Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil
Terhjemah dan olahan: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Soalan:
Ketika menziarahi makam Nabi ﷺ, Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما, bagaimana cara memberi salam kepada mereka?
Jawapan:
Cara memberi salam di maqam Nabi ﷺ, Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Ibn ‘Umar رضي الله عنه, seperti riwayat Daripada Nāfi’, yang berkata:
Apabila Ibn ‘Umar pulang dari perjalanan, beliau akan mendatangi makam Nabi ﷺ lalu berkata:
السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرٍ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا أَبَتَاهُ
Maksudnya: “Salam ke atasmu wahai Rasulullah, salam ke atasmu wahai Abu Bakar, salam ke atasmu wahai bapaku.”
Ini sahaja lafaz salam yang ucapkan oleh Ibn 'Umar RA. Beliau tidak berdiri lama, dan tidak berdoa lebih dari salam ini.
Perlu diketahui bahawa atsar Ibn ‘Umar ini adalah satu-satunya dalil yang ada tentang lafaz memberi salam di sisi makam Nabi ﷺ, Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما. Maka ia adalah sandaran utama dalam bab ini.