SDI 1831: Apakah Mayat Merasai Apa Yang Dilakukan ke Atasnya?

Soalan:

Saya seorang pelajar di fakulti perubatan. Adakah mayat yang berada di dalam bilik bedah (bilik mayat) merasai dan menyedari semua proses pembedahan dan pemotongan yang kami lakukan, atau adakah kerana dia tidak mempunyai roh maka dia tidak merasakan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya? 

Jawapan: 

Tiada dalil yang putus dalam persoalan sama ada mayat dapat merasai atau tidak. Ia pula termasuk dalam perkara ghaibi yang tidak diketahui melainkan dengan bukti dari al-Quran dan al-Sunnah. 

Maka pendirian yang tepat dan selamat ialah berhenti sekadar apa yang diberitahu oleh al-Quran dan al-Sunnah dan tidak menyibukkan diri mendetailkan perkara-perkara yang tidak pasti. 

 


Cetak  
Wallahu a'lam