SDI 1222: Pengurusan Janin Keguguran di Sisi Mazhab Syafi'ie

Soalan:

Salam,
1. bayi dalam kandungan berusia empat bulan lebih gugur dari kandungan ibunya dan tiada tanda hidup maka urusannya dari pandangan Mazhab Shafie dimandikan ,dikapankan dan dikebumikan tanpa di solatkan.

2. Jika kandungan enam bulan lebih gugur urusan seperti orang dewasa..
Mohon pandangan

Jawapan (setelah semakan semula pada 16/5/2025):

               Di bawah ini nukilan pandangan ulama mazhab Syafi‘e yang terdapat dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/123:

وَعِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ: إِذَا اسْتَهَل الْجَنِينُ أَوْ تَحَرَّكَ، ثُمَّ مَاتَ، غُسِّل وَصُلِّيَ عَلَيْهِ، وَإِنْ لَمْ يَسْتَهِل وَلَمْ يَتَحَرَّكْ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ أَرْبَعَةُ أَشْهُرٍ، كُفِّنَ بِخِرْقَةٍ وَدُفِنَ. وَإِنْ تَمَّ لَهُ أَرْبَعَةُ أَشْهُرٍ، فَفِي الْقَدِيمِ يُصَلَّى عَلَيْهِ؛ لأَِنَّهُ قَدْ نُفِخَ فِيهِ الرُّوحُ، وَفِي الأُْمِّ لاَ يُصَلَّى عَلَيْهِ وَهُوَ الأَْصَحُّ. وَيَقُول الرَّمْلِيُّ: إِنَّ الْوَلَدَ النَّازِل بَعْدَ تَمَامِ سِتَّةِ أَشْهُرٍ يَجِبُ فِيهِ مَا يَجِبُ فِي الْكَبِيرِ مِنْ صَلاَةٍ وَغَيْرِهَا، وَإِنْ نَزَل مَيِّتًا وَلَمْ يُعْلَمْ سَبْقُ حَيَاتِهِ. . . ثُمَّ قَال بَعْدَ ذَلِكَ: إِنَّ لِلسِّقْطِ أَحْوَالًا حَاصِلُهَا: أَنَّهُ إِنْ لَمْ يَظْهَرْ فِيهِ خَلْقُ آدَمِيٍّ لاَ يَجِبُ فِيهِ شَيْءٌ. نَعَمْ يُسَنُّ سَتْرُهُ بِخِرْقَةٍ وَدَفْنُهُ، وَإِنْ ظَهَرَ فِيهِ خِلْقَةٌ وَلَمْ تَظْهَرْ فِيهِ أَمَارَةُ الْحَيَاةِ وَجَبَ فِيهِ مَا سِوَى الصَّلاَةِ

Menurut ulama mazhab al-Syāfi‘e: Jika janin itu (dilahirkan) mengeluarkan suara tangisan (istihlal) atau bergerak, kemudian mati, maka wajib dimandikan dan disolatkan ke atasnya. Namun, jika ia tidak mengeluarkan suara dan tidak bergerak, maka: Jika belum mencapai usia empat bulan (dalam kandungan), ia hanya dikafankan dengan sehelai kain dan dikebumikan. Jika telah cukup empat bulan (dalam kandungan), maka: Menurut pendapat al-qadīm, ditunaikan solat ke atasnya, kerana telah ditiupkan roh padanya. Tetapi menurut pendapat dalam kitab al-Umm, tidak perlu ditunaikan solat ke atasnya, dan ini adalah pendapat yang al-Aṣa. Al-Ramlī menyatakan: “Jika seorang bayi lahir setelah cukup enam bulan, maka wajib dilakukan ke atasnya seperti apa yang wajib ke atas jenazah dewasa, terdiri dari solat jenazah dan selainnya, walaupun ia lahir dalam keadaan mati dan tidak diketahui sama ada ia sempat hidup sebelum dilahirkan (atau tidak)…” Kemudian beliau menyimpulkan bahawa: “Janin yang gugur (السِّقْط) mempunyai beberapa keadaan, iaitu: Jika tidak jelas padanya bentuk kejadian manusia, maka tidak wajib dilakukan apa-apa terhadapnya. Ya, disunatkan untuk menutupnya (membungkus) dengan kain dan menanamnya. Jika jelas padanya rupa bentuk kejadian manusia, namun belum jelas tanda-tanda hayat, maka wajib dilakukan segala perkara kecuali solat jenazah.”

----------------------------------------

Jawapan (sebelum semakan semula):

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Sekadar makluman saya, di sisi mazhab syafie:

1. Betul. Itulah pandangan alAzhar dalam mazhab.

2. Yang saya tahu keempat-empat mazhab sepakat jika janin yang gugur selepas sempurna empat (4) bulan, ada tanda janin tersebut telah hidup seperti ada teriakan bayi, kemudian meninggal, maka dilaksanakan pengurusan sama seperti jenazah org dewasa.


Cetak  
Wallahu a'lam