فالذي يتخذها أشرا وبطرا وبذخا، ورياء الناس فذلك الذي عليه الوزر) قالوافالخمر يا رسول الله؟ قال: (ما أنزل الله علي فيها شيئا إلا هذه الاية الجامعة الفاذة: فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره، ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره

Maksudnya: “Tiada dari kalangan pemilik harta simpanan yang tidak menunaikan zakatnya melainkan (pada hari kiamat kelak) harta tersebut akan dibakar dalam neraka jahannam. Lalu dijadikan hamparan-hamparan lalu diselar ke atas rusuk dan dahi mereka, sehingga Allah menjatuhkan hukuman ke atas seluruh hamba-Nya pada hari (hari kiamat di padang mahsyar) yang kadar seharinya adalah sama seperti 50,000 tahun[1]. Setelah itu seseorang itu akan melihat[2] kesudahannya ke syurga atau ke neraka. Tiada seorangpun pemilik unta yang tidak melaksanakan zakat untanya melainkan akan dibentangkan untuk semua untanya permukaan bumi yang luas, semua untanya dalam bentuk yang paling sempurna dan gemuk yang akan memijak orang tersebut. Setiap kali unta yang terawal melepastinya akan kembali pula unta yang berikutnya.  sehingga Allah menjatuhkan hukuman ke atas seluruh hamba-Nya pada hari (hari kiamat di padang mahsyar) yang kadar seharinya adalah sama seperti 50,000 tahun. Kemudian orang itu akan melihat jalanya, sama ada ke syurga atau ke neraka. Dari seorangpun pemilik kambing yang tidak melaksanakan zakatnya, melainkan melainkan akan dibentangkan untuk semua kambingnya permukaan bumi yang luas, semua kambingnya dalam bentuk yang paling sempurna dan gemuk, lalu akan memijak dan menanduk orang tersebut dengan tanduknya yang tidak bengkok dan semua kambing itu memiliki tanduknya. Setiap kali kambing yang terawal melepastinya akan kembali pula kambing yang berikutnya.  sehingga Allah menjatuhkan hukuman ke atas seluruh hamba-Nya pada hari (hari kiamat di padang mahsyar) yang kadar seharinya adalah sama seperti 50,000 tahun menurut hitungan kamu semua. Kemudian orang itu akan melihat jalanya, sama ada ke syurga atau ke neraka. Para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan pemilk kuda Wahai Rasulullah? Jawab baginda: “Kuda yang terikat untuk memerangi musuh adalah kebaikan sehingga ke hari kiamat. Pemilik kuda itu ada tiga kumpulan. (Pertama) pemilik yang memilikinya untuk mendapatkan pahala. (Kedua) pemilik yang memilikinya untuk memenuhi keperluan dirinya. (ketiga) pemilik yang memiliki kuda untuk melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Adapun pemilik yang pertama iaitulah yang memiliki kuda untuk mendapatkan pahala, dia menjaga kuda itu untuk fi sabilillah dan mempersiapkan kuda untuk itu. Tiada yang keluar dari perut kuda itu melainkan Allah catit untuk pemiliknya pahala. Dia pelihara kuda itu di tempat mengembalanya, setiap yang dimakan oleh kuda itu dicatit sebagai pahala untuk pemiliknya. Apabila dia memberi minum kepada kudanya itu di sungai, maka setiap titisan yang keluar semula dari kuda itu dicatit sebagai pahala kepada tuannya, sehingga baginda menyebut tentang pahala kepada pemiliki kuda itu dari setiap titisan air kencing dan kotoran kuda itu, sehinggakan apabila kuda itu tangkas melalui kawasan tinggi, Allah mencatit pahala untuk pemiliknya sebanyak langkah yang ditempoh oleh kudanya. Adapun (kedua) pemilik kuda yang memilikinya untuk memenuhi keperluan dirinya, adalah memelihara kuda itu untuk mencukupkan keperluannya. Dia tidak lupa hak Allah terhadap kudanya  tersebut, ketika sudah dan senang. Adapun (ketiga) yang memiliki kuda dan mendapat dosa iaitulah yang memeliharanya untuk menyombongkan diri, angkuh dan riya sesama kepada manusia. Maka kuda itu mendatangkan dosa kepadanya. Para sahabat bertanya lagi kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan pemiliki himar (kaldai)?” Baginda menjawab: “Tidak diturunkan kepadaku sedikitpun tentang pemilik keldai berkaitan kewajibannya melainkan ayat yang unik dan menghimpunkan setiap perkara baik dan buruk ini iaitulah: “Sesiapa yang mengamalkan kebaikan sebesar zarrah, pasti dia akan melihat pahalanya nanti dan sesiapa yang mengamalkan kejahatan sebesar zarrah pasti dia akan melihat balasannya nanti.”

[2] Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

من آتاه الله مالا فلم يؤد زكاته مُثِّلَ له يوم القيامة شُجَاعًا أَقْرَعَ له زَبِيْبَتَان يُطَوَّقُه يوم القيامة، ثم يأخذ بِلِهْزِمَتَيْهِ - يعني شِدْقَيْهثم يقولأنا كنزك، أنا مالك، ثم تلا هذه الاية: ولا يحسبن الذين يبخلون بما آتاهم الله من فضله الاية.

Maksudnya: “Siapa yang dikurniakan harta oleh Allah, namun dia tidak mengeluarkan zakat harta tersebut. Akan dijadikan ular Syuja’ Aqra’ (ular jantan yang tiada sebarang bulu di kepalanya disebabkan banyak racunnya). Terdapat dua titik hitam atas dua matanya yang akan membelitnya pada hari kiamat. Ular itu berada di dua rahangnya dan berkata: “Akulah harta simpananmu.” Kemudian baginda membaca ayat: “Dan jangan sama sekali mereka yang bakhil dari menunaikan hak harta yang dikurniakan oleh Allah menyangka...”

[3] Riwayat Ibn Majah, al-Bazzar dan al-Baihaqi berdasarkan riwayatnya daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يا معشر المهاجرين، خصال خمس - إن ابْتُلِيْتُمْ بِهِنّ ونزلن بكم أعوذ بالله أن تُدْرِكُوْهُنّ -: لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَة في قوم قط حتى يُعْلِنُوا بها إلا فشا فيهم الاوجاع التي لم تكن في أسلافهم، ولم ينقصوا المكيال والميزان، إلا أخذوا بالسنين وشدة الْمُؤْنَة وجور السلطان. ولم يمنعوا زكاة أموالهم، إلا منعوا القطر من السماء، ولولا البهائم لم يُمْطَرُوا، ولم يَنْقُضُوا عَهْدَ الله وعهد رسوله، إلا سلط عليهم عدو من غيرهم فيأخذ بعض ما في أيديهم، وما لم تحكم أئمتهم بكتاب الله، إلا جُعْلَ بَأْسُهُم بينهم

Maksudnya: “Wahai sekelian Muhajirin, lima perkara jika kamu semua diuji dengannya dan terkena kepada kamu semua – aku berlindung dengan Allah dari kamu semua terkenanya – (1) tidak zahir perzinaan pada suatu kaum sama sekali sehingga mereka menzahirkannya, melainkan akan merebak penyakit yang belum pernah ada sebelum itu. (2) Tidak mereka mengurangkan ukuran dan timbangan (dalam perniagaan) melainkan akan dikenakan kepada mereka kemarau panjang dan kenaikan harga barang yang melampau dan kezaliman pemerintah. (3) Tidaklah mereka menghalang dari dikeluarkan zakat harta melainkan dan terhalang hujan dari langit. Jika bukan kerana haiwan ternak pasti hujan tidak akan turun sama sekali. (4) Tidaklah mereka meninggalkan perjanjian dengan Allah dan Rasul (dalam kitab Allah), melainkan musuh (bukan dari orang Islam) akan menguasai mereka dan merampas milik mereka. (5) Tidaklah para pemimpin (umat Islam) yang tidak berhukum dengan kitab Allah, melainkan diwujudkan masalah sesama mereka sendiri.”

[4] al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada al-Ahnaf bin Qais (الأحنف بن قيس) yang berkata:

جَلَسْتُ إِلَى مَلَإٍ مِنْ قُرَيْشٍ، فَجَاءَ رَجُلٌ خَشِنُ الشَّعَرِ وَالثِّيَابِ وَالهَيْئَةِ، حَتَّى قَامَ عَلَيْهِمْ فَسَلَّمَ، ثُمَّ قَال: بَشِّرِ الكَانِزِينَ بِرَضْفٍ يُحْمَى عَلَيْهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ، ثُمَّ يُوضَعُ عَلَى حَلَمَةِ ثَدْيِ أَحَدِهِمْ حَتَّى يَخْرُجَ مِنْ نُغْضِ كَتِفِهِ، وَيُوضَعُ عَلَى نُغْضِ كَتِفِهِ حَتَّى يَخْرُجَ مِنْ حَلَمَةِ ثَدْيِهِ، يَتَزَلْزَلُ، ثُمَّ وَلَّى، فَجَلَسَ إِلَى سَارِيَةٍ، وَتَبِعْتُهُ وَجَلَسْتُ إِلَيْهِ وَأَنَا لَا أَدْرِي مَنْ هُوَ؟ فَقُلْتُ لَهُ: لَا أُرَى القَوْمَ إلا قَدْ كَرِهُوا الَّذِي قُلْتَ، قَال: إِنَّهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا قَال لِي خَلِيلِي، قَال: قُلْتُ: مَنْ خَلِيلُكَ؟ قَال النَّبِيُّ ﷺ: «يَا أَبَا ذَرٍّ أَتُبْصِرُ أُحُدًا؟» قَال: فَنَظَرْتُ إِلَى الشَّمْسِ مَا بَقِيَ مِنَ النَّهَارِ، وَأَنَا أُرَى أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يُرْسِلُنِي فِي حَاجَةٍ لَهُ، قُلْتُ: نَعَمْ، قَال: "مَا أُحِبُّ أَنَّ لِي مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا أُنْفِقُهُ كُلَّهُ، إلا ثَلاثَةَ دَنَانِيرَ» وَإِنَّ هَؤُلاءِ لَا يَعْقِلُونَ، إِنَّمَا يَجْمَعُونَ الدُّنْيَا، لَا وَاللَّهِ، لَا أَسْأَلُهُمْ دُنْيَا، وَلَا أَسْتَفْتِيهِمْ عَنْ دِينٍ، حَتَّى أَلْقَى اللَّهَ

Maksudnya: “Aku pernah duduk bersama kumpulan orang-orang besar Quraish (setelah kewafatan Nabi SAW). Tiba-tiba datang seorang lelaki (Abu Zarr RA) berambut, berpakaian dan berkeadaan kasar (kiasan keadaan zuhud seseorang) sehinggalah dia berdiri berhampiran mereka dan memberi salam kepada mereka, kemudian berkata: “Terimalah khabar gembira kepada mereka yang menyimpan harta (dan tidak menunaikan haknya)[3] dengan batu panas membakar yang akan diselar kepadanya dalam neraka jahannam. kemudian batu panas itu akan diletakkan di atas teteknya sehingga keluar dari atas bahunya. Diletak pula di atas bahunya sehingga keluar dari teteknya, maka orang itu bergerak-gerak atau bergoncang (disebabkan azab yang dikenakan kepadanya). Setelah itu lelaki itu berpaling pergi dan duduk di satu tiang. Aku segera menurutinya dan duduk berhampirannya. Aku tidak kenal siapa lelaki itu. Aku berkata: “Aku melihat mereka itu tidak suka dengan apa yang kamu sampaikan tadi.” Lalu lelaki itu berkata: “Mereka itu tidak mengetahui sesuatupun. Sesungguhnya kekasihku telah berkata kepadaku..” Aku bertanya: “Siapa kekasihmu.” Lelaki itu menjawab: “Nabi SAW, (Baginda pernah berkata kepadaku): ‘Apakah kamu melihat bukit Uhud itu?” Lalu aku melihat ke arah matahari untuk mengenal pasti cuaca ketika itu, kerana aku menyangka Rasulullah SAW hendak meminta aku memenuhi sesuatu hajatnya. Lalu aku menjawab kepada baginda: “Ya (aku nampak bukit Uhud tersebut.” Baginda bersabda: “Tidaklah aku suka jika aku memiliki emas sebesar bukit Uhud itu, aku akan infaqkan semuanya, melainkan tiga dinar tidak aku infaqkan.” (Kata lelaki itu) sesungguhnya mereka itu satu kaum yang tidak memahami, yang mereka himpunkan hanyalah dunia. Tidak, demi Allah aku tidak akan meminta dunia dari sesiapapun dan tidak akan bertanyakan fatwa agama dari sesiapa (kerana telah memadai apa yang didengar dari Rasulullah SAW) sehingga aku bertemu dengan Allah azza wa jalla.”

 

Hukum Orang Yang Tidak Mahu Menunaikan Zakat

الزكاة من الفرائض التي أجمعت عليها الامة واشتهرت شهرة جعلتها من ضروريات الدين، بحيث لو أنكر وجوبها أحد خرج عن الاسلام، وقتل كفرا، إلا إذا كان حديث عهد بالاسلام، فإنه يعذر لجهله بأحكامه. أما من امتنع عن أدائها - مع اعتقاده وجوبها - فإنه يأثم بامتناعه دون أن يخرجه ذلك عن الاسلام، وعلى الحاكم أن يأخذها منه قهرا ويعزره، ولا يأخذ من ماله أزيد منها، إلا عند أحمد والشافعي في القديم، فإنه يأخذها منه، ونصف ماله، عقوبة له (١لما رواه أحمد، والنسائي، وأبو داود، والحاكم، والبيهقي عن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده قال، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (في كل إبل سائمة، في كل أربعين ابنة لبون لا يُفَرَّقُ إِبِلٌ عن حسابها من أعطاها مؤتجرا (٢فله أجرها، ومن منعها فإنا آخذوها وشطر ماله عزمة (٣من عزمات ربنا تبارك وتعالى لا يحل لال محمد منها شئ) .

وسئل أحمد عن إسناده فقالصالح الاسناد. وقال الحاكم في بهزحديثه صحيح.

Maksudnya: “Zakat termasuk dalam perkara fardhu yang telah menjadi ijma’ umat dan tersebar meluas tentangnya sehingga menjadikannya termasuk dalam Dharuriyat al-Din, dengan maksud jika seseorang mengingkari kewajipannya dia dikira terkeluar dari agama (murtad) dan dijatuhkan hukuman bunuh kerana kekafiran. Melainkan jika dia dari kalangan mereka yang baharu memeluk Islam yang diberi keuzuran disebabkan jahil akan hukum-hakam agama. Adapun sesiapa yang tidak mahu menunaikan zakat, dalam masa yang sama mengakui kewajipannya, maka dia seorang yang berdosa dengan sebab keengganan tersebut. Dia tidak termasuk orang yang terkeluar dari Islam. Menjadi kewajipan pemerintah mengambil bahagian zakat dari hartanya dan dikenakan hukuman ta’zir ke atasnya. Hartanya tidak boleh dirampas atau diambil lebih dari kadar zakat yang wajib ke atasnya. Berbeza dengan pandangan Ahmad dan al-Syafi‘e pada pandangan qadim beliau, yang berpandangan diambil zakat dari hartanya dan separuh dari hartanya sebagai satu hukuman ke atasnya berdasarkan hadis riwayat Ahmad, al-Nasai’e, Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya yang berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap unta sa’imah, setiap 40 ekor itu zakatnya seekor bintu labun, tidak perlu dibezakan unta dalam perhitungannya[4]. Sesiapa yang mengeluarkan zakat kerana mengharapkan pahala maka dia akan memperolehi pahalanya. Sesiapa yang tidak menunaikan zakat, maka dirampas separuh hartanya kerana ia termasuk dalam hak-hak tuhan kita tabaraka wa taala yang tidak dihalalkan sedikitpun untuk keluarga Muhammad.”

Ditanya kepada Ahmad tentang isnad hadis ini. Beliau menjawab: “Salih al-Isnad.” Kata al-Hakim tentang Bahz: “Hadisnya sahih.” (Syed Sabiq di bahagian nota kaki menyatakan: “al-Baihaqi meriwayatkan bahawa al-Syafi‘e berkata: “Hadis ini tidak dihukum thabit oleh ulama hadis. Jika ia thabit, kami akan berfatwa menurut hadis ini.”

ولو امتنع قوم عن أدائها - مع اعتقادهم وجوبها، وكانت لهم قوة ومنعة فإنهم يقاتلون عليها حتى يعطوها. لما رواه البخاري، ومسلم عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أمرت أن أقاتل الناس، حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله، ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الاسلام وحسابهم على الله.

Jika sesuatu kaum tidak menunaikan zakat, dalam masa yang sama mereka berkeyakinan akan kewajipannya. Mereka pula memiliki kekuatan dan kemampuan pertahanan. Maka mereka boleh diperangi kerana kesalahan tidak menunaikan zakat sehinggalah mereka menunaikannya. Hal ini berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Aku diperintahkan memerangi golongan penentang sehinggalah mereka bersaksikan bahawa tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka melakukannya semua itu, maka terpelihara darah dan harta mereka dari diperangi melainkan (jika mereka melakukan perkara lain) yang dibenarkan oleh Islam dan perhitungan akhir mereka diserahkan kepada Allah.”



[1] Kadar sehari seperti 50,000 tahun di sini merujuk kepada hari kiamat atau hari mahsyar. Al-Sam‘ani (السمعاني) dalam Tafsir al-Sam‘ani 6/45 menukilkan perkataan Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “Ia adalah hari kiamat.” Kata al-Sam‘ani: “Ia adalah yang paling sahih dari dua pandangan.” Ketika menggabungkan dua ayat al-Quran, satunya dari surah al-Sajadah ayat 5: يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّماءِ إلى الأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إليه في يَومٍ كان مِقدارُه ألفَ سَنةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ maksudnya: “Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya; (bagi melaksanakan tadbir-Nya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa kadarnya adalah selama 1000 tahun yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) menurut hitungan masa kamu yang biasa.”  Kata al-Sam‘ani: “Berdasarkan salah satu pandangan yang dimaksudkan di sini ialah hari kiamat.”  Manakala firman Allah dalam surah al-Ma‘arij ayat 4: تَعرُجُ المَلائِكةُ والرُّوحُ إليه في يَومٍ كان مِقدارُه خَمسينَ ألفَ سَنةٍ maksudnya: “Yang dilalui oleh para malaikat dan ruh kepada-Nya pada satu masa yang kadarnya menyamai 50,000 tahun.”  Kata al-Sam‘ani: “Kata sebahagian ulama: “50,000 tahun dan 1000 tahun, semuanya berlaku pada hari kiamat. Di mana hari kiamat pada sebahagian manusia selama 1000 tahun. Pada sebahagian manusia lain selama 50,000 tahun. Semua itu berlaku dalam satu hari yang sama.” (4/243)

                    Al-Imam al-Tabari juga meriwayatkan dalam Jami’ al-Bayan 23/602 perkataan ‘Ali bin Abi Talhah daripada Ibn ‘Abbas RA yang berkata: هذا يوم القيامة، جعله الله تعالى على الكافرين مقدار خمسين ألف سنة maksudnya:  “Hari kiamat ini, Allah Taala menjadikannya ke atas orang-orang kafir pada kadar 50,000 tahun.”

                    Perkataan Ibn ‘Abbas ini menunjukkan kadar hari kiamat selama 50,000 tahun itu adalah ke atas orang-orang kafir. Manakala untuk orang yang beriman dijelaskan dalam hadis Abu Hurairah RA, di sisi Abu Ya’la dan Ibn Hibban, di mana Nabi SAW bersabda:

يَوم يَقومُ النَّاسُ لرَبِّ العالَمينَ مِقدارُ نِصفِ يَومٍ من خَمسينَ ألفَ سَنةٍ، فيهونَ ذلك على المُؤمِنِ كتَدلِّي الشَّمسِ للغُروبِ إلى أن تَغرُبَ

Maksudnya: “Pada hari manusia semuanya berdiri untuk diadili di hadapan tuhan sekelian alam pada kadar separuh hari dari 50,000 tahun. Maka perkara itu dimudahkan ke atas orang yang beriman seperti tempoh dari permulaan tenggelamnya matahari sehingga sempurna tenggelamnya di ufuk.” (Sanad hadis ini dinilai sahih oleh al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 4/295, al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 6/769 dan Syu‘aib al-Arnaouth dalam Sahih Ibn Hibban menyatakan ia memenuhi syarat al-Bukhari).

Hadis Abu Hurairah RA di sisi al-Hakim dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Nabi SAW bersabda:

يَومُ القيامةِ كقَدرِ ما بينَ الظُّهرِ والعَصرِ

Maksudnya: “Hari kiamat seperti kadar antara Zohor dan ‘Asar.” (Dinilai sahih oleh dalam Sahih al-Jami’. Kata al-Hakim: “Hadis ini sahih al-isnad berdasarkan syarat dua orang syeikh.”

[2] Kalimah يرى, huruf ي boleh dibaris Fathah menjadikan kalimah سبيل sebagai maf‘ul bih ataupun Dhommah ي menjadikan سبيل sebagai Naib Fa‘il.

[3] Abu Zarr RA berpandangan الكنز adalah harta lebihan dari keperluan. Beliau berhujah dengan ayat al-Quran: وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ maksudnya: “Mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfaqkannya kepada jalan Allah, maka berikan khabar azab yang pedih kepada mereka.” (al-Taubah: 34) Pandangan beliau ini berbeza dengan pandangan majoriti sahabat lain yang mengatakan الكنز ialah merujuk harta yang tidak dikeluarkan zakat. Adapun jika dikeluarkan zakat, maka harta lebihan itu tidak dinamakan sebagai الكنز sama ada banyak mahupun sedikit. Pandangan majoriti sahabat lebih dikuat dengan sokongan hadis Ibn ‘Abbas RA di sisi Abu Daud, kata Ibn ‘Abbas:

لَمَّا نَزَلَتْ (وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ) كَبُرَ ذَلِكَ عَلَى الْمُسْلِمِينَ. فَقَالَ عُمَرُ أَنَا أُفَرِّجُ عَنْكُمْ فَانْطَلَقَ. فَقَالَ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ قد كبر على أَصْحَابك هَذِه الْآيَة. فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: «إِنَّ اللَّهَ لم يفْرض الزَّكَاة إِلَّا ليطيب بهَا مَا بَقِيَ مِنْ أَمْوَالِكُمْ وَإِنَّمَا فَرَضَ الْمَوَارِيثَ وَذكر كلمة لتَكون لمن بعدكم» قَالَ فَكَبَّرَ عُمَرُ. ثُمَّ قَالَ لَهُ: «أَلَا أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حفظته

Maksudnya: “Ketika turun ayat: “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak..” perkara itu menjadi sukar ke atas umat Islam. Lalu ‘Umar berkata: Aku akan keluarkan kamu semua dari kesukaran ini dan ‘Umar segera pergi berjumpa dengan Nabi SAW dan berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya telah menjadi berat ke atas para sahabatmu ayat ini. Lalu Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menfardhukan zakat melainkan untuk membersihkan harta yang berbaki pada kamu semua dan ketetapan harta warisan – setelah itu Ibn ‘Abbas menyebut baginda adam enyebut beberapa kalimat yang aku tidak mengingatinya - untuk ahli keluarga selepas kamu.” Lalu ‘Umar bertakbir. Setelah itu baginda bersabda kepada ‘Umar: “Mahukah aku khabarkan kepada kamu perkara terbaik yang dimiliki oleh seseorang lelaki?” iaitulah seorang isteri salihah, apabila lelaki itu melihatnya, dia menggemberikan suaminya. Apabila suami itu menyuruh dia melakukan sesuatu, dia mentaatinya dan apabila suami itu tiada bersama dengannya, dia memelihar hak suaminya.”

[4] Maksudnya tidak boleh bagi dua orang yang mencampurkan unta mereka mengasingkan untanya dari unta rakan kongsinya yang seorang lagi kerana hendak mengelak zakat. Atau ia bermaksud semua unta dimasukkan dalam hitungan 40 ekor tanpa perlu diasingkan unta yang kurus dari yang gemuk, yang kurus dari yang gemuk.

Cetak
Wallahu a'lam