Ramai ulama fiqh muta’akhkhirin (kemudian) berpendapat, makam Nabi ﷺ lebih utama daripada Kaabah, ‘Arasy dan Kursi, malah sebahagian mereka menukilkan ijmak tentang hal ini, sehingga menjadi suatu perkara yang diterima oleh sebahagian pihak dan tidak boleh diingkari lagi. Sesiapa yang mengingkarinya kadangkala dituduh sebagai orang yang merendahkan mertabat Nabi ﷺ, sebagaimana kebiasaan tuduhan yang dilemparkan kepada sesiapa sahaja yang menolak bentuk-bentuk ghuluw (melampau) terhadap Rasulullah ﷺ dan para solihin.
Asal Usul Isu Dan Siapa Yang Mengatakannya
Tokoh-tokoh terawal yang dinukilkan mengatakan keutamaan ini, setakat yang ditemui, ialah;
[1] Al-Samhudi السمهودي (wafat 911H) menukilkan al-Qadi Abu al-Walid al-Baji القاضي أبي الوليد الباجي (wafat 474H) telah menyatakan adanya ijmak tentang hal ini. Beliau berkata:
وحكاية الإجماع على تفضيل ما ضمّ الأعضاء الشريفة نقله القاضي عياض، وكذا القاضي أبو الوليد الباجي قبله كما قال الخطيب ابن جملة، وكذا نقله أبو اليُمْن ابن عساكر، وغيرهم، مع التصريح بالتفضيل على الكعبة الشريفة
“Hikayat ijmak tentang keutamaan tempat yang memuatkan anggota tubuh Nabi ﷺ yang mulia telah dinukil oleh al-Qadi ‘Iyadh, dan juga oleh al-Qadi Abu al-Walid al-Baji sebelum beliau, sebagaimana disebut oleh al-Khatib Ibn Jumlah.[1] Demikian juga dinukil oleh Abu al-Yumn Ibn ‘Asakir[2] dan lain-lain, dengan pernyataan yang jelas bahawa bilik baginda itu lebih utama daripada Kaabah yang mulia.”[3]
[2] Ibnu ‘Aqil al-Hanbali رحمه الله (wafat 513H) yang berkata:
سألني سائل: أيُّما أفضلُ حُجرَةُ النَّبِي صلى الله عليه وسلم أو الكعبة؟ فقلت: إن أردتَ مجرَّدَ الحُجرة فالكعبةُ أفضل، وإن أردتَ وهو فيها فلا واللهِ، ولا العرشُ وحَمَلَتُهُ، ولا جَنَّةُ عَدْن، ولا الأفلاكُ الدائرة؛ لأنَّ بالحُجْرة جَسَدًا لو وزن بالكَوْنينِ لرَجَحَ
“Seseorang bertanya kepadaku: Manakah yang lebih utama, bilik Nabi ﷺ atau Kaabah? Aku menjawab: Jika maksudmu hanya bilik kosong itu semata-mata, maka Kaabah lebih utama. Tetapi jika engkau maksudkan bilik itu dan Baginda ﷺ berada di dalamnya, maka demi Allah, tidak (bilik itu tidak lebih rendah), bahkan tidak juga ‘Arasy dan para malaikat pemikulnya, dan tidak juga Jannatu ‘Adn, dan tidak juga planet-planet yang beredar, kerana dalam bilik itu terdapat jasad yang jika ditimbang dengan seluruh alam semesta pasti ia lebih berat.”[4]
[3] Turut menukilkan ijmak ialah Qadi ‘Iyadh رحمه الله (wafat 544H), beliau berkata:
ولا خلاف أن موضع قبره صلى الله عليه وسلم أفضل بقاع الأرض
“Tiada khilaf bahawa tempat kubur Baginda ﷺ merupakan tempat paling mulia di atas muka bumi.”[5]
Daripada tokoh-tokoh ini, kebanyakan ulama muta’akhkhirin dari semua mazhab yang menyentuh isu ini telah mengambil pendapat tersebut.
Jawapan Dan Bantahan
Pertama: Sesungguhnya Allah ﷻ sahajalah yang mencipta, memilih dan menentukan keutamaan. Firman Allah:
وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ
Maksudnya: “Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia kehendaki dan memilihnya.” [al-Qasas: 68]
Maksud: وَيَخْتَارُ “dan memilinyah” dalam ayat ini ialah Dialah Allah yang berhak memberi keutamaan dan keistimewaan. Maka tiada sesiapa pun berhak menyatakan sesuatu lebih utama dari yang lain melainkan mestilah memiliki bukti dan petunjuk dari dalil-dalil syarak.
Nabi ﷺ pernah melarang melebihkan sebahagian Nabi berbanding sebahagian nabi yang lain secara hawa nafsu, baginda ﷺ bersabda:
لَا تُخَيِّرُونِي مِنْ بَيْنِ الأَنْبِيَاءِ
“Janganlah kamu melebihkan aku atas nabi-nabi yang lain.”[6]
Baginda juga bersabda:
لاَ تُخَيِّرُوني عَلَى مُوسَى
“Jangan kamu semua melebihkan aku ke atas Musa.”[7]
Larangan dalam hadis ini difahami membawa maksud larangan memberi keutamaan mengikut hawa nafsu dan pendapat sendiri tanpa bukti agama, kerana hak memberi keutamaan dan kelebihan kepada seseorang berbanding yang lain hanyalah hak Allah ﷻ semata-mata.[8]
Justeru, apabila keutamaan antara para nabi yang telah ditetapkan melalui nas yang sahih dan ijmak, seperti keutamaan Nabi Muhammad ﷺ sebagai penghulu para nabi dan rasulpun tidak dibenarkan menurut hawa nafsu, maka lebih-lebih lagilah larangan tersebut apabila melibatkan pemberian keutamaan yang tidak disokong oleh sebarang dalil syarak atau pendapat daripada mana-mana ulama salaf.
Sebab itulah sebahagian ulama menolak perbahasan mengenai keutamaan antara manusia dan malaikat, seperti Tajuddin al-Fazari تاج الدين الفزاري seperti yang dinukil oleh Ibn Abi al-Izz dalam Syarah al-‘Aqidah al-Tahawiyah, katanya:
اعلم أن هذه المسألة من بدع علم الكلام التي لم يتكلم فيها الصدر الأول من الأمة، ولا من بعدهم من أعلام الأئمة، ولا يتوقف عليها أصل من أصول العقائد، ولا يتعلق بها من الأمور الدينية كثير من المقاصد
"Ketahuilah bahawa perbahasan ini termasuk daripada bid‘ah ilmu kalam yang tidak dibincangkan oleh generasi awal umat Islam, dan tidak juga oleh para tokoh imam selepas mereka. Dan tidak tergantung padanya sebarang asas daripada asas-asas akidah, dan tidak pula berkaitan dengannya banyak tujuan utama agama.”[9]
Maka jalan selamat ialah dengan berpegang kepada nas dan apa yang disebut oleh syarak, dan tidak masuk campur dalam perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh salaf.
Kedua: Pendapat yang menyatakan tempat kubur Nabi ﷺ lebih utama dari Kaabah tidak pernah disebut oleh mana-mana salaf, sahabat, tidak juga oleh mana-mana tabi‘in, dan mana-mana imam mazhab yang empat atau selain mereka dari kalangan ulama terdahulu. Bahkan ia adalah satu pendapat yang muncul kemudian (قول محدث), yang dikemukakan oleh sebahagian ulama terkemudian, seperti yang telah disebut sebelum ini.
Dakwaan ijmak oleh al-Qadi ‘Iyad sebenarnya hanyalah dakwaan semata-mata, kemudian dakwaan tersebut diikuti dan dinukilkan oleh ramai ulama selepas beliau dari semua mazhab.
Ibn Taymiyyah رحمه الله berkata:
وما ذكره بعضهم من الإجماع على تفضيل قبر من القبور على المساجد كلها فقول محدث في الإسلام؛ لم يعرف عن أحد من السلف، ولكن ذكره بعض المتأخرين فأخذه عنه آخر وظنه إجماعا
"Apa yang dinyatakan oleh sebahagian ulama bahawa terdapat ijmak tentang keutamaan kubur tertentu berbanding semua masjid adalah pendapat yang diada-adakan (قول محدث) dalam Islam; ia tidak dikenali daripada mana-mana ulama salaf. Ia hanya disebut oleh sebahagian ulama terkemudian, lalu diambil oleh orang lain dan menyangkanya sebagai ijmak."[10]
Ibn Taimiyyah tidak keseorangan dengan dakwaan beliau, bahkan pernyataan wujudnya pengingkaran terhadap dakwaan kubur Nabi SAW lebih mulia dari Kaabah dan Arasy disebut juga antaranya;
- Al-Qarafi, yang menukilkan pengingkaran sebahagian ulama terhadap dakwaan ijmak ini, katanya:
ولما خفي هذا المعنى على بعض الفضلاء أنكر الإجماع في ذلك، وقال: التفضيل إنما هو بكثرة الثواب على الأعمال، والعمل على قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم محرم فيه عقاب شديد، فضلا عن أن يكون فيه أفضل المثوبات، فإذا تعذر الثواب هنالك على عمل العامل مع أن التفضيل إنما يكون باعتباره، كيف يحكى الإجماع في أن تلك البقعة أفضل البقاع؟
“Dan apabila makna ini tersembunyi daripada sebahagian ulama yang mulia, mereka mengingkari adanya ijmak akan kelebihan kubur Nabi SAW berbanding tempat-tempat lain di muka bumi, dan berkata: Sesungguhnya keutamaan hanyalah berdasarkan banyaknya ganjaran atas amalan-amalan yang dilakukan, sedangkan beramal di atas kubur Rasulullah ﷺ adalah haram dan padanya terdapat azab yang berat, apatah lagi untuk dikatakan di situ terdapat ganjaran terbaik. Maka apabila ganjaran disebabkan beramal di situ tidak boleh diperoleh oleh orang yang beramal, sedangkan keutamaan itu hanya diukur berdasarkan amalan, bagaimana mungkin boleh dinukilkan adanya ijmak bahawa tempat itu adalah sebaik-baik tempat?”[11]
- Al-Samhudi mendakwa asal pengingkaran ini, berdasarkan perkataan al-‘Izz ibn ‘Abd al-Salam رحمه الله (w660H) dalam Amalinya yang berkata:
تفضيل مكة على المدينة أو عكسه معناه أن الله يرتب على العمل في إحداهما من الثواب أكثر مما يرتبه على العمل في الأخرى؛ فيشكل قول القاضي عياض: أجمعت الأمة على أن موضع القبر الشريف أفضل؛ إذ لا يمكن أحدًا أن يعبد الله فيه
"Melebihkan Makkah berbanding Madinah atau sebaliknya, bermaksud bahawa Allah menetapkan ganjaran atas amalan di salah satu daripada keduanya lebih besar berbanding amalan di tempat satu lagi; maka menimbulkan kekeliruan pada perkataan al-Qadi ‘Iyad yang menyatakan: Umat telah bersepakat bahawa tempat kubur baginda yang mulia itu adalah yang paling utama'; kerana tidak mungkin seseorang dapat beribadah kepada Allah di tempat itu.”[12]
- Al-Taqi al-Subki رحمه الله pula berkata:
فقد رأيت جماعة يستشكلون نقل هذا الإجماع، وقال لي قاضي القضاة شمس الدين السروجي الحنفي: طالعت في مذهبنا خمسين تصنيفا فلم أجد فيها تعرضًا لذلك
"Aku telah melihat sekumpulan orang yang sukar menerima dakwaan ijmak ini. Qadi al-Qudah Syamsuddin al-Sarujiy al-Hanafi berkata kepadaku: Aku telah meneliti 50 kitab dalam mazhab kita, dan tidak aku temui perbahasan mengenainya."[13]
Maka Ibn Taymiyyah sebenarnya tidak bersendirian dalam menolak dakwaan ijmak yang disebut oleh al-Qadi ‘Iyad ini. Bahkan ramai ulama lain turut mempertikaikannya.
Walaupun al-Qadi ‘Iyad adalah tokoh besar dan kitabnya al-Shifa’ sangat terkenal, namun al-Zahabi mengatakan tentang beliau dan kitab beliau al-Shifa’:
تواليفه نفيسة، وأجلها وأشرفها كتاب (الشفا) لولا ما قد حشاه بالأحاديث المفتعلة، عملَ إمام لا نقد له في فن الحديث ولا ذوق، والله يثيبه على حسن قصده، وينفع بـ(شفائه) وقد فعل، وكذا فيه من التأويلات البعيدة ألوان، ونبينا -صلوات الله عليه وسلامه- غني بمدحة التنزيل عن الأحاديث، وبما تواتر من الأخبار عن الآحاد، وبالآحاد النظيفة الأسانيد عن الواهيات، فلماذا يا قوم نتشبع بالموضوعات؟! فيتطرق إلينا مقال ذوي الغل والحسد، ولكن من لا يعلم معذور
“Karya-karyanya bernilai tinggi, dan yang paling agung serta paling mulia di antaranya adalah kitab al-Syifāʼ, seandainya saja ia tidak memenuhi kitab itu dengan hadis-hadis palsu. Kitab itu seperti karya seorang imam yang tidak memiliki keahlian dalam ilmu hadis. Semoga Allah membalasnya atas niat baiknya dan memberi manfaat melalui kitab Syifāʼ-nya, dan sungguh itu telah terjadi. Demikian pula dalam kitab itu terdapat berbagai bentuk takwilan yang jauh dari makna asal. Nabi kita, selawat dan salam Allah atasnya, telah cukup dengan pujian dari al-Tanzīl (al-Qur'an), tidak perlukan hadis-hadis palsu, telah cukup dengan riwayat-riwayat yang mutawatir, tidak memerlukan hadis-hadis ahad yang lemah. Telah cukup dengan hadis-hadis ahad yang bersih sanadnya, tidak perlukan hadis-hadis yang lemah. Maka kenapa, wahai kaumku, kita merasa cukup dengan yang palsu? Maka masuklah kepada kita ucapan orang-orang yang penuh dengki dan iri hati. Namun, barang siapa yang tidak mengetahui, maka dia dimaafkan."[14]
Ketiga: Antara bukti bahawa perkara ini adalah isu rekaan ialah para imam terdahulu telah membincangkan isu keutamaan Makkah berbanding Madinah, di mana jumhur berpendapat bahawa Makkah lebih utama, manakala mazhab Maliki berpandangan bahawa Madinah lebih utama[15]. Namun tidak ada seorang pun daripada mereka yang menjadikan isu keutamaan kubur Nabi sebagai dalil. Bahkan hal ini hanya dibangkitkan oleh para ulama terkemudian, seperti yang telah disebut. Lalu mereka mengeluarkannya dari medan perbahasan asal. Hal ini, apabila direnung, mengukuhkan lagi bahawa ia adalah isu baharu yang tidak dibicarakan oleh mana-mana ulama salaf.
Keempat: Melebihkan kubur baginda ke atas tempat lain sehingga membabitkan Mekah, Arasy dan Kursi, akan membawa implikasi bahawa ibadah di sisi kubur baginda serta tinggal berdekatan dengannya adalah sesuatu yang digalakkan, malah lebih afdal daripada ibadah di Baitullah al-Haram. Perkara ini adalah batil menurut ijmak umat Islam.
Inilah yang telah ditimbulkan persoalannya oleh ‘Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam, seperti yang telah dipetik sebelum ini.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata:
وما ذكره بعضهم من أن قبور الأنبياء والصالحين أفضل من المساجد، وأن الدعاء عندها أفضل من الدعاء في المساجد، حتى في المسجد الحرام والمسجد النبوي، فقول يُعلم بطلانه بالاضطرار من دين الرسول صلى الله عليه وسلم، ويُعْلم إجماعُ علماء الأمة على بطلانه إجماعًا ضروريًّا، كإجماعهم على أن الاعتكاف في المساجد أفضل منه عند القبور
“Adapun apa yang disebut oleh sebahagian orang bahawa kubur para nabi dan orang-orang soleh itu lebih utama daripada masjid-masjid, dan bahawa berdoa di sisi kubur mereka lebih utama daripada berdoa di masjid-masjid, bahkan lebih utama daripada masjid al-Haram dan masjid Nabawi, maka ini adalah perkataan yang batil. Diketahui kebatilannya secara pasti dalam agama Rasul ﷺ, dan diketahui secara pasti bahawa para ulama umat ini bersepakat atas kebatilannya, seperti mana mereka bersepakat secara pasti bahawa i‘tikaf di masjid lebih utama daripada i‘tikaf di sisi kubur.”[16]
Kelima: Sekiranya dakwaan kubur Nabi lebih mulia itu benar, maka itu bererti rumah Baginda ﷺ semasa hayat adalah lebih utama daripada masjid baginda, dan daripada Kaabah dan segala tempat lain, kerana “mim bab al-Awla” atas alasan Baginda ﷺ semasa hayat sentiasa menghidupkan rumah baginda dengan solat dan ibadah. Tiada dalam kalangan ulama yang menyatakan hal ini. Tidak diragukan bahawa ia adalah batil. Masjid baginda adalah lebih utama daripada rumah baginda. Baginda ﷺ sendiri beriktikaf di dalam masjid, bukan di dalam rumah, dan masjid itu yang dituju untuk bermusafir (tashdīd al-raḥāl), bukan rumah baginda.
Kata Ibn Taimiyyah lagi:
ومعلوم أنه صلى الله عليه وسلم في حال حياته كان هو وأصحابه أفضل ممن جاء بعدهم، وعبادتهم أفضل من عبادة من جاء بعدهم، وهم لما ماتوا لم تكن قبورهم أفضل من بيوتهم التي كانوا يسكنونها في حال الحياة، ولا أبدانهم بعد الموت أكثر عبادة لله وطاعة مما كانت في حال الحياة
“Telah maklum bahawa Baginda ﷺ semasa hayat, demikian juga para sahabat adalah lebih utama berbanding sesiapa yang datang selepas mereka. Ibadah baginda dan para sahabat adalah lebih utama berbanding ibadah orang-orang selepas mereka. Namun apabila mereka telah meninggal dunia, kubur mereka tidaklah lebih utama daripada rumah-rumah yang mereka duduki semasa hidup, dan jasad-jasad mereka selepas mati tidak lebih banyak ibadah kepada Allah dan ketaatan berbanding semasa hidup mereka.”[17]
Keenam: Sabda Rasulullah ﷺ:
أَحَبُّ البِلَادِ إلى اللهِ مَسَاجِدُهَا
“Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid-masjidnya.”[18]
Hadis ini adalah umum, mengutamakan seluruh masjid berbanding seluruh tempat lain, termasuk seluruh rumah dan kubur. Dalam Islam tidak ada pengutamaan dan pengagungan terhadap kubur. Sebaliknya yang disyariatkan ialah menziarahinya untuk mengambil pengajaran dan memberi salam kepada penghuninya, bukan untuk mengagungkannya atau melakukan perjalanan jauh untuk menziarahinya.
Ketujuh: Sekiranya kenyataan keutamaan kubur itu benar, maka itu bererti bahawa semua kubur para nabi, sahabat, dan orang-orang soleh juga lebih utama daripada Kaabah dan ‘Arasy! Kerana sandaran golongan yang mengatakan keutamaan itu ialah bahawa Nabi ﷺ adalah manusia paling mulia secara ijmak. Maka demikian juga orang-orang beriman dari kalangan manusia adalah lebih baik daripada para malaikat dan seluruh makhluk secara mutlak. Kata Imam al-Nawawi رحمه الله:
وهذا الحديث دليل لتفضيله صلى الله عليه وسلم على الخلق كلّهم؛ لأن مذهب أهل السنة أن الآدميين أفضل من الملائكة، وهو صلى الله عليه وسلم أفضل الآدميين وغيرهم
“Dan hadis ini[19] menjadi dalil bahawa Baginda ﷺ lebih utama daripada seluruh makhluk; kerana mazhab Ahl al-Sunnah menyatakan bahawa manusia adalah lebih utama daripada malaikat, dan Baginda ﷺ adalah yang paling utama daripada kalangan manusia dan selain mereka.”[20]
Pandangan ini berdalil dengan firman Allah Taala:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُوْلَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ ٱلبَرِيَّةِ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka itu sebaik-baik makhluk." (Al-Bayyinah: 9)
Berkata Ibn Kathir rahimahullah:
وقد استدل بهذه الآية أبو هريرة وطائفة من العلماء على تفضيل المؤمنين من البرية على الملائكة
"Abu Hurairah dan sekumpulan ulama telah berhujah dengan ayat ini bahawa orang beriman lebih utama daripada para malaikat."[21]
Jika sekiranya sesuatu tempat itu (kubur Nabi SAW) menjadi mulia kerana jasad baginda yang mulia berada di dalamnya, maka makna ini juga wujud pada semua kubur para nabi dan orang-orang soleh. Ia akan menjadikan semua kubur para nabi dan sekelian orang soleh lebih mulia daripada Kaabah dan 'Arasy. Dan ini adalah satu dakwaan batil tanpa ragu.
Berkata Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah:
ولو كان ما ذكره حقًّا لكان مدفن كل نبي بل وكل صالح أفضل من المساجد التي هي بيوت الله، فيكون بيوت المخلوقين أفضل من بيوت الخالق التي أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه، وهذا قول مبتدع في الدين، مخالف لأصول الإسلام
"Jika apa yang disebutkan itu benar, nescaya kubur setiap nabi, bahkan kubur setiap orang soleh, lebih utama daripada seluruh masjid yang merupakan rumah-rumah Allah. Maka jadilah rumah-rumah makhluk akan menjadi lebih utama daripada rumah-rumah Sang Pencipta, tempat yang Allah izinkan untuk ditinggikan dan disebutkan nama-Nya di dalamnya. Dan ini adalah perkataan orang yang membuat bid‘ah dalam agama, bertentangan dengan asas-asas Islam."[22]
Beliau juga berkata:
وما ذكره بعضهم من الإجماع على تفضيل قبر من القبور على المساجد كلها فقول محدث في الإسلام؛ لم يعرف عن أحد من السلف، ولكن ذكره بعض المتأخرين، فأخذه عنه آخر وظنه إجماعا؛ لكون أجساد الأنبياء أنفسها أفضل من المساجد. فقولهم يعم المؤمنين كلهم، فأبدانهم أفضل من كل تراب في الأرض، ولا يلزم من كون أبدانهم أفضل أن تكون مساكنهم أحياء وأمواتا أفضل؛ بل قد علم بالاضطرار من دينهم أن مساجدهم أفضل من مساكنهم
"Apa yang disebut oleh sebahagian mereka mengenai ‘ijma’ akan keutamaan salah satu kubur (kubur Nabi SAW) daripada semua masjid adalah pendapat yang direka dalam Islam; tidak dikenali daripada seorang pun daripada salaf (menyebut perkara tersebut). Ia disebutkan oleh sebahagian muta’akhkhirin (ulama kemudian), lalu diambil oleh yang lain daripadanya, lalu menyangkanya sebagai ijma’; kerana jasad para nabi itu lebih utama daripada masjid. Maka perkataan mereka ini merangkumi semua jasad orang beriman, akan akan menjadikan tubuh-badan orang beriman adalh lebih utama berbanding semua tanah di bumi. Dan sebenarnya tidak semestinya, hanya kerana tubuh badan mereka lebih utama, maka tempat tinggal mereka ketika hidup atau mati juga lebih utama. Bahkan telah diketahui secara pasti dalam agama bahawa masjid-masjid adalah lebih utama daripada rumah-rumah manusia."[23]
Kelapan: Mereka yang berpendapat kubur Nabi SAW lebih utama daripada selainnya, berhujah bahawa Nabi SAW diciptakan daripada tanah tempat Baginda dikuburkan, maka tanah tersebut lebih baik daripada seluruh makhluk.
Mereka berdalil dengan beberapa hadis umum, bahawa setiap makhluk diciptakan daripada tanah yang dia akan dikebumikan padanya, dan hadis-hadis khusus berkaitan Nabi SAW, antaranya:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَرَّ بِالْمَدِينَةِ فَرَأَى جَمَاعَةً يَحْفِرُونَ قَبْرًا، فَسَأَلَ عَنْهُ فَقَالُوا: حَبَشِيٌّ قَدِمَ فَمَاتَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ! سِيقَ مِنْ أَرْضِهِ وَسَمَائِهِ إِلَى التُّرْبَةِ الَّتِي خُلِقَ مِنْهَا
“Bahawa Nabi SAW pernah melewati sekumpulan orang di Madinah yang sedang menggali kubur. Baginda bertanya, dan mereka menjawab: “Seorang Habsyi yang datang lalu mati.” Maka Nabi SAW bersabda: "Lā ilāha illā Allāh! Dia telah dibawa dari bumi dan langitnya ke tanah yang darinya dia diciptakan."[24]
Juga hadis:
أن أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ خُلِقَا مِنْ تُرْبَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
"Bahawa Abu Bakar dan Umar diciptakan daripada tanah Rasulullah SAW."[25]
Dan juga hadis:
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ يُذَرُّ عَلَى سُرَّتِهِ مِنْ تُرْبَةٍ، فَإِذَا طَالَ عُمُرُهُ رَدَّهُ اللَّهُ إِلَى تُرْبَتِهِ الَّتِي خَلَقَهُ اللَّهُ مِنْهَا، وَأَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ خُلِقْنَا مِنْ تُرْبَةٍ وَاحِدَةٍ، وَفِيهَا نُدْفَنُ
"Setiap anak yang dilahirkan, akan ditaburkan ke atas pusatnya dari tanah. Jika umurnya panjang, Allah akan kembalikannya kepada tanah yang darinya dia diciptakan. Aku, Abu Bakar dan Umar diciptakan daripada satu tanah, dan padanya kami akan dikebumikan."[26]
Jawapan terhadap hujah ini:
[1] Hadis-hadis ini tidak sahih sedikit pun, bahkan para ulama telah menghukumnya sebagai batil.
Berkata Ibn Hazm rahimahullah:
واحتجوا بأخبار موضوعة يجب التنبيه عليها والتحذير منها
"Mereka berhujah dengan riwayat-riwayat palsu yang wajib diberikan peringatan dan diberi amaran terhadapnya."[27] Lalu beliau menyebutkan hadis-hadis ini.
Hadis-hadis ini turut dimuatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘āt, dan juga Ibn ‘Arraq al-Kinani (عراق الكناني) dalam Tanzīh al-Sharī‘ah[28], dan al-Fattani (الفَتّنيّ) dalam Tadhkirah al-Mawdu‘āt.[29] Kata Ibn Taymiyyah berkaitan hadis-hadis ini:
وما روي فيه كله ضعيف
"Kesemua riwayat berkaitannya adalah dhaif."[30]
[2] Hanya Nabi Adam yang diciptakan dari tanah, manakala zuriat baginda diciptakan dari air yang hina (mani).
Jika tanah sebagai unsur asal penciptaan manusia dianggap lebih utama dari semua makhluk, dakwaan ini akan menjadikan mani yang merupakan unsur asal manusia yang lebih dekat juga menjadi lebih utama berbanding semua makhluk. Ini jelas suatu yang batil tanpa ragu. Kerana Allah Taala melahirkan orang beriman dari benih seorang kafir, seperti Ibrahim AS dilahirkan dari seorang ayah yang kafir, dan melahirkan seorang kafir dari orang beriman, seperti anak Nuh AS.[31]
Penutup
Golongan yang memegang pandangan kubur Nabi SAW lebih mulia berbanding sekelian makhluk selainnya berbeza-beza kedudukan. Sebahagian mereka sekadar menyatakan keutamaan tersebut hanya kerana jasad mulia yang bersemadi di dalamnya, iaitulah Nabi Muhammad SAW, tanpa mencipta keyakinan dan amalan baru yang lain. Sebahagian lain, ada yang melampau lebih jauh dengan mencipta amalan-amalan ibadah yang tanpa sebarang dalil melainkan hanya berdasarkan sangkaan, kononnya semata-mata ingin mencari keberkatan daripada tanah itu. Ada pula yang lebih melampau sehingga terjerumus ke dalam bentuk syirik atau jalan-jalan menuju kesyirikan.
Ibn Taymiyyah pernah ditanya:
“Adakah tanah yang Nabi SAW dikebumikan di dalamnya lebih baik daripada Masjidil Haram?”
Jawab beliau:
وأما التربة التي دفن فيها النبي صلى الله عليه وسلم فلا أعلم أحدًا من الناس قال: إنها أفضل من المسجد الحرام أو المسجد النبوي أو المسجد الأقصى، إلا القاضي عياض، فذكر ذلك إجماعًا، وهو قولٌ لم يسبقه إليه أحد فيما علمناه، ولا حجةَ عليه، بل بدن النبي صلى الله عليه وسلم أفضل من المساجد، وأما ما منه خلق أو ما فيه دفن فلا يلزم إذا كان هو أفضل أن يكون ما منه خُلِق أفضل؛ فإن أحدًا لا يقول: إن بدنَ عبد الله أبيه أفضلُ من أبدان الأنبياء؛ فإن الله يخرج الحي من الميت والميت من الحي، ونوح نبي كريم وابنه المغرق كافر، وإبراهيم خليل الرحمن وأبوه آزر كافر. والنصوص الدالة على تفضيل المساجد مطلقة لم يستثن منها قبور الأنبياء ولا قبور الصالحين. ولو كان ما ذكره حقا لكان مدفن كل نبي -بل وكل صالح- أفضل من المساجد التي هي بيوت الله، فيكون بيوت المخلوقين أفضل من بيوت الخالق التي أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه! وهذا قول مبتدع في الدين مخالف لأصول الإسلام
"Saya tidak ketahui ada seorang yang mengatakan tanah kubur Nabi SAW lebih utama dari Masjidil Haram atau Masjid Nabawi atau Masjid al-Aqsa, kecuali al-Qadi ‘Iyad. Beliau menyebutnya sebagai ijma’, tetapi itu adalah pendapat yang tiada siapa pun mendahuluinya, setakat yang kami tahu, dan tiada hujah untuknya. Tubuh Nabi SAW memang lebih utama daripada masjid-masjid, tetapi tidak semestinya tanah yang darinya tubuh baginda dicipta atau tanah tempat baginda dikebumikan menjadi lebih utama. Tiada siapa pun yang mengatakan bahawa tubuh ayah baginda (Abdullah) lebih utama dari tubuh para nabi (sekalipun baginda SAW diciptakan dari benih bapa baginda Abdullah). Sesungguhnya Allah mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Nuh adalah nabi yang mulia, tetapi anaknya tenggelam sebagai seorang kafir. Ibrahim adalah kekasih Allah tetapi ayahnya Azar adalah seorang kafir. Perkara al-Mansus menunjukkan keutamaan masjid-masjid secara umum dan tidak mengecualikan kubur para nabi atau orang soleh. Jika apa yang dikatakan itu benar, maka kubur setiap nabi, bahkan setiap orang soleh, akan menjadi lebih utama daripada masjid-masjid, yang merupakan rumah Allah. Maka rumah makhluk (tempat tiinggal mereka ketika hidup) akan menjadi lebih utama daripada rumah Sang Pencipta, tempat yang Allah izinkan untuk ditinggikan dan nama-Nya disebut di dalamnya! Ini adalah perkataan ahli bid‘ah dalam agama, bertentangan dengan asas-asas Islam."[32]
[1] الخطيب جمال الدين محمود بن جُمْلة (ت: 764هـ)، البداية والنهاية (14/ 303).
[2] عبد الصمد بن عبد الوهاب أمين الدين أبو اليمن بن عساكر الدمشقي نزيل مكة (ت: 686هـ)
[3] وفاء الوفاء (1/ 31).
[4] نقلها عنه ابن القيم رحمه الله في بدائع الفوائد (3/ 1065)
[5] الشفا (2/ 91)
[6] رواه البخاري (6916)
[7] رواه البخاري (2411)، ومسلم (160)
[8] انظر: تفسير ابن كثير (1/ 305)، وعون المعبود (12/ 424)
[9] شرح الطحاوية (2/ 413)
[10] مجموع الفتاوى (27/ 261)
[11] الفروق، للقرافي (2/ 219)
[12] انظر: وفاء الوفاء، للسمهودي (1/ 35)
[13] فتاوى السبكي (1/ 279)
[14] سير أعلام النبلاء (20/ 216)
[15] راجع الموسوعة الفقهية (32/ 154-156).
[16] مجموع الفتاوى (27/ 260)
[17] مجموع الفتاوى (27/ 260)
[18] رواه مسلم (761).
[19] يقصد قوله صلى الله عليه وسلم: «أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ» رواه مسلم (2278)
[20] شرح صحيح مسلم (15/ 37)
[21] نفسير ابن كثير (8/ 439). وانظر في مسألة تفضيل صالحي البشر على الملائكة: تفسير القرطبي (1/ 289)، وشرح الطحاوية (2/ 410)
[22] مجموع الفتاوى (27/ 16)
[23] مجموع الفتاوى (27/ 261).
[24] كشف الأستار عن زوائد البزار، للهيثمي (842). وقال الهيثمي في مجمع الزوائد (3/ 42): “وفيه عبد الله والد علي بن المديني، وهو ضعيف
[25] رواه الطبراني في الأوسط (5126). وقال الهيثمي في المجمع (3/ 24): “وفيه الأحوص بن حكيم، وثقه العجلي، وضعفه الجمهور
[26] أورده ابن الجوزي في الموضوعات (1/ 328).
[27] المحلى (5/ 332)
[28] تنزيه الشريعة المرفوعة عن الأحاديث الشنيعة الموضوعة (1/ 373).
[29] تذكرة الموضوعات (ص: 93)
[30] مجموع الفتاوى (27/ 261).
[31] مستفاد من كلام شيخ الإسلام رحمه الله (27/ 261)
[32] مجموع الفتاوى (27/ 37).