Bagaimana menjawab anak kecil yang bertanya: “Allah mencipta kita, jadi siapa cipta Allah?” Adakah saya harus melarang anak daripada bertanya begitu tanpa memberikan penjelasan?
Soalan ini dijawab oleh Fadhilatul Dr. Fadhl Murad, Profesor Fiqh dan Isu-isu Kontemporari di Universiti Qatar, beliau berkata:
يجيب عن هذا السؤال فضيلة الدكتور فضل مراد استاذ الفقه وقضاياه المعاصرة بجامعة قطر قائلاً: النبي صلى الله عليه وسلم قد أجاب فقال أن هذا سؤال من الشيطان فقل لابنك ذلك، فإن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يأتي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُول: من خلق ، كذا وكذا؟ حتى يقول له من خلق ربك، فإذا بلغ ذلك فليستعذ بالله ولينته وجاء ناش من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم، فسألوه: إنا نجد في أنفسنا مَا يَتَعَاظَمُ أَحَدُنَا أَنْ يَتَكَلَّمَ به قال: وقد وجدتموه قالوا: نعم، قال: ذاك ضريخ الإيمان. وأضاف: هذا من وسوسة الشيطان، فبين لولدك بأن هذا من وسوسة الشيطان، ولا يجوز للإنسان أن يفكر في ذلك.
“Nabi SAW telah menjawab soalan seperti ini dengan menyatakan bahawa ia adalah soalan daripada syaitan. Maka katakanlah kepada anak kamu sama seperti itu. Sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
يأتي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُول: من خلق، كذا وكذا؟ حتى يقول له من خلق ربك، فإذا بلغ ذلك فليستعذ بالله ولينته
"Syaitan akan datang kepada salah seorang daripada kamu dan berkata: Siapa mencipta ini dan itu? Sehingga dia berkata: Siapa pula mencipta Tuhanmu? Maka apabila sampai kepada tahap itu, hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dan berhenti (daripada memikirkannya)."
Demikian juga pernah datang satu rombongan dari kalangan sahabat Nabi SAW lalu mereka berkata:
إنا نجد في أنفسنا مَا يَتَعَاظَمُ أَحَدُنَا أَنْ يَتَكَلَّمَ به قال: وقد وجدتموه قالوا: نعم، قال: ذاك صريح الإيمان
“Kami mendapati dalam diri kami sesuatu yang amat berat untuk kami nyatakan.” Nabi SAW bertanya: “Adakah kamu benar-benar merasainya?” Mereka menjawab: “Ya.” Nabi SAW berkata: “Itulah tanda keimanan yang tulen.”
Dr. Fadhl Murad menambah:
Ini adalah daripada waswas syaitan. Maka jelaskan kepada anak kamu bahawa persoalan seperti ini adalah bisikan syaitan, dan tidak dibenarkan bagi seseorang untuk melayan dan memikirkannya.